pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, January 31, 2012

Panas!!! Hasan Ali penampar Anugay patut lihat

Sidang Media Hasan Ali 


"Selamatkan Aqidah Umat Islam"

Saksikan Video-Video kezaliman rejim Pas Kedah









"Kedah Sejahtera,Rakyat Sengsara"
"Kedah Sejahtera,Islam Merana"

Panas!!! Kenapa Blogger balaci Pakatan Haram jadi meroyan???

Oooo,oo,o Patut la pun,balaci marahkan tuannya..

Tuannya sudah terkantoi rupanya dengan Siam Doll dan China Doll,,


Published with Blogger-droid v2.0.4

Panas!!! Kenapa yang Menteri Besar Kedah tersenyum lebar???

Mungkin Ketika ini MB Kedah sedang bergelak besar,bila gelaran Prof di tarik balik.bagi pendapat peribadi Pisau Kedah sepatutnya dah lama dah gelaran Prof di gugurkan


"Aziz Bari digugur gelaran profesor"


KUALA LUMPUR 30 Jan. - Bekas pensyarah Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abdul Aziz Bari tidak

boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur

secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan

dengan institusi pengajian tinggi itu.


Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Abdul

Rahim Ahmad berkata, sebarang aktiviti Abdul Aziz selepas

ini juga tiada kaitan dengan universiti itu.

Namun katanya, Abdul Aziz masih boleh menggunakan

status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke

jawatan itu.


''Pensyarah yang tamat perkhidmatan dari mana-mana

institusi pengajian tinggi awam, tidak boleh menggunakan

status profesor kerana ia gugur secara automatik.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Video Panas!! Patut anda lihat PAS berbohong


Pelaq ni sepatutnya di desak memberi bukti yang mengatakan
Kementerian Hal Ehwal Wanita memberi bantuan kepada persatuan pelacur..

Kali Pertama dengar Pelacur ada Persatuan..daftar di mana Persatuan pelacur ni??
tak logik la pelaq ni cakap..

Cukup hebat pelaq ni sampai tahu lorong pelacur dengan lorong pondan ..pelaq ni ada terima servise apa-apa ka kat lorong tu?? tapi tak mahu cerita..






Panas!!! Pas Kedah Memang Pelaq!!!


Apakah Perasaan anda bila mendapat tahu Tanah yang di wakafkan khas untuk membuat tempat ibadat umat islam di miliki orang yang bukan islam??

Apakah Pas Kedah lebih kejam dari rejim Zionis???

Inilah video khas untuk Pentadbiran Pas Kedah hayati







Monday, January 30, 2012

Panas!!! Kisah yang patut semua orang tahu tentang Kedah...

Ini kisah yang berlaku di Baling yang akan di dedahkan Team Media Kedah apabila ada satu pihak mendesak Kerajaan Negeri untuk menjual satu kawasan bukit berhampiran Gunung Pulai,Baling untuk di jadikan Kuari Batu,,menurut sumber kajian batu di gunung terbabit berkualiti tinggi.


Sekiranya projek itu di luluskan Kerajaan Negeri,ia akan membawa masalah kepada 4 perkampungan yang berhampiran dengan Gunung Pulai Baling,dan ketika ini Kerajaan Negeri mendapat tentangan hebat untuk meluluskan projek berkenaan,,tentangan hebat dari kesemua penduduk 4 perkampungan

mewakili lebih Dari 400 orang penduduk,terutamanya Kampung Paya,Mukim Pulai,Baling..


Di khabarkan bukit berkenaan cuba di jual dengan harga RM 50 juta kepada pihak pemaju yang mahukan bukit berkenaan untuk di jadikan kuari batu,

Perlu kita tahu,,gunung terbabit mempunyai nilai sejarahnya tersendiri dan mempunyai lebih dari 6 gua yang berada di gunung terbabit,,Ada juga gua yang menjadi punca sumber pendapatan penduduk di situ,apa bila aktiviti pengambilan najis burung layang-layang untuk di jadikan baja yang bermutu

tinggi untuk di pasarkan,


Apakah Kerajaan Negeri mahu sekat rezeki penduduk Kampung??


Sekiranya di luluskan apakah Kerajaan Negeri berterusan menyeksa penduduk Baling??? tidak cukupkah lagi dengan rakyat Baling menderita kerana projek pengambilan Balak berluas-luasa untuk di jadikan ladang rakyat sehinggakan ada penduduk terpaksa minum air selut hasil projek balak??


selain itu hasil pengambilan balak yang cukup luas kawasannya untuk di jadikan ladang rakyat,,telah membuat habitat haiwan pupus,


Baling juga terkenal dengan air terjunnya seperti di Lata Bayu,Lata Mengkuang,Lata Bukit Hijau dan Lata Celak,,namun akibat habitat asal haiwan pupus kini lata,lata berkenaan telah menjadi habitat baru tikus-tikus hutan kerana habitat semula jadi mereka di hutan telah musnah akibat pengambilan

balak yang berluasa dan akibatnya berlakulah fenomena air sungai tercemar akibat virus kencing tikus.


Jangan terkejut sekiranya sudah ada kematian akibat virus kencing tikus di dalam air yang mengalir,ini di katakan berpunca dari projek pengambilan Balak yang cukup luas untuk di jadikan Ladang Rakyat.


Pisau Kedah cukup hairan apakah setelah balak menjadi sasaran ketamakan Kerajaan Negeri,,apakah gunung pulak yang menjadi mangsa untuk dapatkan duit??tak cukup lagi kah dengan duit balak,duit pasir,duit tanah wakaf yang di jual??? nak tanya la,,semua tu terjual kepada siapa??siapa tauke yang

membelinya???


Pisau Kedah:-


Kalau dah habis semua balak-balak,,gunung -gunung telah terjual di Baling,,apakah selepas tu anak-anak dara Baling pulak Kerajaan Negeri pentadbiran PAS nak jual kerana ketamakan duit.


"KEDAH SEJAHTERA,RAKYAT SENGSARA DI BAWAH PENTADBIRAN PAS"


Published with Blogger-droid v2.0.4

Panas!!! Nik Abduh Nik Aziz termakan Nasi kangkang???

Merujuk balik kenyataan Anwar mengatakan "menyokong segala usaha menjaga keselamatan Israel" Nik Abduh kata dia tak mempercayai laporan The Wall Street Journal,!!! (macam terkena nasi kangkang aja Nik Abduh ni)


Mungkin Nik Abduh dah termakan nasi kangkang tuannya,,sehinggakan menjadi buta akal fikiran untuk menilai sesuatu yang betul atau sesuatu yang salah,


Tetapi berbeza pulak dengan pendapat Nasrudin Hassan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat,yang menyelar mana-mana bentuk yang menjurus kepada menyokong Israel.


Mungkin lepas ni Nasrudin pun akan kena pecat juga,,kerana tak patuh pada tuannya iaitu ketua pembangkang..Apa nak di kata,Nik Abduh juga yang pandai bodek kata ketua pakatan haram kena fitnah,walau pun benda itu betul,lepas ni kalau Nasrudin kena pecat,maka bergembira la Nik Abduh boleh naik jadi Ketua Dewan Pemuda Pas pusat,


.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Panas,!!! Jawatan Musyidul Am nak di bawa sampai mampos!!!

"Sedaq diri sikit Nik Aziz oii,,hang tu kubuq dok panggil mai,,politik dok kata pi mampus la,,"


Nik Aziz oii jawatan Musyidul Am Pas tak boleh di bawa ke kuboq,,jawatan MB pun tak boleh menjaminkan lepas dari seksa kuboq.Harap sedaq la Nik Aziz oii takut sat lagi tak dan nak bertaubat kot,,opps terlupa pulak Pisau Kedah balaci pakatan haram ada tiket masuk syurga dengan syarat pangkah parti balaci pakatan haram tak kira bangsa dan agama,parti adat dan sukan for all


Lepas ni siapa yang nak buat jahat,nak buat fitnah,boleh la pangkah Parti adat dan sukan,syurga dah tersedia dengan sekali pangkah dapat satu tiket,kalau banyak kali pangkah,,banyak kali la dapat tiket masuk syurga,


Published with Blogger-droid v2.0.4

Ucapan Tahniah untuk Kedah berjaya merugikan RM 300,000,






Pisau Kedah selaku peminat skuad kenari merasa bangga dan nak ucapkan tahniah pada Jawatan Kuasa Eksekutif KFA dan presidennya MB serba tak tahu,Pengurusnya Datuk Khazali Din atau lebih di kenali tok misai yang begitu hebat bercakap sehingga berjaya membuat pasukan Hijau Kuning kalah bermaruah buat kali pertama sejak dari 5 perlawanan dengan menjaringkan 1 gol melalui Nizam ketika berlawan dengan Johor FC,,tak lupa juga ucapan tahniah yang tak berapa ikhlas buat Dr Hamdan Exco Belia dan Sukan,selaku setiausaha kehormat,selaku bendahari kehormat,,( ish,ish,ish banyaknya kehormatnya) Jawatan Kuasa Eksekutif KFA.

Untuk Makluman semua,Juruletih sementara Nizam Adha merasakan dirinya anak jantan yang mempunyai teloq dan bertanggungjawap dengan apa yang berlaku pada skuad kenari telah meletak jawatan sebagai Juruletih sementara,Pisau Kedah memang tabik hormat la kat Nizam Adha.."tapi apa-apa pun nak kena check pulak teloq Tok Misai,,ada ka tak ada,,mana nak tau Tok Misai ni bukan anak jantan,,tak berani bertanggungjawap.

Pisau Kedah nak bertanya pada Exco Belia dan Sukan,siapa yang bertanggungjawap mengambil pemain import bertaraf liga-liga kampung tu ye??sehinggakan Kerajaan Negeri Kerugian RM 300,000 untuk dua orang import dalam masa 3 bulan,,duit sapa ye yang bayar kat import tu?? duit poket MB ka tu? atau duit rakyat??

Pisau Kedah :-

Inilah akibatnya bila bola pun sudah menjadi mangsa politik  rejim puak-puak balaci pakatan haram,,memang zalim,,mengalahkan rejim zionis,,

Published with Blogger-droid v2.0.4

Panas!!! Test Market Ketua Balaci berjaya

Lakonan Ketua Balaci menampakan kejayaan,,besar kemungkinan Ketua Balaci akan menarik balik hasrat tak mau bertanding setelah Ketua Balaci dapat rasakan yang sokongan ahli-ahli balaci dan pengundi atas pagar sudah tak yakin lagi dengan Ketua Balaci.


Balaci mana sanggup melangaq arahan tuannya?? kalau dok langaq alamat nak mampos la,sedangkan arahan timbalan tuannya gempaq sikit pun ketua balaci dah takut,terkencing dalam seluar.


Tapi apa pun kejayaan lakonan nak test market Ketua Balaci menampakan kejayaan,mungkin selepas ni Ketua Balaci bersama tuannya sama-sama mempertahankan Israel dari di serang,,seperti kenyataan tuannya " Akan menjaminkan keselamatan Israel" untuk menghalalkan darah Rakyat Palestin,


"Israel di pertahankan,Islam di biarkan sengsara,,begitulah niat tuan yang empunya balaci-balaci demi memastikan mendapat pengaruh dari rejim yahudi"


Pisau Kedah:-


Begitu indahnya Islam yang di perjuangkan puak-puak balaci ni,.sangup bertuankan orang yang inggin mempertahankan musuh islam iaitu rejim yahudi


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, January 29, 2012

Panas!!! Pakatan Haram iktiraf Negara Israel???

Seperti yang kita semua tahu Anwar merupakan Ketua Pakatan Haram,,mewakili DAP dan satu lagi parti yang syoq sendiri mengatakan depa lah memperjuangkan islam tak lain tak bukan PAS la,jadi sekiranya ketua bersetuju yang lain pun akan bersetuju la,,tambahan pulak Ketua pakatan haram merupakan Perdana Menteri bayangan 16 september,


Apa la agaknya terjadi kalaulah Pakatan Haram memerintah Malaysia,,?


Dalam pemerintahan BN,sejak dari zaman Malaysia mula nak membangun sehingga Malaysia sudah menjadi di antara negara yang berpontesi menjadi negara maju di Asia sekarang ini,,Kerajaan Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel sebagai sebuah Negara kerana kekejaman rejim yahudi itu terhadap Negara Palestin,


Bagaimana perasaan kita sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia,dengan kenyataan terbarunya akan menjaminkan keselamatan Israel ??,


Tak hairan la kalaulah Anwar jadi Perdana Menteri selepas ini dia boleh mengiktiraf Israel,kerana di dalam rakan seperjuangan PKR adanya DAP,,DAP adalah parti bayangan PAP parti dari Singapura,,Pentadbiran Singapura oleh PAP telah mengiktiraf Israel sebagai sebuah Negara,,menghalalkan darah rakyat Palestin yang mempertahankan tanah Negara mereka.


Pas yang berbangga dengan parti yang memperjuangkan Islam,boleh buat apa dengan kenyataan Anwar ni??berani ka nak bersuara terhadap Anwar?atau pun Pas takut dengan status Pas sebagai parti pencacai dalam pakatan haram untuk menegur Anwar??


Published with Blogger-droid v2.0.4

Siapa perpecahan masyarakat 1 Malaysia??

Rakyat di Kedah berbilang bangsa sudah menolak Anwar,,ini menunjukan anwar dah tak releven menjadi pemimpin,,sikap Anwar yang suka bermain konspirasi menjadi perangkap kepada dirinya sendiri.


"Kerana ketamakan kedudukan Anwar telah mengheret rakyat ke dalam masalah peribadi yang dia hadapi,dan di dalam konspirasi untuk menutup kesalahnya BN menjadi mangsa."


Dan kini kaum india Sungai Petani juga sudah menyedari bertapa bahayanya Anwar terhadap perpaduan sesama kaum.


SUNGAI PETANI, 27 Jan (Bernama) -- Jawatankuasa

Pengurusan Kuil Sri Subramaniam Swami Devasthanam

di sini Jumaat membuat laporan polis bagi membantah

kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar

Ibrahim di kuil itu pada 7 Feb depan sempena perayaan

Thaipusam.

Pengerusi Pengurusan kuil itu S. Dorai Singam berkata

pihak kuil membantah sekeras-kerasnya kehadiran

Anwar bagi menjaga ketenteraman awam selain

memelihara keselamatan masyarakat Hindu pada

perayaan Thaipusam, yang ditakuti boleh terjadi perkara

tidak diingini.

"Bimbang kerana lebih 100,000 orang akan hadir...apa

akan berlaku sekiranya pergaduhan antara parti politik.

Siapa akan bertanggungjawab terhadap keselamatan

orang ramai dan penganut," katanya kepada pemberita

selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis

Daerah (IPD) Kuala Muda.

Dorai Singam berkata pihaknya juga tidak menerima

sebarang permohonan daripada Parti Keadilan Rakyat

(PKR) berhubung kehadiran penasihat parti itu ke kuil

berkenaan selain e-mel yang menyatakan Ketua

Pembangkang itu akan hadir memberi ceramah di kuil

itu.

"Mereka tidak memohon kebenaran daripada pihak

pengurusan kuil. Untuk ceramah dan masuk kuil kita

tidak akan benarkan...hari itu hari keagamaan untuk

sembahyang, bukan untuk ceramah-ceramah politik dan

kita tidak mahu apa-apa ceramah dalam kawasan kuil

sebab jawatankuasa tak jemput dan bantah sekeras-

kerasnya," katanya.

Katanya beliau berharap pihak polis mengambil

tindakan sewajarnya bagi menghalang kehadiran Anwar

ke kuil bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini

berlaku.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Panas!!! Lakonan terkini Hadi Awang nak test market

Hadi Tawar Diri Tidak Bertanding


MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul hadi Awang mungkin tidak akan

bertanding pada Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU13), yang dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat.


Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada khidmatnya yang

disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai Yang Berhormat.

“Sudah lebih 30 tahun saya bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu

bermula pada 1982 dan sudah berbelas tahun sebagai Ahli Parlimen,” katanya.

Abdul Hadi berkata, sekiranya tidak bertanding mana-mana kerusi, beliau boleh

bergerak ke seluruh negara untuk memantapkan parti.


Bagaimanapun, Adun Rhu dan Ahli Parlimen Marang ini menawarkan bertanding satu kerusi sahaja sekiranya dipilih sebagai calon dalam PRU13 nanti.Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian dalam satu temu bual eksklusif ketika ditemui di rumahnya selepas menyampaikan ceramah di Masjid Rusila,Marang, di sini.


“Terpulang kepada parti untuk menilai kerusi mana yang sesuai untuk saya sama ada Dun atau Parlimen,” katanya yang menyerahkan kepada keputusan parti untuk menentukan sama ada beliau bertanding atau sebaliknya.

Beliau menganggap ramai pemimpin pelapis dalam parti itu yang boleh

membantu membawa hala tuju parti pada masa depan.


Katanya, pembabitannya dalam politik sezaman dengan bekas Perdana Menteri,

Tun Dr Mahathir Mohamad.“Saya kebetulan mengikuti parti sejak zaman Tun, zaman generasi kedua (Pak Lah) sampailah kini.


“Saya diberi amanah kepimpinan dan kerusi pada usia terlalu muda, saya menjadi Naib Presiden dalam usia 30-an, sudah terlalu lama,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menolak desas-desus anaknya Mohammad Khalil

Abdul Hadi, 30an, bakal dicalonkan dalam PRU13.

“Biar dia jadi ahli biasa buat masa ini,” katanya -sinar


Pisau Kedah:-


Hadi Awang bawa keluar kenyataan tawar diri tak mau bertanding,?? Boleh percaya ka kat hadi awang ni??,kalau di nilaikan dengan keadaan politik la ni,,saja aja Hadi Awang bawa keluaq kenyataan macam tu,,nak "Test Market" katakan,nak tengok sama ada dia masih laku ka atau pun tidak lagi dalam PAS setelah ikut telunjuk Azmin Ali untuk pecat Hasan Ali,


Kerana isu Hasan Ali lah berduyun-duyun ahli PAS  keluaq dari parti,untuk berpatah balik dah terlambat kerana semua orang dah tahu kes Hasan Ali di pecat oleh sebab desakan Azmin Ali,


Jadi untuk menarik perhatian kembali Ahli PAS yang masih lagi tertanya-tanya tentang isu Hasan Ali,Hadi Awang telah membuat satu lakonan pengemis politik.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Eksklusif,, Video Bekas Ahli PAS dedahkan mengapa tinggalkan PAS

Pisau Kedah:-


Itu la pemimpin PAS cakap saja lebih,time ceramah hantam kerajaan tak mau-mau,tak sedaq depa lagi teruk,,memang cukup pelaq.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, January 28, 2012

Panas!!! MB Kedah di desak buat kerja secara tak islam..

Sebelum ni Tok Jijan dok kata kat orang buat qeja secara islam,tapi hakikatnya dia pun tak qeti nak buat qeja secara islam,,qeja secara Islam kepala otak apa,,tanah wakaf pun boleh di jual kat orang bukan islam,,dok spin sana,dok spin sini,,last-last sudah terbongkar tanah wakaf berkenaan di jualkan sebelum fatwa ke dua di keluaqkan,,macam tu kot yang di katakan Tok Jijan buat qeja secara islam.


Terbaru Mahdzir Khalid kata "Pas gagal menunaikan janji manifestor setelah 3 tahun perintah" di majlis ramah mesra bersama anak perantau Padang Terap di lembah Klang,di hadiri seramai 200 orang siang tadi.


Mungkin Tok Jijan yang serba tak tau menggangap di buat qeja cara islam la,kalau buat qeja secara Islam cara Tok Jijan tak payah la tunaikan janji manifestor,boleh la biaq rakyat di kencing.,tu pun puak-puak PAS Kedah mangkaq tak boleh pikiaq.janji nak buat rumah bantuan dah masuk PRU 13 haram tak nampak pun,,janji nak turun harga ayaq,,bila dah tadbir Negeri haram tak turun pun harga ayaq,dok naik ada lagi.


Published with Blogger-droid v2.0.4

MB Serba tak tahu tak iktiraf kitab jingga

Aziz Bari naik anggin bila Tok Zan MB Kedah yang serba tak tahu tak iktiraf kitab jingga,tapi Pisau Kedah nampak Aziz Bari la yang lebih teruk serba tak tahunya,,ish,ish,,ish macam mana la Aziz Bari ni boleh jadi Prof yang mangkaq??? macam mana la boleh jadi pakar perlembagaan,tapi undang-undang pun tak tahu...


KUALA LUMPUR, 28 Jan — Datuk Seri Azizan Abdul Razak menempelak pakar

perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari sambil menegaskan bersedia berdepan dengan apa jua tindakan oleh Pakatan Rakyat termasuk dipecat sekiranya bersalah.


Menteri Besar Kedah ini mengulas desakan Aziz semalam agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan tegas terhadap beliau kerana mengambil tindakan ke atas lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tahun lepas.


Menyentuh soal prinsip Buku Jingga yang mahu memansuhkan AUKU, Menteri Besar yang serba tak tahu menegaskan “Buku Jingga bukan al-Quran” yang harus dipatuhi sepanjang masa.


“Ada perkara boleh laksana dan ada perkara yang tidak boleh…kena lihat pada keadaan,”katanya kepada The Malaysian Insider .


“Kalau Pakatan Rakyat nak ambil tindakan terhadap saya, ambillah…ini urusan universiti,saya tidak campur tangan (dalam soal tindakan tatatertib),tambahnya.


Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, KUIN.Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd

Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.


Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu. Kes itu akan disebut pada 12 Mac depan. Azizan turut menyifatkan Aziz “buta undang-undang ” dan tidak bersikap seperti tokoh akademik.


“Macam mana beliau (Aziz) suruh saya campur tangan dalam hal pentadbiran universiti?


Yang kedua perkara ini sudah dibawa ke mahkamah…jadi buat apa nak bising, tunggu sahaja kes bermula.


“Sekarang nak suruh saya buat macam Umno pula, semua perkara di bawah urusan KUIN…saya tidak campur tangan, biar pihak pengurusan dan pentadbiran yang buat,” katanya.


Beliau menambah: “Kalau beliau pakar perlembagaan patut tahu bila dah bawa ke mahkamah buat apa nak bising. Beliau dangkal, belajar perlembagaan tapi tidak tahu prosedur.”


Azizan turut menegaskan AUKU telah dilaksanakan di KUIN sejak sekian lama dan ia tidak mendatangkan sebarang masalah.


“Saya anak AUKU, tiada masalah…KUIN adalah hak Kedah, bukan pusat. Jadilah rasional,‘gentleman’ sikit.


“Undang-undang di KUIN sebelum saya masuk sudah ada. Di Selangor ada tak AUKU?


Universiti di Selangor ada AUKU tak? Kami universiti swasta, teori lain…amalan lain,”katanya.


Beliau menambah segala urusan KUIN dilaksanakan pentadbiran universiti bukannya beliau yang memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN.


“Tanggungjawab di bawah urusan pentadbiran, kita ada rektor, ada kakitangan KUIN bukan saya.


“Kalau Pakatan Rakyat nak pecat, pecatlah…ingat mudah,” katanya.

PAS akan meminta Azizan memberikan penjelasan berhubung penggantungan lima mahasiswa KUIN pada 12 Februari ini semasa mesyuarat bulanan PAS pusat di ibu pejabat parti Islam itu.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Panas!!! Apa yang mangkaq Exco Agama Penang

Exco yang memegang portfolio Agama Islam di Penang  mengakui tak pernah sokong usaha menyelamatan akidah umat Islam yang di lakukan seperti hari ini di Kepala Batas "Himpunan Sejuta Ummat Islam Selamatkan Aqidah"dan telah membuat laporan polis semalam terhadap penganjuran "Himpunan Ummat Islam Selamatkan Aqidah",apalah punya la exco Agama Islam punya mangkaq,,lebih pentingkan politik daripada akidah umat islam dari di pesongkan,,sebab tu la DAP suka sanggat exco agama islam dari PKR berbanding PAS,


Mungkin puak-puak Pas Penang rasa bangga la dapat Exco agama yang tak sukakan aqidah umat islam di selamatkan,,mungkin puak-puak Pas yang berserban besaq bakul ni di beri makan nasi kangkang DAP,,apa pun soal Agama Islam di Penang puak-puak Pas ikut saja cakap exco agama Malek itik dari PKR yang di jadikan kambing hitam DAP dalam Islam Penang.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Kasi Panas!!! Video Ahli Parlimen Sik Di Bogelkan

Che Uda Che Nik,,adakah anda kenal wanita ini,???..apakah setelelah menjadi Ahli Parlimen hang dah lupa daratan ka?? sedaq sikit apa jasa wanita ini kepada hang,,


Hang memang jenis manusia yang tak sedaq diri,,dah boleh jadi Ahli Parlimen hang lupa habis adik beradik hang,,hang lupa habis janji,janji manis hang,,hang ni memang Ahli Parlimen tak boleh pakai,,!!


Pisau Kedah:-


Rasanya kalau Ahli Parlimen Sik ni jelen lidah dia,,sudah bercabang dua paa?? cuba tenggok suruh dia jelen lidah kalau tak caya!!,,


Video pasai Che Uda ni banyak yang Pisau Kedah simpan,,nanti slow-slow kita bawa keluar sikit,sikit..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Panas!!! Johari Abdul di ketepikan oleh PKR ???

SELAMAT DATANG WAN SALLEH


Pada PRU ke 13 ni Sungai Petani akan ada calon kawasan Parlimen yang baru . Diimport dari seberag laut iaitu Pulau Langkawi. Seorang ahli tertinggi PKR Kedah yang Anwar Ibrahim cukup percaya kepadanya hinggakan mengalahkan kepercayaan  Anwar kepada Johari Abdul iaitu Datuk Wan Salleh ADUN Angkat Langkawi.


Patutlah digunakan alasan ini (http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2010/07/wakil-adun-langkawi-letak-jawatan.html) untuk hendak cover cita-cita politiknya yang semakin membesar.

Johari Abdul pula setelah dilihat gagal dalam membela Anwar semasa isu Datuk Trio T, maka akan digugurkan untuk memberikan laluan kepada calon kesayangan Anwar ini.


Jadi Pisau Kedah mengucapkan selamat datang ke lubuk PKR Sungai Petani Tindakan PKR Pusat adalah tepat dan strategik apabila mencalonkan Wan Salleh ke sini.


Tahniah PKR letak calon Wan Salleh,heheheheh...........mudah la Team Media Kedah nak buat kerja lepas ni,,opps terlupa pulak,,dengar kata DAP pun nak letak calon juga Parlimen Sungai Petani ni,,,heheheheehe


Published with Blogger-droid v2.0.4

Video Panas!!! Temubual dengan Ahli PAS yang tinggalkan PAS

Temubual dengan bekas Ketua Penerangan PAS kawasan dan juga Setiausah MKK merangkap Setiausaha PAS Kawasan


Published with Blogger-droid v2.0.4

MB Kedah serba tak tahu,,

Kerajaan Kedah perlu membantu kerajaan pusat turut memikul tanggung jawab mempromosikan pelaburan di negeri ini bagi meningkatkan pelaburan perkilangan di Kedah, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.


"(Kini) kerja-kerja untuk mempromosikan negeri khususnya negeri Kedah terletak hampir 100 peratus atas bahu kerajaan pusat. Saya tak lihat kerajaan negeri (Kedah) begitu serius untuk melakukannya sedangkan kita mempunyai satu taman industri berteknologi tinggi yang dianggap antara yang terbaik,

iaitu Taman Teknologi Tinggi Kulim," katanya kepada pemberita selepas Program Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) bersama Usahawan dan Pengeksport di sini Khamis.


Katanya tiga projek pelaburan yang tertinggi di Kedah ialah Sony EMCS (Malaysia) Sdn Bhd dari Jepun dengan pelaburan semula berjumlah RM200 juta, Nichias FGS Sdn Bhd juga dari Jepun dengan pelaburan semula berjumlah RM143 juta dan Celestica Malaysia dari Kanada dengan pelaburan semula bernilai RM130 juta.


Beliau berkata Kedah berada pada kedudukan kelapan dalam penerimaan projek-projek pelaburan perkilangan di Malaysia bagi tempoh Januari hingga November tahun lepas, jatuh daripada kedudukan ketujuh pada 2010.

"Sepanjang Januari hingga November tahun lepas, jumlah kelulusan untuk perkilangan di Kedah ialah RM1.557 bilion daripada 40 projek berbanding RM1.96 bilion sepanjang 2010. Itu adalah jumlah bagi pelaburan asing dan tempatan.


"Jumlah itu (2011) adalah untuk tempoh 11 bulan sahaja tetapi jika kita campur dengan jumlah kelulusan perkilangan pada bulan Disember pun, saya percaya ia tidak akan melonjakkan pelaburan Kedah pada kedudukan yang lebih baik," katanya.

Kata Mukhriz beliau tidak dapat menyatakan dengan jelas sebab-sebab berlakunya kemerosotan itu tetapi akan meningkatkan daya tarikan Kedah sebagai destinasi pelaburan kepada syarikat-syarikat tempatan dan asing.


"Kita kena faham negeri-negeri lain yang selalu lebih berjaya daripada Kedah dalam menarik pelaburan adalah negeri-negeri yang mempunyai prasarana yang cukup iaitu dari segi lebuh raya,pelabuhan, lapangan terbang dan juga kemudahan lain seperti kemudahan institusi pengajian tinggi yang akan memudahkan syarikat-syarikat perkilangan tersebut."


"Sebab itulah negeri-negeri seperti Selangor, Johor dan Pulau Pinang selalu mendapat kedudukan yang tinggi," katanya.


Untuk 2011, Mukhriz berkata Sarawak berada pada kedudukan teratas kerana pembukaan kawasan industri baru yang melibatkan pelaburan yang agak besar dan ada juga yang memerlukan tenaga elektrik dari sumber-sumber seperti projek Bakun.


Pada 2010, Sarawak berada pada kedudukan keempat.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, January 27, 2012

Panas,,!!! lagi cerita PAS di Sik,,

Pisau Kedah nak dedahkan cerita panas yang Pisau Kedah dapat dari salah sorang ahli PAS yang loncat masuk UMNO,ia berkaitan dengan PAS di Sik,,korek punya korek baru lah terdedah cerita tentang PAS Sik,,


Macam ni ceritanya,,di khabarkan puak-puak PAS di Sik berpecah kepada 3 puak,,Puak Pas Pro Ahli Parlimen  Che Uda Che Nik,,Puak Pas Pro SETPOL Sanusi,,Puak Pas Pro Tok,tok Guru Sik,betui ka??,,


Puak Pas yang pro Tok,tok guru depa mahukan seorang yang bernama Ku Baharom untuk di jadikan calon parlimen PRU 13,Pisau Kedah pun tak pernah kenal siapa tu Ku Baharom,,nampak gayanya seorang kuat agamanya,,kalau tak buat apa tok,tok guru mahukan dia jadi calon PRU12


Puak Pas yang pro Che Uda pulak,,tetap mahukan Che Uda jadi calon parlimen PRU 13,,bagi pendapat puak Pas pro tok,tok guru,,kalau masih Che Uda jadi calon parlimen akan bungkus la Pas di Sik,,dengar kata perang dingin juga la sesama depa..


Yang Pisau Kedah pelik tu,,mai kot mana pulak yang pro SETPOL tu,,tentu ada sebab tertentu puak Pas pro SETPOL tu menolak calon dari puak pro Che Uda dan dari calon puak pro tok,tok guru,,


Untuk pengetahuan ketiga-tiga puak Pas,,hampa letak pi la calon sapa pun,,dah tergugat dah Pas di Sik,,lepas ni boleh la tempah batu nisan boh kat kubur parti Pas Sik,,apa lagi yang Pas Nak banggakan di Sik??Sedangkan Kampung-kampung yang dulunya hardcore PAS,,dah BN tawan,,


Pisau Kedah:-


Pas Kedah boleh la siapa sedia menerima kekalahan di PRU 13 ni,,tapi rasanya kalau Pas Kedah kalah depa tak hairan la,,duit balak dah banyak dalam poket,,,


Published with Blogger-droid v2.0.4

Panas!!!! pendedahan Ahli Pas keluar PAS beramai-ramai di Kedah

Seramai 200 ahli PAS Felda Teloi Timur Sik telah meningalkan PAS,,kalau di ikutkan Felda Teloi Timur adalah kawasan yang penyumbang terbesar kemenangan Adun Jeneri.


Penyebab utama 200 orang ahli PAS (peneroka) yang bertindak keluar dari PAS kerana ketidak puasan hati mereka kepada Ahli Parlimen Sik yang tidak menepati janji,,dan antara penyebab lain,mereka melihat PAS kini sudah tidak berada di landasan memperjuangkan Islam dan menjadi tunggangan DAP dan PKR,tindakan keluar PAS di ketuai oleh Ketua Penerangan Kawasan dan Setiausaha MKK yang juga merangkap setiausaha kawasan,


dan selain dari itu punca 200 tinggalkan PAS adalah

Para peneroka kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka

Felda (Anak) Mazlan Aliman bahawa kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat

bersetuju untuk tidak menandatangani perjanjian penyerahan tanah.

Ini kerana peneroka berpendapat apa salahnya tanah-tanah milik Felda itu dipajakan sekiranya para

peneroka akan menerima faedah daripada langkah tersebut.

Peneroka juga berpendapat lebih baik tanah-tanah tersebut dipajakkan dan diusahakan, daripada

dibiarkan.

Lagipun, 360,000 hektar tanah yang ingin dipajakkan adalah milik Felda, dan bukannya milik peneroka.

Jadi Felda berhak memajak tanah sekiranya ia dapat memberi faedah kepada peneroka.

Siapakah Mazlan Aliman yang seakan-akan berkuasa menentukan siapa berhak mendapat faedah dan

siapa tidak?

Peneroka juga bertanya, kenapa pihak kerajaan negeri mahu menghalang sesuatu yang baik dan

berfaedah kepada rakyat secara amnya, dan peneroka secara khusus? Kenapa pihak kerajaan negeri

sanggup mempermainkan nasib rakyat atas nama politik? Jika ini benar, peneroka dipermainkan

seperti bola atas nama politik.

Sikap Mazlan Aliman yang keji itu jelas menunjukkan bahawa beliau bukannya ikhlas memperjuangkan

nasib dan hak peneroka, tetapi hanya memperjuangkan agenda politik beliau.

Mazlan Aliman perlu dihalang daripada memporak-perandakan hal ehwal peneroka. Jangan gajah

sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. Jangan biarkan Mazlan Aliman menjadikan

peneroka mangsa perjuangan politik beliau.


Pagi tadi Pisau Kedah ada buat pendedahan tentang 61 orang Ahli Pas tinggalkan PAS dan masuk UMNO di perkampungan hardcore PAS Sik,,ini menunjukan tanda-tanda awal PAS akan kencundang di Kedah,,terutamanya di Sik,,


Published with Blogger-droid v2.0.4

Eksklusif !!! cerita panas Ahli PAS masuk UMNO..

Kubu Kuat PAS Sik Kedah berjaya BN tawan
Tahniah YB Datuk Mohd Taijudin (Adun Belantik)


Semalam Team Media Kedah telah pergi ke satu perkampungan yang cukup terkenal dengan perkampungan Hard core PAS Sik,Kedah..bertempat di Kampung Batu Besar Mukim Teloi Tua Sik,yang kini ramai penduduknya mula sudah berubah angin keluar dari PAS,

Kalau dulu BN jangan harap la nak masuk kampung ni,,nak pacak bendera BN pun jangan mimpi la,,namun kini dalam sejarah  angin perubahan telah melanda di kampung tersebut,,seramai 61 orang ahli PAS telah keluar dari PAS termasuk lah sepupu dan juga Mak Saudara Ahli Parlimen Sik,dan selepas ini ada lagi yang akan menyertai UMNO dalam masa terdekat,kalau tak percaya tanya la Ahli Parlimen Sik,,siapa dalam gambar bawah ni..

Mek Endang Bt Jusoh

Ahli Parlimen Sik kenal tak wanita ini ??? bukankah wanita ini adalah Ibu Saudara Ahli Parlimen Sik....bukan kah wanita ini pernah menyuap makan dan basuk punggong Ahli Parlimen Sik,,Setelah menjadi Ahli Parlimen selepas PRU 12,,pernah tak sekali Ahli Parlimen Sik jejak kaki melawat wanita ini yang pernah satu ketika menjaga Ahli Parlimen Sik?? sedangkan wanita ini bercerita pada Team Media Kedah walau pun Ahli Parlimen berceramah berhampiran rumah wanita ini,,sekali pun tak pernah di ziarahnya... wanita ini bukan sekadar ibu saudara Ahli Parlimen Sik malahan adalah penyokong kuat PAS dan juga Ahli Parlimen Sik di masa PRU 12,

Abdul Wahab Shaari

Ahli Parlimen Sik kenal tak lelaki ini ?? Bukankah lelaki ini sepupu Ahli Parlimen Sik ?? dan juga pengerak PAS sehingga Ahli Parlimen Sik boleh menang pada PRU 12..untuk pengetahuan semua,Pak Long ni sudah 30 tahun lebih menjadi hard core PAS di Mukim Teloi Tua,Sik.Kedah..
dulu kalau BN nak pacak bendera di Kampung tersebut,,BN perlu berhadapan dengan Pak Long ni dulu..sehingga tak berani BN nak pasang bendera..namun kini Pisau Kedah rasa berbangga,,di hadapan rumah Pak Long ni telah ada Bendera BN dan UMNO dan tak siapa berani usik bendera tersebut..

Zainudin B Abdul Wahab (Apit)

Apit anak sepupu Ahli Parlimen Sik,,pemuda PAS pertama yang memasuki UMNO,dia merasa amat kecewa dengan sikap Ahli Parlimen Sik,,dia juga antara orang yang aktif di dalam PRU 12 berjuang untuk PAS..namun kini dia merasa sia-sia berada di dalam PAS...

Mat Isa

Mat Isa antara penyokong kuat PAS mukim Teloi Tua,merupakan Ahli PAS sejak azali lagi,,niat untuk Mat Isa memasuki UMNO sudah lama,,setelah kecewa dengan Ahli Parlimen Sik,Adun Jeneri dan juga MKK,, tapi keingginan Mat Isa memasuki UMNO tiba kemuncaknya bila peristiwa anaknya terlibat dengan kemalangan,,tak seorang pun wakil PAS yang datang menziarah,sedang pernah sekali ceramah di adakan berhadapan dengan rumahnya hanya beberapa meter sahaja tak sampai 10 meter untuk Adun,dan Ahli Parlimen Sik melangkah kerumahnya menziarahi anaknya yang memerlukan bantuan,,namun yang datang menziarahi anaknya dan memberi bantuan merupkan kerusi roda adalah Adun BN (YB Datuk Taijudin) yang sebelum ini di anggapnya musuh..

Shukri b Wahab (Mat)

Abdul Rahman Abdullah


Abang Mat dan juga Abg Man,,merupakan penyokong  kuat PAS sejak azali lagi..dulunya kalau kerat tubuh mereka berdua keluar darah hijau,,begitulah perumpamaan yang Pisau Kedah berikan,,bertapa hard core nya mereka bersama PAS,,namun kekecewaan mereka adalah kerana sikap PAS sudah berubah dari perjuangan sebenar memperjuangkan Islam,,tambahan pulak pemecatan Hasan Ali menjadi penyebab juga mereka keluar dari PAS..

Mereka semua ini adalah orang yang membawa masuk BN di Kampung Batu Besar,Mukim Teloi Tua,Sik.dan menjadi sejarah apabila buat kali pertamanya BN menjejak kaki di tempat berkenaan,,Di sini Pisau Kedah juga nak memperinggati UMNO dan juga Ketua Bahagian Sik,,jangan lupa jasa mereka ini,,kerana jasa mereka,,seramai 61 orang telah menyertai UMNO dan tinggalkan PAS,,dan lebih banyak lagi akan tinggalkan PAS di Kampung berkenaan..semoga mereka di hargai..

Che Uda Che Nik (Ahli Parlimen Sik-PAS)


 Yahaya Abdullah (Adun Jeneri-PAS)

Ahli Parlimen dan juda Adun ini akan merima akibatnya pada PRU 13 ini,


Pisau Kedah :-

Nantikan ada lagi berita tergempar yang akan Team Media Kedah dedahkan hari ini...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog