Monday, December 31, 2012

Penyokong PAS Patut Baca Kalau Anda Benar-Benar Memperjuangkan Islam




Di mana maruah PAS ketika sekutu mereka pemimpin dalam parti DAP cuba mempergunakan kalimah Allah S.W.T di dalam Bible sepertimana yang terdapat di dalam Al-Quran bagi merujuk kepada Tuhan dari segi kefahaman agama mereka.

Yang lebih mengejutkan adalah kenyataan Ngeh Koo Ham, bahawa PAS telah mempersetujui penggunaan kalimah Allah S.W.T di gunakan oleh agama lain.

Apakah PAS sanggup memperdagangkan Kalimah Allah S.W.T hanya kerana kepentingan politik untuk mendapat kuasa dan membalas dendam terhadap UMNO yang menjadi seteru PAS di dalam politik ?

Tahukah anda tindakan DAP menuntut penggunaan kalimah Allah S.W.T adalah untuk menjatuhkan Islam di Malaysia secara halus dan tanpa di sedari keburukan yang terpaksa di hadapi Umat Islam Malaysia generasi akan datang.

Mengikut kefahaman Islam, Allah S.W.T adalah Tuhan yang maha Esa, tidak beranak dan tidak di peranakan manakala Tuhan dari sudut kepercayaan agama Kristian, Tuhan itu merupakan bapa kepada Isa ( merujuk kepada Nabi Isa ) manakala Mariam atau Marry Ann , ibu kepada Isa yang melahirkan anak Tuhan.

Ternyata kefahaman pengertian Tuhan cukup berbeza di antara Islam dan Kristian. Sebagai Umat Islam kita sepatutnya mempertahankan penggunaan kalimah Allah S.W.T yang di gunakan Umat Islam.

Tindakan mahu menggunakan kalimah Allah S.W.T dalam Bible merupakan taktik licik untuk merosakan akidah Umat Islam untuk mempercayai Allah S.W.T itu adalah Tuhan yang Esa dan tiada Tuhan selain Allah S.W.T dan Allah S.W.T tidak beranak dan tidak di peranakan.

Percaya atau tidak, sekiranya tuntutan penggunaan kalimah Allah S.W.T di benarkan di guna dalam Bible di Malaysia. Generasi akan datang Umat Islam akan mudah terpengaruh dan menganggap agama Islam dan agama Kristian adalah sama kerana menyembah tuhan yang sama iaitu Allah S.W.T sedangkan hakikatnya kepercayaan kewujudan tentang Tuhan cukup berbeza dari sudut kefahaman agama Islam dan agama Kristian.



Tidak hairan la sekiranya DAP yang majoriti pemimpinnya beragama Kristian sanggup memberi laluan kepada Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kerana di sebabkan ketamakan Anwar Ibrahim kepada jawatan Perdana Menteri sehingga membuatkan dirinya mengamalkan ajaran kefahaman Pluralisme dan Liberalisme yang bertopengkan agama Islam.

Sebagai satu parti yang majoriti penyokongnya adalah Umat Islam seperti UMNO, PAS seharusnya menjadi peneraju di dalam Pakatan Haram seperti mana parti UMNO di dalam Barisan Nasional bagi memperjuangkan Islam di Malaysia dan bukannya membiarkan seorang pemimpin yang berkefahaman Pluralisme dan Liberalisme menjadi peneraju di dalam gabungan yang di bentuk dalam Pakatan Haram.


Tu Dia !!! PAS Kian Sengsara Kerana Amanat Hadi Awang



Sebelum ini, Hadi Awang cuba mengalih pandangan orang ramai dengan isu amanatnya dengan mencabar Kerajaan supaya memberi ruang kepadanya tampil secara live di dalam radio dan TV  1 jam bagi memperjelaskan tentang amanat yang di lakukannya pada tahun1981 dan berharap tindakannya mencabar kerajaan tidak akan penuhi pihak kerajaan supaya rakyat akan mengalih pandangan menyalahkan pihak kerajaan kerana tidak memberi ruang kepada Hadi Awang untuk memperjelaskan isu yang hangat di perbincangkan sejak akhir-akhir ini.

Yang menjadi tanda tanya bagi Pisau Kedah, kenapa Hadi Awang tidak pernah menggunakan media sedia ada yang di miliki Pakatan Haram untuk menerangkan tentang amanatnya itu setelah ramai pihak yang mendesak menarik kembali amanat yang di lakukannya pada tahun 1981 ?

Akhirnya tanpa di duga Hadi Awang, tindakannya mencabar Kerajaan supaya memberi ruang kepadanya tampil secara live di radio dan tv telah di persetuju Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim demi menghalang perpecahan Umat Islam Malaysia hanya di sebabkan amanat tersebut.

Apakah selepas ini, PAS dan Hadi Awang akan memberi pelbagai alasan dan memutar belit isu untuk mengagalkan persetujuan yang di berikan Menteri Penerangan, Datuk Rais Yatim supaya Hadi Awang dapat memperjelaskan tentang Amanat yang di lakukannya.

Rais Yatim

KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tokoh agama dan mufti negeri-negeri akan dijemput untuk bersama dalam forum yang akan memberi peluang buat julung kalinya kepada Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memperjelas amanatnya yang telah memecah-belahkan umat Islam di Malaysia.

Rais berkata, Hadi tidak boleh membuat keputusan bersendirian dan terlalu yakin dengan kebolehan dirinya yang berlatar belakangkan pendidikan agama "kerana sentiasa ada orang yang lebih bijak daripada kita".

"RTM adalah hak rakyat dan ia boleh diguna untuk menjelaskan sesuatu perkara, tapi bukan satu saluran sahaja (Hadi seorang), ia mesti disertai oleh pihak-pihak yang juga ada ilmu, nas dan pengalaman," katanya kepada pemberita selepas Program Larian Tahun Baru 1Malaysia di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Presiden Pas itu, katanya harus bersedia untuk menerima pendapat orang lain dan forum tersebut akan dibuat dalam suasana yang sesuai.

Rais berkata, Hadi tidak boleh membuat tanggapan bahawa keputusan (Amanat Hadi Awang) yang beliau buat pada 1981, itu adalah muktamad.

Menurut Rais Hadi bukan ahli jawatankuasa fatwa atau majlis agama Islam negeri, sebaliknya beliau hanyalah seorang ahli politik yang mengeluarkan pandangan sendiri dan pandangan itu pula berasaskan sentimen yang diselubungi oleh politik.

Rais juga berharap Hadi akan menarik balik tuduhan kafirnya ke atas pengikut Umno semasa berlangsungnya program itu dan jika beliau mahu meneruskan amanatnya, Hadi harus mendengar pandangan daripada tokoh-tokoh agama lain yang akan turut serta.

"Sehingga kini, belum ada lagi permohonan rasmi dari Hadi tetapi segala perancangan untuk menyediakan rancangan berbentuk forum tanpa kehadiran penonton studio itu sedang berjalan," katanya.

Rais menjelaskan demikian ketika mengulas mengenai hasrat Hadi yang mahu muncul dalam kaca televisyen secara langsung selama sejam untuk menerangkan keadaan sebenar berhubung isu pepecahan umat Islam selepas mengeluarkan amanatnya yang mengkafirkan Umno pada 1981, di Kuala Terengganu.

Dalam pada itu, Rais meminta parti-parti politik dalam negara ini supaya bersatu dalam konteks kemasyarakatan Malaysia.

Malaysia harus dibantu tanpa mengira latar belakang politik, agama dan budaya supaya negara ini terus mendapat tempat tertinggi dalam aturan keduniaan dan antarabangsa, katanya.

"Kita perlu bersatu dalam konteks di luar politik dan bukan hanya politik sahaja yang boleh satukan kita, tetapi perasaan kekitaan sebagai rakyat Malaysia," katanya.

"Orang PKR (Parti Keadilan Rakyat) perlu jayakan anak mereka, orang Umno pun sama, kita tidak boleh terlalu banyak berlopak dalam politik sampai kita lupakan negara dan kewarganegaraan kita," katanya.

Di PUTRAJAYA, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan pula mengesyorkan supaya Hadi mengadakan sidang akhbar terbuka atau melalui web TV mengenai amanatnya tanpa perlu memberi penjelasan secara langsung di stesen televisyen tempatan.

Menurut Ahmad tindakan Presiden Pas itu yang hanya mahu tampil di stesen televisyen tertentu seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3, seolah-olah mempunyai agenda tersendiri.

"Mungkin ada tujuan-tujuan tertentu. Tapi pada saya panggil sidang akhbar lagi ramai boleh datang. Ia boleh disiar secara langsung oleh segala web TV. Nak panggil stesen TV luar negara pun boleh," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kopitiam Killiney Putrajaya di sini, hari ini.

Ahmad berkata pada sidang akhbar Sabtu lepas selepas sekian lama berdiam diri daripada menjawab isu berkenaan, Hadi tidak memaklumkan untuk menarik semula amanat itu, tetapi hanya ingin memberi penjelasan.

"Mudah-mudahan dia akan tarik amanat itu. Tapi kelihatannya sukar. Saya kira kalau dia menarik balik amanat itu dan memohon maaf, dia berjiwa besar seperti Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Walaupun tak nampak apa salah perdana menteri, tapi (memohon maaf) bagi pihak pemimpin yang tidak turun padang, yang tidak melaksanakan tugas dengan baik yang menyebabkan kekalahan pada pilihan raya umum 2008," kata Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. - Bernama

Panas !!! Ostazah Mee Segera PAS Buat PAS Kedah Terkantoi




Semakin hari semakin Pisau Kedah tengok si Ustazah Mee Segera ni suka cakap merapu tanpa berfikir apa yang di cakapnya boleh mendatangkan keburukan kepada parti yang di anutinya itu sendiri.

Dalam video di atas, Ostazah Mee Segera mengatakan Kerajaan Pusat pentadbiran BN telah menzalimi rakyat dengan merampas tanah di Langkawi tanpa memikirkan bahawa setiap tanah rezab yang berada di Kedah merupakan di bawah  pentadiran Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat tidak hak untuk merampas tanah di Kedah kecuali tanah berkenaan di miliki Kerajaan Pusat.

Ostazah Mee Segera harus mengetahui bahawa tanah-tanah di Kedah kebanyakan telah di gadaikan Kerajaan Negeri pentadbiran PAS semenjak mereka menguasai Kedah selepas PRU12. Antara tanah yang di gadaikan Kerajaan Negeri pentadbiran PAS adalah Tanah Wakaf Madrasah Salihiah yang telah di jualkan kepada seorang kontraktor bernama Sonny Ho untuk di bina pusat membeli belah.

Tanah di Kulim juga menjadi mangsa kerakusan PAS apabila tanah yang berstatus Rezab Melayu di Sungai Kob telah di jualkan kepada kontraktor Cina untuk di bangunkan sebuah tanah perkuburan cina untuk di komersialkan.

Selain itu, kawasan yang berstatus Hutan Simpan Kekal pulak di tukar status kepada Hutan Perladangan supaya dapat mengaut keuntungan dari hasil balak yang terdapat di hutan simpan.

Di harap Ostazah Mee Segera selepas ini bercakap dengan menggunakan akal fikiran supaya ianya tidak menjadi fitnah.

Panas !!! Ahli Parlimen PKR Yang Memalukan Pakatan Haram



Setelah hujan lebat baru-baru ini melanda Pahang ianya telah mengakibatkan banyak kawasan di Pahang di landa banjir termasuklah kawasan Kuantan di mana Ahli Parlimennya merupakan dari PKR iaitu Fauziah Salleh.


Sebagai seorang Ahli Parlimen yang di lantik rakyat, Fauziah Salleh tidak boleh memilih bulu untuk turun padang melawat kawasan-kawasan yang di landa banjir kerana ke semua kawasan yang berada dalam daerah Kuantan merupakan kawasannya sebagai Ahli Parlimen. Apa yang berlaku adalah sebaliknya, apabila Fauziah Salleh tidak mahu turun ke kampung yang bernama Kampung Galing Besar hanya kerana alasan yang di berikan kampung berkenaan merupakan kampung Dato' Suffian Awang, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan.

Nampak sangat la pemimpin dalam Pakatan Haram tidak ikhlas dan tidak layak di dalam menjadi wakil rakyat kerana memilih bulu apabila nak turun ke kawasan untuk memberi bantuan.

Mari kita lihat bukti kenyataan sendiri dari Fauziah Salleh melalui akaun twitternya apabila di persoalkan kerana memilih bulu untuk turun padang memberi bantuan mangsa banjir.



Hot !!! Hadi Awang Kecut Teloq Dengar Penjelasan Menteri Penerangan



Kini sudah riuh satu Malaysia berkenaan amanat Presiden PAS, Haji Hadi Awang yang di buatnya pada tahun 1981 sehingga telah mengakibatkan Umat Islam di Malaysia berpecah sehingga ke hari ini. Bermacam tomahan yang telah di terima UMNO/BN sejak dari dahulu lagi sehingga ada dari kalangan ahli PAS masih menggangap sesiapa saja yang menyokong UMNO adalah kafir.

Untuk pengetahuan semua, sebenarnya isu amanat Hadi Awang kembali hangat adalah di sebabkan satu buku hasil penulisan seorang bekas ahli PAS dan bekas penulis Harakah, Zainon B Ismail atau nama penanya C.N Afghani yang bertajuk KAFIRKAH AKU .


Setelah Hadi Awang di hentam bertalu-talu dalam pelbagai media berkenaan isu amanat yang di lakukannya pada tahun 1981 supaya di tarik balik, Hadi Awang cuba menyelamatkan diri dengan hanya berdiam diri namun tindakannya itu bagai menambahkan lagi derita yang terpaksa di tanggung PAS untuk menghadapi PRU 13 kerana ramai pihak perlukan penjelasan dari Hadi Awang yang mengkafirkan UMNO kerana UMNO/BN mempertahankan Perlembagaan Malaysia yang di anggapnya sebagai perlembagaan penjajah.

Terbaru, akibat tidak tahan dengan desakan orang ramai supaya Hadi Awang menarik balik amanat itu, Hadi Awang cuba mengalih pandangan rakyat berkaitan isu berkenaan dengan mencabar Kementerian Penerangan memberi ruang kepadanya live di RTM dan TV3 untuk memperjelaskan isu berkenaan amanat yang di lakukan pada tahun 1981.

Bagi memberi ruang Hadi Awang memperjelaskan isu berkenaan, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim akhirnya tampil membuat kenyataan bahawa beliau bersedia memberi peluang kepada Hadi Awang bercakap di TV.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan diberi peluang memberi penjelasan mengenai amanatnya yang didakwa mengkafirkan Umno pada 1981, di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Abdul Hadi perlu memohon kepada kementerian mengenai saluran yang dipilihnya untuk memberi penjelasan itu.

"Pihak RTM boleh siarkan kenyataannya sekiranya kandungannya sesuai dan ada nilai berita. Tetapi pada masa yang sama, Abdul Hadi perlu memberi peluang kepada pihak lain memberi pandangan mereka kerana amanatnya ini telah dibuat pada 1981," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan raptai sambutan Rumah Terbuka Malaysia Krismas dan sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka di ibunegara hari ini. Sambutan itu dijadual diadakan pada 31 Disember.

Rais berkata pandangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan mufti perlu diambil kira untuk mengetahui status amanat itu yang mengkafirkan Umno dari sudut akidah.
Lepas ni kita tengok beranikah Hadi Awang menerima pelawaan dari Menteri Penerangan, Datuk Seri Rais Yatim yang cuba memberi ruang kepadanya untuk memperjelaskan isu amanat yang di lakukannya itu sedangkan dalam surat khabar milik PAS pun, Hadi Awang tidak gunakan unuk memperjelaskan amanatnya itu.

Video Eksklusif !!! Ustaz Fathul Bari Memperjelaskan Amanat Hadi Awang Bercangah Dari Prinsip - Prinsip Islam





Pisau Kedah :-

Harus di ingat walaupun amanat yang di lakukan Hadi Awang sudah berlalu hampir 32 tahun yang lalu. Amanat tersebut masih lagi di guna pakai kalangan ahli-ahli PAS sehingga sekarang dan sepatutnya Hadi Awang menarik kembali amanat tersebut agar Umat Islam Malaysia tidak berterusan pecah belah hanya kerana berbeza pandangan politik.

Sunday, December 30, 2012

Zalim !!! Gambar-Gambar Peserta Mogok Lapar 100 Jam Mati Kelaparan.

Pisau Kedah tak tau la apa nak jadi dengan para perserta mogok lapar yang mengadakan mogok lapar selama 100 jam bagi menunjukan protes terhadap pembinaan kilang Lynas walau pun pakar-pakar mengatakan Lynas merupakan kilang yang selamat dan tidak merbahayakan penduduk sekelilingnya.

Kerajaan Malaysia dari dahulu lagi sering memberikan kebajikan kepada rakyat supaya rakyat di Malaysia tidak berhadapan dengan kesusahan dan kebuluran tanpa mengira parti politik. Tapi Pakatan Haram pulak yang memperjuangkan Negara Kebajikan menyuruh penyokongnya berlapar supaya mendapat keuntungan politik dalam menentang Kerajaan Malaysia.

Di bawah ini gambar yang di paparkan portal mynewshub yang menunjukan peserta mogok lapar sedang berlapar atas arahan Pakatan Haram.




 

Sebahagian daripada kumpulan 18 'pejuang alam sekitar sejati' yang menganjurkan mogok lapar selama 100 jam bermula pukul 8 malam Khamis lalu hari ini dikesan makan tengahari di sebuah hotel dan beberapa restoran berhampiran Dataran Merdeka. 
Jurugambar kami berjaya mengesan perbuatan itu sebentar tadi yakni ketika mogok baru sahaja mencecah masuk ke 63 jam.

Menurut jurugambar berkenaan, peserta mogok pada awalnya memperlihatkan kepada orang ramai sekitar dataran bahawa mereka dalam keadaan yang sangat lemah.

Bagaimanapun selepas beberapa ketika, seorang demi seorang mula hilang dari tempat mogok lapar terbabit.

Mengesyaki sesuatu, jurugambar Mynewshub mula menjejaki mereka secara senyap dan akhirnya berjaya menemukan sebahagian peserta yang makan dengan pantas di beberapa kawasan sekitar Dataran Merdeka.

Malah lebih memeranjatkan, sebahagian peserta yang dikatakan merupakan ahli DAP dilihat menerima bungkusan makanan yang dihantar kepada mereka.

Memetik kenyataan penganjur program berkenaan sebelum ini, Tan Woen Tian berkata, mogok lapar selama 100 jam itu sebagai protes terhadap beberapa isu alam sekitar dan kemasyarakatan.

Mogok lapar itu jelas beliau akan berakhir pada detik tengah malam Tahun Baru 2013.

Pesertanya – yang juga akan terdiri daripada remaja dan pesara – hanya akan minum air botol sepanjang tempoh tersebut (petikan Malaysiakini).

Woen Tian berkali-kali menegaskan aspek hanya minum air berkenaan ketika sidang media pada malam pelancaran kempen itu.

Beliau bagaimanapun sama sekali tidak menyentuh mengenai 'aktiviti makan diam-diam' seperti yang ditemui pihak kami hari ini.

Beliau juga tidak sekali pun mengatakan ia adalah kempen 'sepatutnya lapar' tetapi bertegas ia adalah mogok lapar selama 100 jam.

Anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin Huat yang sebelum ini bersemangat juga tidak kelihatan di Dataran Merdeka hari ini.

Mogok 'sepatutnya lapar' berkenaan dianjurkan oleh Malaysian Youth Against Public Hazard (MYAPH).

Berikut kronologi penemuan kami;

Gambar utama: Pukul 12.28 – ada peserta menerima bungkusan nasi.

Gambar 2 dan 3: Pukul 12.55 – peserta keluar mencari kuih dan makan sepanjang perjalanan balik ke lokasi mogok lapar.

Gambar 4: Pukul 1.18 – Dua orang Peserta mogok pulang ke hotel.

Gambar 5: Pukul 1.32 – Dua orang peserta mogok lapar makan di restoran berhampiran Masjid Jamek.

Gambar 6: Pukul 1.41 – Seorang lagi peserta mogok lapar datang makan di restoran yang sama.


Sumber : MyNewsHub

Patut Baca !!! 57 Tahun Sejarah Rundingan Baling Yang Perlu Kita Tahu


Sebelum ini Pisau Kedah ada menceritakan tentang program "Mengimbau Kembali Peristiwa Rundingan Baling 1955" yang di adakan di sekolah Rendah Tunku Putra yang dahulunya di kenali Sekolah Inggeris Baling ( Government English School ) di mana tempat yang di adakan rundingan di antara pihak Kerajaan dan pihak Komunis bagi menamatkan darurat yang berlaku di Tanah Melayu ketika itu. ( Klik Di Sini )

Namun apa yang Pisau Kedah hendak tuliskan ini adalah sejarah sebenar yang berlaku di ketika sebelum dan selepas Rundingan Baling berdasarkan apa yang di ceritakan Datuk Gurdial Singh A/L Kartar Singh, individu yang ada bersama Tunku Abdul Rahman ketika Rundingan Baling di adakan.

Pada awal bulan Jun 1955, Sepucuk surat telah diterima daripada wakil Ibu Pejabat Tertinggi Tentera Pembebasan Malaya yang menyatakan bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) bersedia untuk mengadakan rundingan bagi menamatkan darurat dan memulihkan keamanan di Malaya.

Pada 18 September 1955, sejurus selepas Kerajaan Perikatan mendapat kuasa ( hasil dari pilihanraya pertama ), tawran pengampunan telah diumumkan oleh Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri. Syarat-syarat pengampunan (amnnesty) telah dikeluarkan dan disebarkan secara meluas.

Dalam pada itu hubungan telah dibuat dengan wakil Chin Peng untuk mengadakan rundingan bagi membincangkan syarat-syarat tersebut. Tunku Abdul Rahman menegaskan bahawa beliau tidak bercadang untuk mengadakan rundingan dengan Chin Peng, tetapi sebaliknya beliau mahu bersemuka dengan Chin Peng untuk menerangkan syarat-syarat pengampunan dan akan menimbangkan sebarang cadangan yang mungkin akan dikemukakan oleh pihak PKM.


Proses Rundingan

Akhirnya pertemuan bersejarah itu diadakan di Sekolah Inggeris Baling ( Government English School) yang kini di kenali Sekolah Kebangsaan Tunku Putra. Rundingan itu berlangsung dalam empat sesi selama dua hari. 

Hari pertama yang berlangsung pada 28 Disember 1955. Sesi pertama bermula pukul 2.30 petang dan berakhir pukul 3.30 petang manakala sesi kedua yang bermula pada pukul 3.40 petang sehingga pukul 5.45 petang dan sesi yang ketiga bermula pada pukul 6.30 petang sehingga pukul 8.05 malam.

Hari keduanya pulak rundingan berlangsung pada sesi yang ke empat, bermula pada pukul 10.50 pagi hingga pukul 12.48 tengahari.

Rundingan tersebut melibatkan pihak kerajaan yang terdiri daripada YTM Tunku Abdul Rahman, Dato Sir Tan Cheng Lock, Encik David Marshall, Encik Hamid Jumat, Encik Yaacob Latif D.I.O, Encik Too Joo Hin, Encik T.H Tan Syed Jaafar Albar, sementara bagi pihak Komunis pulak terdiri daripada Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin.

Pekan Baling dipilih sebagai tempat untuk mengadakan rundingan kerana ia adalah kawasan pilihanraya Tunku Abdul Rahman pada ketika itu. Sementara itu tanggungjawab membawa keluar Chin Peng dan rombongannya serta memastikan keselamatan mereka telah di serahkan kepada Pegawai Daerah Butterworth iaitu John Davis.

Untuk pengetahuan ketika itu Jhon Davis berusia 49 tahun dan merupakan seorang sahabat baik Chin Peng semasa berada didalam hutan selama dua tahun sebagai anggota Force 136.
Force 136 adalah satu nama samaran bagi sebuah pertubuhan Eksekutif Operasi Khas (SOE), Britain semasa Perang Dunia II. Pertubuhan ini diwujudkan bagi menggalakan dan membekal pergerakkan penentangan di wilayah dalam kawalan musuh, dan sering kali melaksanakan operasi-operasi sabotaj. Force 136 beroperasi di wilayah-wilayah Perbatasan Asia Tenggara dalam Perang Dunia II yang mana diduduki oleh tentera Jepun sejak tahun 1941 sehingga 1945.
Kumpulan Force 136
Sebelum berlangsungnya rundingan tersebut, Pekan Baling yang kecil itu telah penuh sesak dengan manusia yang berkumpul di jalanraya bagi menantikan rombongan Tunku. 


Pada Ketika itu kawalan ketat dilakukan bagi mengelakan kejadian yang tidak di ingini berlaku semasa rundingan tersebut di adakan, setiap individu yang memasuki kawasan rundingan akan di soal siasat terlebih dahulu bagi memastikan.perjanjian gencatan senjata ketika rundingan  di patuhi.

Dalam rundingan tersebut, Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin duduk berhadapan dengan Tunku Abdul Rahman, David Marshal, Tan Cheng Lock dan Too Joo Hin. Segala rundingan telah di rakam ketika itu.

Perakam suara yang di pasangkan dalam bilik rundingan.


dalam rundingan tersebut Tunku Abdul Rahman menyatakan kepada Chin Peng bahawa Tanah Melayu akan menuntut kemerdekaan daripada pihak British. Oleh yang demikian tidak ada gunanya berperang dan meneruskan permusnahan yang berlarutan selama 7 tahun yang mengakibatkan banyak orang yang terkorban  dan kemusnahan harta benda.

Namun begitu Chin Peng tidak menerima cadangan tersebut dan menolak pengampunan beramai-ramai untuk mereka yang ingin menyerah diri  kerana dalam rundingan tersebut Chin Peng mahu Komunis  berkuasa di Tanah Melayu dan menjadikan Tanah Melayu sebagai Negara Komunis.

Antara perkara-perkara yang di bincangkan dalam rundingan itu 
Pengiktirafan terhadap Parti Komunis Malaya

Membenarkan ahli-ahli PKM menyertai politik

Memusnahkan Perintah Darurat 

Anggota-anggota PKM yang tidak mahu bermastautin
di Tanah Melayu di kecualikan daripada penyiasatan
pihak berkuasa

* Rundingan gagal mencapai persefahaman kerana kedua-dua pihak tidak dapat menerima perkara-perkara yang di nyatakan di atas.

Mari Kita Lihat Apa Kaitannya Datuk Azeez Rempit Dengan Sejarah Rundingan Baling

Datuk Azeez ketika berucap di Program " Mengimbau Kembali
Peristiwa Rundingan Baling 1955"


Seharian Pisau Kedah berada di Baling kelmarin setelah di jemput oleh Datuk Azeez menghadiri program " Mengimbau Kembali Peristiwa Rundingan Baling 1955 " yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Tunku Putra, Baling yang dahulunya di kenali Sekolah Inggeris Baling ( Government English School ) di mana sekolah berkenaan merupakan tempat yang di gunakan pada 57 tahun yang lalu untuk di adakan rundingan antara pihak Kerajaan yang di wakili Tunku Abdul Rahman , Dato Sir Tan Cheang Lock, David Marshall, Hamid Jumat Yaacob Latif D.I.O, Too Joo Hin, T.H Tan dan Syed Jaafar Albar dengan pihak Komunis yang di wakili Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin ( Yang Berhasrat Menubuhkan Negara Komunis ) bagi menamatkan darurat di Tanah Melayu.

Program yang di adakan adalah hasil usaha Persatuan Bekas Polis yang bertujuan menarik minat golongan muda kini mengenali dan mempelajari sejarah Negara di dalam menghadapi liku-liku Kemerdekaan.

Dalam program yang di adakan selama dua hari itu, (28hb dan 29hb) pengunjung turut bertuah kerana pihak yang mengadakan program "Mengimbau Kembali Rundingan Baling 1955" telah menampilkan seorang anggota Polis yang berada ketika rundingan di antara pihak Kerajaan Perikatan dan Pihak Komunis pada 29 Disember 1955 iaitu Datuk Gurdal Singh A/L Kartar Singh.

Lebih menarik program berkenaan, pihak pengajur turut juga mengadakan acara simbolik bagi memperingati sejarah Rundingan Baling dengan melakonkan detik-detik sejarah rundingan yang mengikut masa tamatnya Rundingan Baling pada detik pukul 12.48 tengahari dan di saksikan sendiri Datuk Azeez Rahim.

Dalam kenyataan Datuk Azeez Rahim, beliau selaku Penyelaras Parlimen Baling, akan cuba membantu pihak  penganjur dan pihak Sekolah di dalam memelihara sejarah-sejarah Rundingan Baling supaya ianya tidak akan di lupa generasi akan datang dan berharap ada pihak yang akan tampil memberi bantuan memelihara sejarah Negara.



Datuk Azeez berbual mesra dengan Datuk Gurdial Singh

Menyanyikan Lagu Inilah Barisan Kita

Menyaksikan lakonan semula Rundingan Baling mengikut
kisah sebenar ( lakonan di hentikan tepat pukul 12.48 )

Para pelakon yang melakonkan watak Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng  Lock
dan David Marshall

Gempar !!! Kisah Kejadian Kanak-Kanak 3 Tahun Di Bunuh Di Baling

Gambar Hiasan

Kanak-kanak 3 tahun maut ditetak ibu saudara
Rumah Kejadian 

Sungguh memeranjatkan dan sayu setelah mendengar kisah kanak-kanak, Mohd Muaz Mohd Izwani berusia 3 tahun di bunuh oleh ibu saudaranya sendiri mengunakan sebilah parang yang di percayai mengidapi masalah tekanan mental semenjak 20 tahun yang lalu di rumah neneknya, Kampung Kejai, Mukim Tawar, Baling pada pukul 11.30 pagi kelmarin

ketika kejadian kanak-kanak berkenaan yang sedang bermain dengan ibu saudaranya itu di beranda rumah neneknya telah di tetak berulang kali di bahagian kepala, tangan dan leher sehinggakan terkulai kanak-kanak berkenaan.

Ibu kanak-kanak terbabit yang menyedari kejadian itu telah cuba menyelamat anaknya, Mohd Muaz namun turut di cederakan suspek sehinggakan mengakibatkan kecederaan di leher dan tangan.

Menurut sumber saudara terdekat keluarga berkenaan,yang Pisau Kedah temui ketika berada di tempat kejadian siang kelmarin, ibu saudara kanak-kanak itu yang berusia 36 tahun itu sudah 7 kali di masukan ke wad sakit mental semenjak 20 tahun yang lalu dan peristiwa yang berlaku kelmarin merupakan kali pertama Ibu Saudara kanak-kanak terbabit bertindak ganas berbanding sebelum-sebelum ini.

Mengikut sejarah, ibu saudara kanak-kanak terbabit mula menghadapi tekanan mental ketika masih belajar di Sekolah Agama Yayasan Khairah Pokok Pisang,Kupang, Baling 20 tahun yang lalu dan terpaksa di berhentikan dari sekolah berkenaan dan telah di rawat untuk di sembuhkan.

Ibu saudara kanak-kanak terbabit yang pernah berkahwin dengan seorang lelaki yang menghadapi penyakit yang sama dari kawasan Baling dan di kurniakan seorang cahaya mata. Namun anak kepada pasangan mental terbabit telah di jaga oleh abang suspek pembunuhan setelah suami suspek yang kurang siuman menghilangkan diri.

Kanak-kanak yang menjadi mangsa tindakan luar kawalan ibu saudaranya itu telah menghembuskan nafas terakhir di dalam perjalanan ke hospital setelah mengalami pendarahan yang teruk di bahagian kepala, tangan dan leher.

Ketika Pisau Kedah cuba mengambil gambar kawasan kejadian yang di penuhi darah ianya telah di halang oleh seorang dari keluarga terbabit yang enggan memberi kerjasama kepada mana-mana pihak media.

Apa yang dapat di lihat, keluarga terbabit di dalam keadaan trauma akibat kejadian yang menimpa keluarga terbabit.

Sehingga semalam Pisau Kedah, ketika di dalam program ceramah perdana Ustaz Fathul Bari telah di khabarkan, Datuk Azeez Rahim masih lagi bersama keluarga terbabit bagi membantu menyelesaikan permasalahan yang di hadapi keluarga berkenaan.

Saturday, December 29, 2012

Panas !!! Ustaz Fathul Bari Buat PAS Kedah Meroyan

Kehadiran Ustaz Fathul Bari ke kawasan Kupang, Baling di dalam menyampaikan ceramah perdananya yang bertajuk "Selamatkan Akidah Umat Islam" telah mendapat sambutan kira-kira lebih dari 1200 penduduk Kupang.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tu Dia !!! Ada Yang Bakla Mati Kelaparan Di Malaysia Kerana Pakatan Haram



Kumpulan Himpunan Hijau anti Lynas meneruskan rancangan mereka untuk mogok lapar di Dataran Merdeka selama 100 jam bermula pada jam 8.00 malam 27 Disember dan dijangka tamat pada 12 tengahari, 1 Januari 2013. Laporan jam 8.00 semalam, mendapati terdapat tidak sampai pun 20 orang yang tiba di ‘tempat kejadian’.

Sebelum itu, kita harus faham bahawa mereka ini hanya mogok lapar tetapi tidak mogok dahaga kerana mereka tidak sanggup mati dalam ‘perjuangan’ ini.

Acara kemuncak mogok ini ialah pada 31 Disember di mana 10,000 kereta dan motorsikal dijangka akan menyertai mereka. Protes dicadangkan bermula di Markas Tarbiyah PAS di Taman Melewar Gombak, seterusnya di Markas PAS Chegar Mendang di Bentong sebelum menuju ke Gebeng. Pemimpin-pemimpin PR juga akan berucap dan berceramah politik bagi memeriahkan lagi protes tersebut.

Mengikut laporan hari ini iaitu 28hb Disember, terdapat lebih kurang 60 orang ahli kumpulan ini telah ‘membanjiri’ Dataran Merdeka setakat ini. Kebanyakannya adalah anak-anak Cina DAP yang sama ada bermasalah memahami bahasa Malaysia atau Inggeris iaitu bahasa yang digunakan dalam laporan kajian pihak berkuasa atom dan nuklear antarabangsa, atau sekadar bermasalah otak lembab untuk memahami fakta sains.

Selain itu, terdapat juga seorang anak Melayu, pendemo tersohor yang malas belajar dan enggan membayar hutang iaitu, Adam Adli. Turut kelihatan ialah seorang dua balaci DAP paling setia dari Unit Amal PAS.

Jika diambil kira S.B dan media, jumlah sebenar yang hadir mungkin hanya sekitar 30 orang sahaja.

Walaupun jumlah ini dijangka meningkat menjelang acara kemuncak, namun ia tetap merupakan satu ‘setback’ atau permulaan yang buruk bagi satu program yang disokong atau lebih tepat didalangi pembangkang dari tiga parti yang cukup terkenal dengan tenaga demonstrasi yang ramai lagi bersemangat waja.

Protes secara mogok lapar jarang dilakukan di Malaysia apatah lagi disertai oleh golongan muda, iaitu semuda 14 tahun, menurut dakwaan pihak penganjur. Oleh itu, kita menjangkakan satu permulaan yang menggegarkan dengan kehadiran ramai penyokong-penyokong pembangkang untuk memberi semangat kepada mereka.

Namun, seperti laporan di atas, protes ini telah bermula dengan hambar sekali sehingga kelihatan agak menggelikan hati. Lebih-lebih lagi jika melihatnya dari segi fakta di mana apa yang diprotes mereka adalah tidak relevan sama sekali kerana Lynas telah terbukti secara saintifik sebagai selamat dan tidak membawa mudarat kepada manusia mahupun alam sekitar.

Hakikatnya, selain dari beberapa orang yang memimpin Himpunan Hijau yang telah diberi peluang mengemukakan hujah di mahkamah dan mendapat maklumat terperinci mengenai Lynas, yang lain-lainnya langsung tidak tahu apa-apa mengenai apa yang diprotes mereka.

Mereka dilihat terkial-kial menjawab soalan mengenai Lynas mahupun radioaktif. Seperti juga hujah ketua mereka yang dibakul-sampahkan oleh mahkamah kerana tidak punya fakta khusus mengenai Lynas melainkan pendapat dan gambaran mengenai kesan radioaktif secara am, begitulah juga jawapan yang diberi oleh peserta protes ini, malah jauh lebih dangkal lagi.

Kerana itulah kita melihat tindakan mereka bermogok lapar atau berjalan kaki dari Kuantan yang dilakukan mereka sebelum ini, sebagai satu tindakan bodoh piang.

Jelas, mereka telah diperbodohkan oleh pembangkang yang terdesak mencari isu sehingga menjadikan Lynas sebagai isu politik. Mereka juga telah diperbodohkan oleh pihak asing yang ingin melihat kerajaan tumbang. Selain itu, mereka juga telah diperbodohkan oleh pihak yang berkepentingan sampingan dari segi perniagaan, dalam memastikan Lynas ditutup. Inikah puak yang merasakan mereka lebih bijak dari orang lain dan bercakap mengenai ‘regime change’?

Dari satu sudut lain pula, hakikat bahawa Lynas amat berpotensi berdaya maju dan diterajui ahli perniagaan professional Melayu yang punya jati diri yang kuat juga, tidak wajar diketepikan. Oleh itu, nisbah kaum dalam Himpunan Hijau yang menunjukkan hampir 100% peserta adalah kaum Cina perlu diambilkira untuk membuktikan adanya sesuatu yang tidak kena dengan agenda sebenar penentangan terhadap Lynas.

Pelajar Cemerlang UPSR/PMR Di Raikan Di Baling.

Baling 29/12 - Seramai 400 orang pelajar di seluruh daerah Baling yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR dan PMR telah di raikan dengan menyampaikan anugerah kecemerlangan oleh Datuk Abd Azeez Rahim selaku Penyelaras Parlimen Baling .

Turut sama di dalam Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan UPSR dan PMR 2012 Peringkat Parlimen Baling yang di adakan di Dewan Kompleks Rakan Muda Batu 42, Pulai adalah Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Mansor Lat.

Di dalam majlis tersebut, Datuk Azeez Rahim selaku Penyelaras Parlimen Baling yang mewakili UMNO, turut memberi ucapan ribuan tahniah kepada sekolah-sekolah di daerah Baling yang cemerlang mendapat penambahan bilangan pelajar cemerlang berbanding tahun lepas terutamanya Sekolah Kebangsaan Baling yang masih lagi menjadi antara sekolah paling cemerlang di daerah Baling selama 5 tahun berturut-turut
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Panas !!! Ternyata PAS Kian Tertekan Menghadapi PRU13 Kerana Hadi Awang



Amanat Hadi terus menjadi isu hangat yang menggelegak walaupun Hadi Awang sengaja ‘menghilangkan diri’ dengan harapan ia akan dilupakan dan basi begitu saja. Walaubagaimanapun, kita percaya yang beliau sedia maklum bahawa mendiamkan diri tidak akan melepaskan dirinya dari akibat memecahbecahbelahkan ummah, termasuk suami isteri serta ibu bapa dan anak.

Usaha pihak media, terutamanya Utusan Malaysia untuk menghangatkan dan membongkar pengakuan mereka-mereka yang telah mengkafirkan sanak saudara sendiri akibat berpegang kepada amanat tersebut patut dipuji. Ini kerana amanat ini bukan perkara kecil yang boleh diselesaikan dengan mudah. Ia merupakan soal rohaniah, soal kepercayaan, soal akidah, soal hidup mati dan perpaduan ummah. Adalah tidak wajar bagi mana-mana umat Islam untuk meremeh atau memperkecilkan, apatah lagi melupakannya.


Lagipun, ini adalah soal ‘hutang’ di mana Hadi Awang terhutang dengan mereka-mereka yang terlibat itu, satu bentuk penjelasan kalaupun tidak permohonan maaf atas apa yang berlaku.

Lebih-lebih lagi apabila Nik Aziz pula menyeru agar Hadi mempertahankan amanat tersebut dan tidak sekali-kali menariknya kembali seperti desakan para Ulama.

Dalam ertikata lain, Nik Aziz meminta Hadi tampil mengesahkan secara jelas dan lantang bahawa orang UMNO itu kafir dan bahawa semua mereka yang terlibat mengkafirkan saudara seagama kerana berpegang kepada amanat tersebut adalah berada di jalan yang benar, serta tidak perlu meminta ampun kepada sesiapa.

Pelik juga kita apabila Nik Aziz menuduh kita takut bersemuka dengan Hadi sedangkan bagaimana hendak bersemuka dengan Hadi jika Hadi menyembunyikan diri? Sudah jenuh kita menjerit memanggil Hadi sehingga kering tekak. Malah ada juga yang melaung-laung mencabar Hadi sehingga terdengar oleh Nik Aziz, tetapi malangnya, masih juga tidak didengar oleh Hadi sendiri.

Apapun, kita perlu bersangka baik terhadap ulama, dan kita percaya tidak mungkin ‘Ulama besar’ seperti Hadi adalah pengecut. Mungkin Hadi sekadar ‘tidak sudi’ untuk melayan jeritan media, dan bukannya takut berhadapan dengan amanatnya. Kita harus faham ‘pe’el’ Ulama-celebrity seperti Hadi.

Tetapi, kalaupun Hadi tidak sudi menyahut panggilan kita, sekurang-kurangnya sahutlah seruan Nik Aziz untuk berhadapan dengan amanatnya. Kasihan Nik Aziz terpaksa berbelit-belit, berpusing-pusing membela Hadi. Sudahlah orang tua itu nyanyuk, bertambah nyanyuklah dia jika terpaksa menipu diri sendiri.

Kasihan juga pada kita semua iaitu rakyat yang memerhati kerana terpaksa tergelak-gelak hingga berguling-guling melihat gelagat pemimpin parti Islam meraban hanya kerana gila nak ke Putrajaya. Takut juga kita akan dosa mengetawakan ‘Ulama’.

Lebih dari itu, kita kasihan pada mereka yang terlibat secara langsung dengan Amanat Hadi. Pastinya mereka tidak melihat semua ini sebagai lawak jenaka. Mereka perlukan kepastian, apakah benar saudara mereka di dalam UMNO itu kafir kerana UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC. Mereka juga perlu kepastian sekali lagi akan perbezaan kerjasama UMNO-MCA-MIC dengan kerjasama PAS-DAP yang ingin membentuk negara sekular.

Hadi wajib menjawab semua kemusykilan mereka. Tidak mungkin ia begitu sukar sekali bagi Hadi lebih-lebih lagi bila Nik Aziz sudah pun memberi ‘tips’ jawapan iaitu ‘Ya, UMNO itu kafir bagi PAS’.

Justeru, jika Hadi terus mendiamkan diri, tidak menarik balik dan tidak pula menafi, maka persoalan ini akan terjawab sendiri iaitu PAS mengambil pendirian untuk mempertahankan Amanat 1981 yang mengkafirkan orang UMNO, sehingga ke titisan darah yang terakhir dan seterusnya….iaitu sehingga ke akhirat. Inilah hakikat yang perlu diterima dan ditelan serta dipegang oleh semua orang-orang PAS selagi mereka berdiri di belakang Hadi Awang dan Nik Aziz.