Friday, November 30, 2012

Pelik Tapi Benar !!! Lelaki Indonesia Jadikan Harimau Betina Sahabat Baik


ANTARA aksi manja Mulan dengan Abdullah.



MALANG: Persahabatan dijalin sejak kira-kira empat tahun lalu membolehkan seekor harimau Benggala menjadi sahabat kepada manusia.

Haiwan liar yang dinamakan sebagai Mulan itu kini menjadi kawan akrab kepada Abdullah Sholeh.

Mulan - kini berusia empat tahun dan seberat lebih 171 kilogram - mula dijaga Abdullah sejak haiwan berkenaan berusia tiga bulan. Sejak dipelihara, hubungan Mulan dengan Abdullah semakin rapat dan kini haiwan yang lazimnya ganas dan berbahaya kepada manusia itu boleh bergurau dengan penjaganya.



Bagaimanapun, Abdullah bukanlah pemilik Mulan, sebaliknya dia cuma dibayar sebagai penjaga oleh majikannya, Noer Mohammaed Sholeh.

Mereka kini tinggal di sebuah kawasan di Malang, Indonesia.


Dikenali sebagai “pengasuh harimau” Abdullah dilaporkan sering menolak untuk tidur di katil sendiri, sebaliknya dia lebih selesa tidur bersama Mulan di kandang haiwan berkenaan. Ditanya perasaannya terhadap Mulan, Abdullah, 31, berkata dia tidak pernah takut atau bimbang terhadap harimau bertina berkenaan.




“Saya menganggap Mulan sama seperti rakan lain.

“Apabila dia menggigit atau mencakar, itu petanda Mulan seekor harimau yang normal,” katanya. - TS

Panas !!! Menteri Besar Selangor Kantoi Lagi Menipu Rakyat Selangor


khalid tipu copy

Malang sungguh rakyat Selangor apabila mereka dianugerahkan seorang Menteri Besar yang bernama Tan Sri Abdul Khalid “Gagap” Ibrahim yang bebal tidak tahu hujung pangkal dan hanya pandai mengalihkan kesalahannya kepada pihak lain.

Khalid sering menyalahkan SYABAS dan menjadikan syarikat konsesi air itu sebagai “kambing hitam” sedangkan segala punca masalah air di Selangor adalah disebabkan kejahilan dirinya yang tidak tahu mengurus tadbir industri air di negeri tersebut.

Dia menuduh SYABAS gagal membekalkan bekalan air bersih kepada rakyat Selangor dan tidak cekap menguruskan perkhidmatan air kerana kadar peratusan yang agak tinggi dari sudut NRW di mana banyak paip-paip lama yang bocor.

Khalid baru-baru ini mendakwa bahawa dia tidak pernah membekukan perbelanjaan modal atau “capex” syarikat konsesi air Selangor, SYABAS, yang mengakibatkan syarikat itu menghadapi masalah untuk mengurangkan peratus air tidak terawat (NRW) di negeri itu.

Persoalannya, apakah benar dakwaan Khalid itu? Sedangkan fakta menjelaskan sebaliknya, sekaligus menunjukkan bahawa Khalid berbohong di dalam kenyataan tersebut!

Sebenarnya, sejak Pakatan Haram mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, Khalid awal-awal lagi telah membekukan permohonan pinjaman SYABAS untuk mendapatkan lonjakan modal bagi menukar ganti paip-paip lama itu.

SYABAS bukannya memohon pinjaman kewangan dari Kerajaan Negeri Selangor. Memanglah syarikat itu cari sendiri duit mereka melalui pinjaman bank. SYABAS bukannya kemaruk nak gunakan duit rakyat macam Khalid yang selalu “balun” duit rakyat sampai“kering”!

Lagipun, SYABAS pun tahu diri mereka dibawah Puncak Niaga, sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan tidak mengharapkan bantuan kewangan dari mana-mana kerajaan. Sebab itulah mereka mohon pinjaman dari bank. Itupun Khalid tak sokong…

Nak tukar paip-paip lama belanjanya besar, jadi tentulah dananya pun daripada pinjaman bank ataupun kerajaan, tak kisahlah persekutuan ataupun negeri.

Kalau dah dibekukan perbelanjaan modal (capex), siapa nak kasi duit secara percuma? Apa yang nak dibuat dengan batang-batang paip nanti?

Kalau Khalid ambil alih Syabas sudah tentu itulah juga yang dia akan lakukan!! Ganti paip-paip lama unuk kurangkan NRW.

Tapi, Khalid dalam usahanya mensabotaj dan memberi tekanan kepada SYABAS maka dia enggan meluluskan permohonan itu, sekaligus menggagalkan usaha syarikat konsesi itu untuk mendapat suntikan modal pinjaman!

Kerajaan Negeri mengeluarkan surat arahan membekukan perkara itu pada 2009, 2011, 2012, dan 2014 dengan memberi alasan bahawa pihak mereka sedang dalam proses menjalankan penstrukturan semula industri air. Bukannya kerana kadar NRW yang tinggi, bukan?

Sebab itulah di dalam laporan tahunan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd sejak tahun 2008 membuktikan bahawa syarikat itu gagal mendapatkan “capex” disebabkan tindakan Khalid atas alasan penstrukturan semula air di Selangor!

Berikut adalah laporan tahunan Puncak Niaga yang membuktikan bahawa Khalid membekukan pemohonan pinjaman bank SYABAS sejak tahun 2008…

Jadi, adalah tidak adil sama sekali untuk Khalid “mengkambing hitam”kan SYABAS dalam masalah bekalan air di Selangor, sebaliknya dia patut sedar bahawa dialah sebenarnya“kambing busuk” yang gagal menyelesaikan kemelut air tersebut.

Jelaslah di sini bahawa Khalid menipu dalam kenyataannya yang menafikan pembekuan “capex”seperti yang dicanangkan di dalam media kesayangannya, Selangorku, yang ditugaskan untuk menyebarkan pembohongan-pembohongan Khalid dan Kerajaan Pakatan Haram Selangor!

Orang macam ini pun rakyat Selangor mahu simpan sebagai Menteri Besar mereka? Astaghfirullahil’azim, lingkup la Selangor kalau macam ni gayanya…

Sumber: Mykmu.net

Panas !!! Penderhaka Sultan Johor Cuba Buat Onar Di Perhimpunan Agung UMNO #PAU2012




KUALA LUMPUR - Penulis buku Syed Hussein Al-Attas yang ditahan pagi semalam ketika menjual buku beliau yang dikatakan menghina Sultan Johor, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), lokasi Perhimpunan Agung Umno ke-66, telah dibebaskan dengan ikat jamin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata Syed Hussein, juga dikenali sebagai Pak Habib, 71, ditahan kira-kira pukul 11 pagi dan dibawa ke bilik gerakan polis di PWTC untuk diambil keterangan.

"Kira-kira pada pukul 4 petang kami telah bebaskan dia dengan ikat jamin," katanya ketika dihubungi Bernama.

Polis turut merampas 13 buah buku hasil tulisan Pak Habib, yang juga bapa kepada blogger dan pengamal paranormal Syed Abdullah atau Uncle Seekers, yang sebelum ini pernah ditahan polis kerana didakwa memfitnah Sultan Johor di blognya www.uncleseekers.blogspot.com.

-- BERNAMA




Pisau Kedah :-

Pak Hussein ni patut di lucutkan kerakyatannya dari Malaysia kerana telah menghina Sultan Johor.

Telah temaktub dalam perlembagaan Malaysia, Sultan merupakan ketua Agama Islam di Malaysia. Ini bermakna tindakan Pak Hussein yang di ambil adalah tindakan menghina khalifah bagi agama Islam di Malaysia .

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi menegaskan adalah haram bagi umat Islam menyokong kumpulan yang berniat atau bertindak mahu menjatuhkan sesebuah kerajaan negara Islam walaupun dalam kepimpinan itu didapati berlaku kesalahan melibatkan hukum syarak.

Video Eksklusif !!! Para Pewakilan Sebak Dengan Semangat Kelab Penyokong UMNO Luar Negara #PAU2012


Ketika lagu keramat ini di nyanyikan dalam Dewan Merdeka, boleh di katakan semua para pewakilan UMNO dari seluruh Malaysia bangun memberi semangat kepada Kelab Penyokong UMNO Luar Negara yang di wakili saudara Arif Yasir Zulkafli,( Kelab Penyokong UMNO Tokyo).

Apa yang dapat Pisau Kedah lihat kebanyakan para pewakilan bergenang air mata mereka bila menghayati lagu ini termasuk lah Pisau Kedah sendiri.

Cuba kita bertanya pada diri kita sendiri, apakah akan terjadi sekiranya Melayu yang menjadi Tuan Di Negara ini bersengketa sesama sendiri ?

Apakah kita mahu melihat generasi Melayu masa hadapan merempat di Negaranya sendiri hanya di sebabkan persengketaan yang cuba di cetuskan oleh golongan munafik yang berada dalam Pakatan Haram yang hanya tamakan kuasa tanpa memikirkan masa hadapan generasi bangsa Melayu.


Kantoi !!! Malaysiakini Kantoi Cuba Putar Belit Ucapan Ketua Penerangan Pemuda UMNO #PAU2012


Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Reezal Naina Merican berpendapat bahawa ucapan dasar presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO 2012 hari ini bertempat di Dewan Merdeka yang penuh bersejarah adalah berdasarkan pada dua paksi utama iaitu Islah dan Al Haq.

Menurut beliau, apa yang dimaksudkan sebagai Islah ialah apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengutarakan tawaran-tawaran yang dibuat oleh kerajaan BN dan UMNO dan segala apa yang telah dilakukan oleh kerajaan BN hari ini sebagai satu testimonial kepada rakyat.

"Islah juga bererti beliau telah melakukan tranformasi di mana, apa yang beliau katakan sebagai pemimpin kerajaan akan beliau laksanakannya, dan beliau sentiasa istiqamah dalam setiap kata-kata atau janji-janji beliau," ujarnya kepada UMNO Online ketika ditemui di Dewan Merdeka PWTC hari ini.

Tambah beliau lagi, yang keduanya ialah Presiden bercakap tentang perkara yang berdasarkan al Haq iaitu kebenaran tentang segala isu politik dan pembohongan yang dilakukan oleh Pakatan Pembangkang terhadap rakyat di negara ini.

"Bila Datuk Seri Najib menempelak dan membongkar kepincangan di pihak Pakatan Pembangkang, seumpamanya isu-isu janji yang tidak ditepati, beliau bercakap di atas dasar kebenaran. Kebenaran yang wajar difahami dan disedari oleh rakyat, supaya rakyat jangan terus tertipu. Sebab akhirnya yang akan melakukan pilihan adalah rakyat. Rakyat perlu dipandu dengan kebenaran sebelum mereka melakukan pilihan,"

"Jadi apa yang dikatakan oleh Presiden UMNO adalah satu hidangan bukan saja kepada ahli-ahli UMNO tetapi juga kepada rakyat. Apa yang dihidangkan oleh Datuk Seri Najib adalah satu kebenaran bahawa tidak mungkin Pakatan Rakyat berkemampuan untuk menjadi kerajaan yang mempunyai kredibiliti, pembela rakyat.

"Sedangkan perkara asas seperti siapa yang akan jadi Perdana Menteri tidak dapat diselesaikan, begitu juga dengan janji-janji kepada rakyat tidak mampu ditunaikan, apatah lagi untuk memerintah negara," jelasnya lagi.

Bagi Reezal, perhimpunan Agung UMNO kali ini bukanlah satu medan untuk mengatakan kepalsuan, untuk mengatakan pembohongan dan bukan juga satu medan untuk mendoakan kemusnahan orang lain, tetapi merupakan medan untuk bercakap tentang kebenaran.

"Dan dengan kebenaran, semoga UMNO akan terus dirahmati Allah. Bukan sekadar kita akan menjadi pilihan rakyat, tetapi yang lebih penting kita akan menjadi pilihan Allah, sepertimana Allah telah memilih UMNO untuk memerintah di bumi selama 55 tahun ini dan berbakti kepada rakyat, demi kerana Allah semata-mata," akhiri beliau. -MediaUMNO

(Al-Fatihah) Semangat Juang Seorang Ahli UMNO Bersemadi Di PWTC



KUALA LUMPUR: Seorang pemerhati Umno dari Padang Besar, Perlis tidak berkesempatan mendengar amanat Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung Umno di sini, Khamis apabila meninggal dunia secara mengejut kerana sakit tua.

Isu Gunting Rambut Di Kelantan: SAH !!! PAS Dah Terkena Nasi Kangkang DAP


Hari ini Pas yang pernah dan masih mengatakan bahawa ia adalah parti Islam yang terhebat dan paling ikhlas memperjuangkan agama yang di bawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, kini berada di persimpangan jalan.

Ketika Pas masih di usia muda dan baru ditubuhkan mungkin dakwaan tersebut ada kebenarannya, maklumlah semangat masih berkobar-kobar, jiwa masih bersih daripada nodaan syaitan.

Kini setelah enam dekad wujud di persada politik kebangsaan, identiti Pas sebagai parti Melayu yang dikatakan bertunjangkan kepada perjuangan untuk menegakkan Negara Islam sudah mula dipertikaikan.

Malah ada juga yang sudah mengatakan parti itu sekarang saling tak tumpah seperti parti-parti lain yang mengamalkan prinsip Machiavellian dalam pendekatan politiknya iaitu matlamat menghalalkan cara.

Dilema Pas kini sungguh menekan kepimpinan parti itu pada masa kini, bak kata peribahasa Melayu 'ditelan mati mak, diluah mati bapak'.

Bagaikan memilih antara dua kekasih yang sama-sama disayangi dan dicintai, Pas benar-benar berada di dalam keadaan yang tersepit.

Di satu persimpangan masih ada naluri untuk menegakkan Islam sebagai agama yang syumul di mana di dalamnya politik atau siyasah memainkan peranan yang penting dalam mengendali dan mengurus sistem yang melingkungi kehidupan manusia sebagai hamba Allah SWT.

Pada pandangan yang lain Pas berbelah bagi sama ada untuk terus agresif mempertahankan prinsip Islamnya atau tunduk kepada pragmatisme politik semasa.

Realitinya, Pas kini dilihat telah tunduk kepada nafsunya untuk terus hidup sebagai sebuah parti politik partisan daripada meniti perjuangan yang menjadi asbabul wujud atau sebab-sebab keberadaannya.

Buktinya jelas apabila parti itu menggugurkan prinsip untuk menegakkan Negara Islam yang selamanya sememangnya sinomin dengan perjuangan parti itu.

Sebut sahaja Pas orang akan terus terfikirkan konsep Negara Islam yang ingin dipasak di dalam jiwa pengikut dan penyokongnya.

Berbeza pula dengan parti terbesar Melayu, UMNO yang sejak ditubuhkan pada 11 Mei 1946 sehingga kini tetap tidak berganjak daripada Fasal 3 Perlembagaannya yang mengatakan bahawa ia akan berjuang memartabatkan bangsa Melayu serta mempertahankan kemuliaaan Islam sebagai agama persekutuan.

Perubahan zaman dan masa memperlihatkan kaedah dan pendekatan UMNO menghidupkan prinsip tersebut agak sedikit berbeza namun untuk mempelekeh atau terfikir menggugurkannya sebagai salah satu tonggak utama parti adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku.

Tetapi Pas dengan mudah dan tanpa ragu-ragu mengkhianati prinsip perjuangan Negara Islam demi menjaga hati Dap, sebuah parti cauvinis dan rasis Cina yang terang-terang menunjukkan sikap anti-Islam dan anti-Melayu.

Kini Pas hanya berpuas hati untuk menerima pakai dan menyarung Negara Berkebajikan sebagai pakaian baru parti itu yang lebih segak dan tidak jengkel di mata sekutu politiknya di dalam Pakatan Rakyat, Dap dan PKR.

Dalam usaha Pas untuk menangkis segala tohmahan dan telahan parti lawan bahawa ia telah mengorbankan semangat Islam, parti itu telah cuba memperkenalkan beberapa langkah Islamik bagi menyakinkan anggota bahawa ia tidak menyeleweng daripada landasan perjuangan dan tetap relevan sebagai sebuah organisasi politik Muslim.

Di Kelantan, sebuah negeri yang telah ditadbir parti tiu sejak 22 tahun yang lalu, kerajaan negeri tetap bertegas mahu melaksanakan perundangan Islam kepada orang bukan Islam.

Contoh terbaru, Majlis Perbandaran Kota Bharu telah memperkenalkan peraturan baru melarang pendandan rambut perempuan untuk memotong rambut pelanggan lelaki bukan Islam.

Ini menyebabkan Dap melenting dengan kemarahan yang meluap-luap kerana menuduh kerajaan negeri Pas Kelantan cuba memaksa perundangan Islam ke atas rakyat bukan Islam.

Pas mengemukan alasan yang pelagai demi mempertahankan tindakannya itu tetapi Pengerusi Kebangsaan Dap, Karpal Singh membayangkan saman yang telah dikeluarkan pihak MPKB kepada premis yang melanggar peraturan itu boleh dicabar di mahkamah.

Lalu Presisen Pas, Abdul Hadi Awang terpaksa turun padang untuk meredakan ketegangan partinya dengan Dap sebelum ia meledak menjadi konflik yang lebih parah antara kedua musuh tradisi itu.

Abdul Hadi cuba menurunkan suhu pergeserannya dengan Dap apabila beliau mengatakan bukanlah tujuan parti itu untuk melaksanakan perundangan moral Islam ke atas orang bukan Islam.

Sekali lagi Pas menunjukkan sikap lembiknya melindungi ketinggian syariah Islam pabila berdepan dengan amarah Dap.

Jika sekadar peraturan kecil sebuah pihak berkuasa tempatan di sebuah negeri pun tidak boleh dipertahankan agak geli hati apabila perwakilan Pas boleh berpekik di muktamarnya baru-baru ini untuk melantik Abdul Hadi sebagai Perdana Menteri jika pihak pembangkang memenangi PRU ke 13 nanti.

Pas kini terhimpit di antara dunia fantasi serta angan Mat Jenin pemimpin-pemimpinnya dan dunia realiti yang memperlihatkan parti itu tidak lebih daripada keldai tunggangan dan belasahan Dap dan PKR.

Tu Dia !!! Amerika Tidak Yakin Anwar Akan Menang




Rakyat Malaysia tidak perlu bimbang akan keadaan negara selepas PRU-13 setelah Dato’ Seri Najib menerima ucapan tahniah yang awal daripada Presiden Barrack Obama dalam Sidang Kemuncak ASEAN yang diadakan di Phnom Penh seminggu lalu. Dalam sidang tersebut, Presiden Obama menyatakan bahawa beliau yakin bahawa Barisan Nasional pasti akan meraih kemenangan bagi PRU-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Amerika Syarikat telah banyak memantau keadaan politik di Malaysia kerana 'anak kesayangan' mereka, Anwar Ibrahim sedang berusaha untuk mengambil alih kerajaan Malaysia.

Pakatan Rakyat telah menggunakan pelbagai strategi untuk menutup segala kejayaan yang dicapai oleh Malaysia dibawah kerajaan BN. Antaranya termasuk mereka-reka cerita bahawa Perdana Menteri pernah terlibat dalam rasuah dan juga kes bunuh. Anwar juga telah membawa penyokong di jalanan untuk mengutuk tragedi Dataran Tahrir, dengan harapan bahawa ia mampu menjatuhkan imej kerajaan.

Anwar sememangnya suka akan demonstrasi jalanan kerana ini mampu menunjukkan kononnya rakyat tidak lagi berpihak kepada kerajaan. Jadi, kita dapat lihat bahawa penyokong-penyokong Anwar akan membawa semuanya di jalanan untuk mempertahankan ketua mereka - untuk pilihan raya bersih, untuk membantah tuduhan sodomi, untuk alam sekitar dan banyak lagi.

Namun, apa yang jelas disini, bagi kesemua demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh Anwar dan NGO-NGOnya, mereka hanya mampu mengumpulkan paling tinggi 20,000 penyokong, jauh dari kadar penyokong yang mampu memberi sebarang impak terhadap perkara yang mereka perjuangkan.

Pihak kerajaan telah membuktikan bahawa terdapat beberapa warga Singapura turut terlibat dalam beberapa siri demonstrasi mereka, ini memberi makna bahawa tidak ramai rakyat Malaysia menyokong perjuangan Anwar hinggakan mereka terpaksa menjemput pihak luar untuk menambahkan jumlah peserta demonstrasi mereka.

Walau bagaimanapun, dalam Pilihan Raya Umum 2008, Anwar mampu meyakinkan rakyat bahawa mereka sebenarnya 'dirompak' dan 'ditipu' oleh kerajaan BN.

Dari situ, walaupun BN masih mampu mengekalkan kuasa, BN telah kehilangan 2/3 majoriti di Parlimen dan empat negeri telah ditawan oleh PR. Perkara ini bagaimanapun, tidak memberikan PR sebarang manfaat kerana perkara ini menunjukkan bahawa tuntutan mereka untuk mendapatkan pilihanraya yang bersih seperti sesuatu yang direka-reka.

Selepas empat tahun, kini rakyat mulai sedar siapa Anwar sebenarnya. Dengan pakatan yang sering dilanda masalah akibat daripada percanggahan pendapat seperti Negara Islam, Negara Sekular, Liberal dan banyak lagi, semuanya bercampur aduk hinggakan Anwar sendiri tidak mempunyai seberang penyelesaian dan tidak mahu untuk mengakui akan perkara tersebut.

Dengan pelan transformasi yang diinspirasikan oleh Dato’ Seri Najib, ini membuatkan PR berada dalam keadaan yang tergugat untuk menghadapi PRU-13.

Itu adalah antara perkara-perkara yang dipantau oleh Amerika Syarikat. Apa yang berlaku di Malaysia bukanlah rahsia dan pihak Amerika dapat melihat apa yang berlaku di negara ini. Ini jelas menunjukkan bahawa Anwar tidak mungkin mampu untuk menawan Putrajaya.

Laporan yang diterima daripada sumber-sumber dalaman telah mengesahkan bahawa Rumah Putih telah menerima segala informasi tersebut sebagai sesuatu yang sah. Laporan tersebut menyatakan bahawa BN akan menang besar, sekurang-kurangnya lebih besar daripada PRU-12 dan kerajaan akan menjadi lebih kukuh untuk memacu Malaysia lebih ke hadapan.

Thursday, November 29, 2012

Bapa Gila !!! Merogol Anak Berusia 14 Tahun Ketika Isteri Tiada Di Rumah

Gambar Hiasan

PUTRAJAYA - Seorang penganggur dihukum penjara 30 tahun oleh Mahkamah Rayuan hari ini terhadap tiga pertuduhan merogol anak perempuannya berusia 14 tahun.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus mempengerusikan panel hakim tiga anggota membenarkan rayuan pendakwaan supaya hukuman penjara dijalankan secara berasingan mulai 14 Julai tahun lepas.

Lelaki berusia 55 tahun itu dijatuhi hukuman penjara sejumlah 48 tahun oleh Mahkamah Sesyen Ampang pada 7 Mei 2010 selepas dapati dia bersalah terhadap tiga tuduhan merogol anaknya di sebuah rumah di Ampang pada 18 Ogos 2002, 15 September 2002 dan 17 Januari 2003.

Dia dihukum penjara 16 tahun bagi setiap pertuduhan tetapi tidak dikenakan rotan kerana usianya melebihi 50 tahun.

Lelaki itu mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan pada 14 Julai 2011, mahkamah membenarkan rayuannya supaya hukuman penjara berjalan serentak, bermakna dia hanya perlu menjalani hukuman selama 16 tahun.

Pihak pendakwaan kemudian mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Hishamudin, ketika membenarkan rayuan pendakwaan agar lelaki itu menjalani hukuman penjara secara berasingan, berkata mahkamah berpendapat setiap kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah kesalahan berbeza.

Bagaimanapun, beliau berkata demi keadilan, mahkamah mengurangkan tempoh hukuman dari 48 tahun kepada 30 tahun selepas mengambil kira dia telah menjalani hukuman penjara empat tahun dan enam bulan ketika ditahan sewaktu menunggu keputusan Mahkamah Sesyen.

Hishamudin yang mengetuai panel itu bersama hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohtarudin Baki dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zawawi Salleh, berkata tidak ada apa-apa yang menunjukkan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi telah mengambil kira tempoh tahanan empat tahun dan enam bulan yang dijalani lelaki itu.

Beliau berkata, mahkamah juga turut mengambil kira pelbagai faktor termasuk usia lelaki itu.

Berdasarkan fakta kes, lelaki itu merogol anak perempuannya apabila isterinya tiada di rumah.

Mangsa menceritakan insiden itu kepada rakan sekelasnya yang kemudian memaklumkan kepada guru disiplin. Guru itu telah memanggil ibu mangsa ke sekolah dan memberitahu kejadian itu. Mangsa telah membuat laporan polis.

Terdahulu, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili lelaki itu berhujah sekiranya lelaki itu diarah menjalani hukuman penjara selama 48 tahun, ia akan memberi 'kesan yang teruk' kepadanya kerana faktor usia.

Katanya anak guamnya akan berusia 102 tahun apabila dibebaskan daripada penjara, dan menambah jangka hayat lelaki Malaysia adalah 70 tahun.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Abazafree Mohd Abas. - Bernama

( Patut Tengok ) Video Panas !!! Masyarakat Siam Kedah Kecam Tindakan DO

Tindakan PAS mendoakan kehancuran BN tempoh hari bukan saja mendapat kritikan dari masyarakat Melayu di Malaysia, Masyarakat Siam Kedah juga turut mengecam tindakan PAS mendoakan kehancuran sesama Islam.



Tindakan PAS memperdagangkan Islam demi mahu keuntungan politik dari kalangan umat Islam haruslah di tentang sebelum ianya boleh membawa keburukan pada Agama Islam

Gambar Panas !!! Ada Ahli UMNO Menangis Kerana Presiden UMNO #PAU2012


DS Najib Tun Razak menegaskan bahawa janji-janji pembangkang dalam Buku Jingga akan menghancurkan kemakmuran ekonomi dan memaksa Malaysia merayu bantuan antarabangsa dalam tempoh tiga tahun. 

Video Panas !!! Panji Sang Saka Bangsa Di Kibarkan Presiden UMNO Sebagi Tanda Bersiap Saga Bertempur #PAU2012

Sebagai Tanda hormat kepada bendera Sang Saka Bangsa, Presiden UMNO, YAB DS Najib Razak sendiri menaikan bagi menandakan Pahlawan-Pahlawan UMNO sudah bersiap sedia bertempur di dalam PRU 13 INI.




YAB DS Najib Razak memeriksa pembarisan 3sayap parti UMNO yang akan mempertahankan UMNO di PRU 13 walau apa sekali pun rintangan yang melanda

Betul Ka Artis-Artis Cun Ini Benci UMNO ??


Dalam Keasyikan sahabat blogger Pisau Kedah, Semut Hitam mengambil gambar ketika Majlis Perasmian Perhimpunan Agong UMNO 3 sayap iaitu sayap Pemuda, sayap Wanita dan Sayap Puteri yang di penuhi ribuan ahli UMNO dalam Dewan Merdeka PWTC , beliau terpandang 3 wajah wanita yang cukup terkenal dalam industri hiburan Negara.

Walau pun bagi ketiga-tiga artis tersebut, UMNO merupakan pilihan politik mereka, namun mereka tidak menggunakan kelebihan mereka sebagai artis untuk memecah belahkan perpaduan bangsa Melayu di Malaysia.

Semua artis mempunyai hak di dalam memilih mana-mana parti yang mereka rasai sepatutnya di sokong di dalam menerajui kepimpinan Negara. Tetapi janganlah mengguna politik sebagai tempat meraih perhatian dari orang ramai setelah tidak lagi laku dalam industri hiburan seperti yang di lakukan Abby Abadi.

Video Panas !!! Pemuda PAS Pasti Kecut Teloq Nak Tengok Video Ini #PAU2012





UCAPAN KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA 
YB KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR 
PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA 
DEWAN TUN ISMAIL, PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA, KUALA LUMPUR 
28 NOVEMBER 2012 

Ostazah Mee Segera PAS @abby_abadi112 Kena Bogel Di Sebabkan Kebodohannya




Kenapa Hamas hargai UMNO, Bukan PAS?

Peranan Malaysia sebagai agen pengaman telah diiktiraf dunia.  Malaysia dipandang tinggi kerana komitmen dan konsistensi dalam memperjuangkan dan menyokong keamanan dunia.  

Apabila dikatakan Malaysia, maka ia secara automatik membawa erti kepimpinan dan kerajaan Barisan Nasional yang bertindak mewakili suara rakyat Malaysia keseluruhannya.   Justeru,  secara tidak langsung, tidak salah jika dikatakan bahawa penghargaan tersebut juga dituju kepada Barisan Nasional juga.  

Sebagai sebuah parti yang mewakili masyarakat Melayu Islam di Malaysia, UMNO, sebagai salah satu komponen BN turut memainkan peranan dalam memperjuangkan keamanan di dunia, terutamanya, dunia Islam.   Alhamdulillah, atas segala khidmat bakti itu, hari ini, bukan sahaja Malaysia yang mendapat pengiktirafan, tetapi UMNO juga telah mula dipandang tinggi sebagai pihak yang memainkan peranan penting dalam memperjuangkan keamanan di negara-negara Islam.  

Ini terbukti apabila Ketua Perhubungan Awam Hamas, Osama Hamdan, iaitu salah seorang daripada ahli panel dalam forum bertajuk Konflik dan Perdamaian Dalam Politik Rakyat - Memandang ke Hadapan atau ke Belakang, yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang akan bermula esok, menyatakan penghargaannya terhadap UMNO kerana banyak menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang hidup dalam keadaan serba kekurangan.  

UMNO juga, kata beliau, sentiasa berpegang teguh dengan pendirian menyokong perjuangan rakyat Palestin walaupun setelah Hamas mengambil alih pentadbiran negara bergolak itu daripada Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).

Beliau juga secara khusus menghargai kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menangani isu Palestine dan mengecam keganasan Israel.   Antaranya, dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-21 di Phnom Penh baru-baru ini, Datuk Seri Najib telah membangkitkan isu mengenai Palestin dan secara spesifik, meminta Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama agar mengambil tindakan segera untuk menghentikan konflik yang berlarutan di Gaza.  

Pendirian Malaysia dalam mengiktiraf Palestine sebagai negara berdaulat adalah jelas dan konsisten.  Dalam kenyataan Datuk Seri Najib di Sidang Kemuncak Luarbiasa OIC di Mekah, Ogos lalu, beliau menyatakan hal ini secara tuntas.  Pendirian ini adalah yang sama yang dipegang oleh kepimpinan UMNO, BN dan Malaysia sejak sekian lama.  

Di masa yang sama, beliau sentiasa memastikan UMNO melakukan apa jua yang terdaya untuk membantu Palestine sama ada secara bersendirian ataupun kerjasama dengan pihak-pihak tertentu.   Antaranya menghantar bantuan makanan dan keperluan pakaian serta ubat-ubatan bagi mengurangkan beban rakyat Palestine.  

Walaubagaimana seluruh dunia cukup maklum akan pendirian Malaysia dalam isu Palestin-Israel, kita dan juga Palestin, harus bersedia menghadapi risiko perubahan dalam pendirian itu sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil-alih kuasa dalam PRU nanti.  

Bukan rahsia lagi, bahawa bakal Perdana Menteri Pakatan Rakyat, iaitu Anwar Ibrahim adalah antara penandatangan Annapolis Summit yang menyokong penubuhan negara Israel.    

Malah, tidak berapa lama dahulu beliau juga mengulangi pendirian ini dengan membuat  kenyataan menyokong untuk melindungi keselamatan Israel.  Kenyataan yang disiarkan oleh the Wall Street Journal itu menimbulkan kejutan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.   Rasa terkejut dan kecewa terhadap kenyataan Ketua Pembangkang Malaysia itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Ismail Haniyah kepada Pengerusi Lembaga Pengurusan Yayasan Al-Quds Malaysia, iaitu Nasharudin Mat Isa ketika kunjungan beliau ke Kuwait. 

Nasharudin, sebagai pemimpin PAS walaupun berkongsi sentimen yang sama dengan umat Islam di seluruh dunia gagal menjelaskan pendirian partinya mahupun pendirian PR dalam isu tersebut.   Ini kerana, menyatakan bahawa PAS tidak bersetuju dengan Anwar dalam isu ini adalah tidak cukup, kerana PAS nampaknya sebulat suara bersetuju agar Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan mereka menang dalam PRU nanti.  

Justeru, pendirian Anwar pasti akan menjadi pendirian parti PR iaitu pendirian kerajaan Malaysia.  Sekali gus pendirian peribadi PAS yang mungkin bertentangan, tidak akan membawa makna apa-apa.   Malah, pada hari ini juga PAS boleh dikatakan tidak bermakna apa-apa lagi kerana secara realitinya ia sudah terangkum dalam sebuah pakatan di bawah teraju Anwar.  

Walaupun PAS menuduh UMNO kafir dan murtad serta mendabik dada konon hanya parti itu yang layak dan ikhlas memperjuangkan Islam tetapi ‘keIslaman’ PAS nampaknya tidak diiktiraf dunia.   Manakan tidak, PAS bukan sahaja bersekongkol dan berusaha menobatkan talibarut Zionis pembunuh rakyat Palestin sebagai Perdana Menteri, tetapi PAS juga tidak pernah punya apa-apa jasa kepada umat Islam di dalam negara ini, jauh sekali di negara lain.  

Hakikatnya, PAS, sebuah parti yang hidup dengan wang derma ahli sendiri, serta wang sumbangan Zionis melalui PKR tidak mampu walaupun untuk mendirikan masjid untuk umat Islam beribadah selain dari ‘masjid’ rumahtangga dengan masing-masing punya dua hingga empat orang isteri.  Selama 2 dekad memerintah Kelantan, PAS hanya mampu mendirikan sebuah masjid sahaja.  PAS gagal secara total untuk menaikkan taraf ekonomi rakyat Kelantan dan tidak mampu menjana ekonomi negeri sehinggakan negeri yang diperintah mereka mundur dari segala segi. 

Dari segi Islam pula, ulama-ulama PAS langsung tidak layak untuk duduk sebaris dengan ulama-ulama tersohor dunia.  Ini kerana mereka hanya tahu berceramah di tahap kampungan serta tidak pernah membuat kajian atau apa-apa sumbangan akademik mahupun pembangunan kepada dunia Islam.   

Justeru, kita tidak hairan apabila Hamas menghargai UMNO dan bukan PAS, dalam menangani isu Palestine yang disifatkan paling ‘genting’ dan palilng dekat di hati umat Islam pada hari ini.   

Yang kita hairan ialah kenapa PAS masih tidak malu merasakan parti itu lebih Islam dari UMNO? 

Wednesday, November 28, 2012

Terpanas !!! Penyokong Kuat PAS Di Pulau Pinang Di Tangkap Bersama GRO


Menurut seorang blogger otai dari Pulau Pinang, Media Pematang Pauh, seorang penyokong kuat PAS di Pulau Pinang telah di tangkap ketika sedang leka bersama seorang GRO di sebuah pusat hiburan Taman Seri Maju, Pulau Pinang.

Inilah hasil didikan sebuah parti yang mengaku merekalah yang memperjuangkan Islam di Malaysia.


BUKIT MERTAJAM: Walaupun sudah bertongkat dan berusia, seorang lelaki warga emas masih berselera dengan pucuk muda apabila dicekup ketika melanggan seorang pelayan pelanggan wanita (GRO) di sebuah pusat hiburan di Jalan Seri Maju, Taman Seri Maju, di sini, kelmarin. 
Lelaki berusia 59 tahun itu dicekup sepasukan pegawai penguat kuasa, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kira-kira jam 9.20 malam dalam satu operasi cegah maksiat diketuai Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan.  
Khairul Azman berkata, ketika pemeriksaan di sebuah bilik kecil, seorang wanita berpakaian seksi ditemui bersama seorang lelaki dan didapati kedua-duanya tidak mempunyai hubungan mahram yang sah.  
Menurutnya, bilik kecil itu diperbuat daripada kayu selain kain dijadikan tirai bagi memisahkan bilik lain. 
Katanya, pemeriksaan kemudian mengesyaki berlakunya kegiatan tidak bermoral di dalam bilik berkenaan termasuk menemui dua tin minuman keras yang sudah dibuka di atas meja selain menemui satu tongkat milik lelaki warga emas berkenaan yang disandarkan di tepi meja dalam keadaan terlipat. - Metro

Terkini !!! Bantuan Kemanusian Gaza Kali Ke-2 Di Lancarkan Di PWTC #PAU2012 @NajibRazak





Kuala Lumpur 28 November- Hari ini Kelab Putera 1 Malaysia telah mengadakan satu Majlis Pelancaran "Road To Gaza : Human Mission" di PWTC dan pelancaran tersebut telah di sempurnakan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan selepas mendapat persetujuan dari Perdana Menteri Malaysia, YAB DS Najib Razak bagi membantu Rakyat Palestin yang di tindas Rejim Israel untuk menghadapi musim sejuk yang bakal tiba di Palestin.

Dalam sidang media tersebut, Dato Azeez Rahim menyatakan misi yang di lakukan Kelab Putera 1 Malaysia akan membawa bekalan bantuan kepada rakyat Gaza di dalam menghadapi suasana musim sejuk seperti selimut, bahan makanan yang akan di beli di Mesir serta Gaza dan ubat-ubatan yang telah di beli di Malaysia.

Menurut Dato' Azeez Rahim Sebanyak USD 150 ribu telah di belanjakan Kelab Putera 1 Malaysia untuk membeli ubat-ubatan di Malaysia.

Selain dari membawa bekalan bantuan kepada penduduk di Gaza, Dato Azeez Rahim melalui Kelab Putera 1 Malaysia juga akan membawa sebanyak 30 doktor sukarelawan di dalam misi kemanusiaan tersebut bagi membantu Kelab Putera 1 Malaysia memberi bantuan kepada penduduk Gaza yang memerlukan bantuan.

Dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza kali yang ke 2 ini , satu badan NGO, Gerakan Belia 1 Malaysia juga akan turut tampil bersama Kelab Putera 1 Malaysia di dalam menyampaikan misi kemanusian di Gaza, Palestin.

Menurut Presiden Gerakan Belia 1 Malaysia, Shahrul Nasrun Dato' Kamarudin, badan NGO terbabit akan bawa bersama 5 orang doktor sukarelawan bagi membantu Kelab Putera 1 Malaysia di Gaza dalam misi tersebut.

Bagi misi kemanusiaan kali ini, Duta Mesir ke Malaysia dan Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush juga akan memberi kerjasama bagi membantu memudahkan perjalanan misi kemanusiaan tersebut.


Terkini !!! Puteri UMNO Sedia Berhadapan Dengan Pakatan Haram Pada PRU13 @NajibRazak #PAU2012




KUALA LUMPUR, 28 November - Puteri UMNO Malaysia berjanji akan berjuang berhabis-habisan melawan pembangkang pada Pilihan Raya ke-13 yang kerap mengamalkan budaya fitnah.

Pergerakan Puteri UMNO merupakan salah satu tonggak penting bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional kerana mempunyai jumlah keahlian yang sudah mendaftar sebagai pengundi seramai 365,882 orang.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirleen berkata "UMNO bukan seperti PAS yang berpakaian agama untuk menghalalkan segala-galanya demi memuaskan nafsu politik. Sirah telah mengajar kita, Nabi junjungan mulia, Muhammad Bin Abdullah S.A.W. tidak pernah menghina sesiapa."

"Nabi tidak pernah mendoakan keburukan dan kemusnahan walaupun pernah dizalimi Yahudi, sebaliknya mendoakan kesejahteraan dan hidayah buat yang memusuhinya.  Inilah sunnah sebenar yang wajar diikuti. Sayang sekali sebuah parti yang mengaku memperjuangkan Islam, dengan menjerit mendoakan kemusnahan sesama umat Islam. Demi politik, segala keterlanjuran mereka, difatwakan sebagai benar dan kononnya itulah ajaran agama. Itu kaedah perjuangan mereka, itu bukan cara kita."katanya.

Ketika ucapan dasar Perhimpunan Agung Puteri UMNO yang sedang berlangsung, Rosnah menegaskan, "Perjuangan mempertahankan kesucian ialah asas sebuah ketamadunan. Zaman akan terus berubah, manusia akan terus berkembang tetapi kesucian perjuangan ialah idealisme yang dipegang sampai bila-bila. Kerana itu yang membezakan UMNO dan parti-parti lain di Malaysia ialah kita tertubuh kerana prinsip dan asas juang yang jelas pada bangsa."

"UMNO bukan tertubuh kerana memenuhi perjuangan peribadi, bukan tertubuh kerana rasa hasad dan dengki. Bukan tertubuh sebagai parti yang memendam dendam meliar. Akhirnya yang rosak dan binasa adalah rakyat dan seluruh rasa percaya mereka." tegasnya lagi. - PutrajayaOnline

Video Panas !!! Artis Mengamuk Pasal Kekalahan Pasukan Bola Sepak Malaysia



Hakikat yang harus di terima pasukan bola sepak Negar dan Jurulatih apabila menang akan di puji dan apabila kalah di keji.

Pasukan bola sepak Negara dan Jurulatih harus menerima apa-apa pun pujian dan kritikan sebagai pembakar semangat untuk berjaya dalam arena Bola Sepak.

Panas !!! Karpal Di Beri Kuasa Istimewa Dalam Majlis Fatwa Pakatang Haram




Krisis dalaman di dalam PAS, DAP dan PKR kini dilihat semakin memuncak apabila isu yang dipertelagahkan saling bertindihan dalam pakatan dan secara berasingan dalam setiap parti sekutu.  

Yang menariknya ialah ‘kemunculan’ Karpal Singh sebagai watak utama dalam setiap isu yang berbangkit.  Karpal merupakan ‘bintang’ dalam pertelagahan dengan Nasharudin Mat Isa mengenai hudud.  Beliau begitu garang mengarahkan PAS kembali kepada perjanjian asal iaitu untuk menghentikan terus cakap-cakap mahupun niat untuk melaksanakan hudud dan negara Islam.  

Walaupun kenyataan Karpal adalah mewakili pendirian DAP tetapi nampaknya hanya Karpal yang ditonjolkan sebagai menuntut PAS meletakkan satu pendirian yang jelas dalam isu ini.   Kit Siang, Guan Eng dan lain-lain pemimipin DAP hanya menjadi pelakon tambahan.  

PAS juga hanya dilihat hanya menumpukan tembakan terhadap Karpal seorang.  Malah, PAS juga yang mengeluarkan kenyataan membela DAP untuk ‘menenangkan’ ahli-ahli PAS, dengan menggambarkan kononnya, kenyataan Karpal adalah kenyataan peribadi dan DAP secara dasarnya tidak ada masalah ‘memahami’ hudud PAS.  

Dari situ, Karpal terus menjadi bintang utama DAP menghiasi akhbar dengan kenyataan-kenyataan lantang yang mendedahkan konflik partinya dengan PAS.  Semalam, Karpal menempelak kerajaan PAS Kedah kerana memperdagangkan sumber anugerah Tuhan, iaitu air.   Karpal tidak puas hati apabila PAS Kedah memutuskan agar Pulau Pinang perlu membayar bekalan air mentah yang disalurkan oleh Kedah ke negeri itu.  

Alasan kerajaan Kedah ialah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang juga memperniagakan air tersebut.  Lagipun, penjagaan sumber alam itu, termasuk mengekalkan kawasan tadahan juga melibatkan perbelanjaan, dan kos itu perlu turut dikenakan kepada Pulau Pinang yang turut menikmatinya.  

Kesungguhan Karpal menjaga kepentingan Pulau Pinang dilihat mengatasi Ketua Menteri negeri itu, Lim Guan Eng, yang kurang menonjol akhir-akhir ini.  Pendek kata, Karpal adalah satu-satunya pemimpin PR yang cukup pantas dan lantang dalam menangani sebarang masalah yang melibatkan perpaduan dalam kerjasama PR.  

Bagaikan pengerusi Majlis Fatwa bagi PR, Karpal sedaya upaya memastikan kerjasama dalam pakatan rakyat terus berkiblatkan semangat menghormati DAP.  

Malah, di dalam DAP juga, Karpal membawa sikap yang sama iaitu sebagai ‘penegak hukum’.  

Karpal menjadi ‘juara’ memperjuangkan ‘satu calon, satu kerusi’ bagi PRU kali ini atas alasan memastikan wakil rakyat dapat menumpukan sepenuhnya kepada kawasan masing-masing.  

Walaubagaimanapun, cadangan Karpal diragui oleh berbagai pihak dalam DAP sendiri dan ditempelak Teresa Kok dengan penghinaan bahawa Karpal adalah ‘old story’ atau cerita lama.   

Tindakan Teresa Kok menimbulkan kemarahan beberapa pihak  kerana dilihat tidak menghormati orang tua dan juga Pengerusi parti yang telah lama berjuang dan banyak pengalaman.  Akibatnya, Ahli Parlimen, Kota Alam Shah M. Manoharan telah membangkitkan kegagalan Teresa untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat dengan baik kerana memegang begitu banyak ‘kerusi’ atau jawatan dalam parti dan juga kerajaan negeri.  

Namun, akhir-akhir ini, nampaknya semakin ramai di dalam DAP menyuarakan sokongan terhadap idea Karpal ini, sekali gus, ‘menggilapkan’ lagi namanya.  

Strategi menonjolkan Karpal seorang serta mensenyapkan pemimpin-pemimpin DAP yang lain secara sengaja atau tidak sengaja dilihat tepat bagi meminimakan kerosakan yang berlaku akibat krisis yang melanda Pakatan Rakyat.   Namun, bagi pihak Karpal, beliau mungkin perlu lebih berhati-hati dalam mengatur langkah seterusnya kerana tindakan ini dilihat mampu meletakkan beliau dalam dua keadaan iaitu jika bukan sebagai ‘bintang’, maka mungkin juga sebagai ‘kambing hitam’. 

Senarionya, jika PR menang dalam PRU ke-13 ini, maka isu penentangan DAP terhadap hudud perlu diselesaikan bagi mengelak akar umbi PAS ‘mengamuk’.   

Sedang pemimpin PAS boleh terus berdolak dalih dengan menggunakan alasan kekurangan majoriti di parlimen dan hakikat masyarakat majmuk, PAS tetap perlu membuktikan yang mereka benar-benar serius dalam menentang sesiapa sahaja yang menentang hudud.  

Oleh itu, Karpal mungkin perlu dikorbankan sebagai satu-satunya pemimpin DAP yang menentang hudud.  Dengan itu, walaupun hudud tetap tidak dilaksanakan, akar umbi PAS akan kembali tenang dan DAP akan kekal selamat.   

Karpal sebagai ‘cerita lama’ boleh dibersarakan saja.  Malang bagi Karpal jika ini berlaku kerana tidak dapat memakai gelaran Tun Karpal selepas bersara seperti yang dibayangkan oleh Tun Mahathir, kerana Karpal tidak bersara sebagai Perdana Menteri tetapi hanya bersara sebagai si-kambing hitam, Pengerusi parti. 

Teks Penuh Ucapan Timbalan Presiden UMNO Di Dalam Merasmi Persidangan 3 Penjuru #PAU2012





TEKS UCAPAN PENUH YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD. YASSIN 
TIMBALAN PRESIDEN UMNO DI MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN PERWAKILAN 
WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO 2012 


“BERSAMA MELAKAR KEMENANGAN” 

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. 


YB Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil 
Ketua Pergerakan Wanita 
YB Sdr. Khairy Jamaluddin 
Ketua Pergerakan Pemuda 
YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin 
Ketua Pergerakan Puteri 
YB Naib-Naib Presiden UMNO 
YB Setiausaha Agung UMNO 
Ahli-Ahli Majlis Tertinggi 
Barisan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri 
Saudara-saudari sidang perwakilan dan para pemerhati sekalian. 


Alhamdulillah, UMNO kini berada di persada 66 tahun usianya. Negara kita telah merdeka 55 tahun adanya. Ia datang bersama sebuah pemerintahan dari acuan negara sendiri, dari pimpinan anak watan sendiri. Selama lebih enam dekad inilah, parti kita telah mengabdikan diri kepada anak watan, mengubah keadaan, dari selubung kemunduran dan kemiskinan, kepada cahaya kemajuan dan kemakmuran. 

Kita bersyukur, kerana hasil gabungan kebijaksanaan rakyat memilih pemimpin dan kebestarian pemimpin mengemudi negara, Malaysia kekal aman, makmur dan sejahtera. Rakyat dari segala rentasan kaum dan agama hidup dalam suasana yang harmoni, tanpa persengketaan, tanpa kemusnahan. Pada masa yang sama, kita melonjak ke ambang negara maju dan melakar masa depan yang meyakinkan. Impian kita, harapan kita, hanyalah membina negara Malaysia yang berjaya dari Perlis hingga ke Sabah, dan sentiasa berada di bawah naungan Ilahi seperti yang dipohon oleh Nabi Allah Ibrahim: 


وَإِذۡ قَالَ إِبۡرَٲهِـۧمُ رَبِّ ٱجۡعَلۡ هَـٰذَا بَلَدًا ءَامِنً۬ا وَٱرۡزُقۡ أَهۡلَهُ ۥ مِنَ ٱلثَّمَرَٲتِ مَنۡ ءَامَنَ مِنۡہُم بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۖ 

Yang bermaksud: 

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Mekah) ini, negeri yang aman sentosa dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka. (Surah Al-Baqarah, Ayat 126) 

Saudara dan saudari yang saya hormati, 

Menghimbau 55 tahun yang lalu, Malaysia berada dalam situasi yang hampir sama seperti di Sri Lanka, Fiji dan Myanmar ketika negara-negara ini berada di ambang kemerdekaan. Kesemuanya adalah bekas tanah jajahan British yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan agama. Apabila British terdesak untuk melepaskan penguasaan ke atas tanah-tanah jajahan mereka, perkara utama yang menjadi persoalan ialah siapakah selain bangsa pribumi yang berhak mendapat hak kerakyatan, bangsa manakah yang akan menerajui pemerintahan negara baru itu, dan apakah bentuk negara yang mahu dibina. 

Kecuali di Myanmar, negara-negara ini memilih model politik perkongsian kuasa antara kaum. Di Sri Lanka, etnik Sinhalis dan Tamil bersetuju untuk berkongsi kuasa. Namun, persetujuan untuk berkongsi kuasa sahaja tidak menjamin keamanan dan kestabilan politik yang berkekalan. Perbalahan kaum tercetus di Sri Lanka selama beberapa dekad selepas merdeka, sehingga membawa kepada rusuhan, perang saudara, kemusnahan dan kemunduran. 

Di Fiji, etnik imigran yang ibu bapa mereka berhijrah ke negara itu semasa penjajahan British telah diberikan hak kerakyatan apabila Fiji mencapai kemerdekaan pada tahun 1970. Dengan hak kerakyatan, mereka juga mempunyai hak yang sama dengan Bumiputera Fiji untuk terlibat dalam politik dan ekonomi. Malangnya, kerana tidak ada usaha untuk meratakan padang permainan, Bumiputera Fiji yang lebih mundur memberontak sehingga menyebabkan perbalahan dan rampasan kuasa. 

Lebih malang di Myanmar, etnik minoriti Rohingya yang berhijrah ke negara itu semasa penjajahan British tidak diberikan hak kerakyatan langsung. Tanpa hak kerakyatan, mereka tidak mempunyai hak untuk terlibat dalam politik, apatah lagi untuk berkongsi kuasa dengan kaum majoriti. Walaupun Myanmar telah merdeka selama 64 tahun, etnik Rohingya yang beragama Islam dilayan dengan begitu teruk sekali. Mereka tidak dibenarkan bekerja dengan kerajaan dan anak-anak mereka dihalang daripada bersekolah di sekolah kerajaan. Hatta untuk mendapatkan rawatan di hospital pun mereka menghadapi kesukaran. Tidak cukup dengan itu, rumah-rumah mereka dibakar, tanah-tanah mereka dirampas dan keluarga mereka dihalau keluar dari bumi Myanmar. Bagi orang Rohingya, bumi yang mereka pijak ibarat neraka dunia. 

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian, 

KEBIJAKSANAAN POLITIK UMNO: MUAFAKAT UNTUK BERKONGSI KUASA 

Alhamdulillah, kita di Malaysia tidak mengalami krisis politik dan perkauman yang parah seperti yang dialami di negara-negara lain, walaupun kita mempunyai lebih banyak bangsa, kaum dan suku kaum. Negara kita dipagari daripada malapetaka besar yang menggugat keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Dengan izin Allah s.w.t kita dapat hidup dalam suasana yang aman, stabil dan makmur hingga ke hari ini. 

Kesemua ini pastinya tidak terjadi dengan sendiri. Sudah tentulah ada sebab musabab yang menjadikan negara kita kekal aman, makmur dan sejahtera. Sebab yang utama ialah kebijaksanaan pemimpin kita terdahulu memilih acuan politik perkongsian kuasa yang berteraskan semangat persefahaman, pemuafakatan, setiakawan dan tolak ansur antara parti-parti politik yang mewakili pelbagai kaum sewaktu itu, iaitu UMNO, MCA dan MIC. Apabila Barisan Nasional dibentuk pada tahun 1974, muafakat kita semakin kukuh dengan lebih banyak parti-parti yang mewakili pelbagai etnik dan suku kaum bergabung, termasuk dari Sabah dan Sarawak. 

Sepanjang lima dekad pemerintahan Barisan Nasional, muafakat yang dicapai untuk memerintah negara secara bersama tidak pernah kita ingkari. Janji untuk bekerjasama dan berkongsi kuasa tidak pernah kita nodai. Prinsip ini sentiasa kita pupuk dan suburkan, dan kini menjadi pasak kekuatan Barisan Nasional. 

Alhamdulillah, meskipun ada kalanya kita diduga dengan pelbagai cabaran dan tuntutan, meja rundingan Barisan Nasional sentiasa dapat menawarkan penyelesaian kepada semua perkara yang berkait dengan kepentingan semua kaum. Kerana itu Malaysia kekal aman, stabil dan makmur hingga ke hari ini. 

Meskipun begitu, bagi puak yang keras dan melampau dalam pemikiran dan tindakan politik, mereka sentiasa mengapi-apikan semangat perkauman dan agama yang sempit bagi menagih laba politik. PAS sebagai contoh pernah menuduh UMNO sebagai parti sekular, parti taghut, parti mustakbirin, parti fir’aun, parti kafir semata-mata kerana kita bekerjasama dengan rakan-rakan bukan Islam dalam Barisan Nasional. 

Begitu juga dengan MCA, MIC dan parti-parti komponen lain dalam Barisan Nasional. Apabila mereka menerima pendirian UMNO dalam perkara yang berkait dengan kepentingan orang Melayu, DAP dengan cepat menuduh mereka sebagai parti yang lemah, atau parti pak turut yang sanggup menggadai kepentingan kaum bukan Melayu, semata-mata untuk mengecap nikmat kuasa bersama UMNO. Malah, DAP menuduh UMNO sebagai parti rasis dan parti ultra-Melayu, semata-mata untuk membangkitkan kebencian orang bukan Melayu terhadap UMNO dan Barisan Nasional. 

Sebenarnya saudara-saudari, PAS dan DAP berbuat begitu semata-mata untuk menarik sokongan kaum tertentu kepada parti mereka. PAS menggunakan sentimen agama yang sempit untuk menghasut orang Melayu membenci UMNO dan menyokong mereka. DAP pula menggunakan sentimen perkauman yang melampau untuk menghasut orang bukan Melayu membenci MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti lain dalam Barisan Nasional, supaya orang bukan Melayu menyokong mereka. Semuanya ini dilakukan atas dasar kepentingan politik yang jumud dan politik serakah, tanpa mengira kesannya ke atas perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita. 

Hakikatnya, sejak lebih lima dekad yang lalu, parti yang membawa fahaman politik benci dan fitnah, yang membakar sentimen agama dan perkauman bukannya UMNO, bukannya MCA, bukannya MIC, bukan juga parti-parti komponen BN yang lain. Sebaliknya ia didalangi oleh PAS dan DAP. Merekalah yang mengamalkan politik ultra perkauman dan membawa fahaman songsang mengenai agama yang memecah belahkan masyarakat kita. Kononnya undi PAS masuk syurga, sembelihan orang UMNO tidak halal, solat berimamkan orang UMNO tidak sah. Malah, mereka sanggup mendoakan kehancuran bagi orang UMNO yang merupakan saudara seagama mereka. Merekalah yang menyuburkan syak wasangka, merekalah yang membarakan api fitnah, dan mereka jugalah yang membaja benih-benih kebencian. 



Sutera dilipat habis dicuci 
Tersimpul kemas di dalam laci 
Kalau hati berkarat benci 
Terpacul di mulut nista dan caci 
PEMBANGKANG TIADA PERSEFAHAMAN, TIADA MUAFAKAT 
Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian, 

PAS dan DAP masih tebal dengan sentimen kaum dan agama. Mereka masih sangat berbeza dari segi ideologi dan pendirian politik. Setelah bertarung sesama sendiri, kini PAS dan DAP melakonkan sebuah pengkisahan kerjasama politik yang cuba ditiru daripada kejayaan Barisan Nasional. Hakikatnya, watak-watak dan pelakon utama semuanya mahu menguasai plot dan jalan cerita, serta menjadi teraju. Sehingga ke hari ini PAS dan DAP sentiasa bersengketa, bertelagah dalam tiap perkara, dan bercakaran kerana ideologi yang jelas berbeza. 

Mari kita lihat tiga senario di tiga buah negeri yang diperintah oleh mereka. Di Pulau Pinang misalnya, DAP tidak mahu berkongsi kuasa pun dengan PAS. Walaupun PAS mempunyai satu kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, wakil rakyat PAS sehingga kini tidak dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri. DAP sebaliknya lebih rela menyerahkan portfolio agama kepada PKR. Walhal, sebagai parti yang mengaku memperjuangkan Islam, wakil rakyat PAS lah yang sepatutnya diberikan kepercayaan oleh DAP, untuk menjaga hal ehwal Islam di Pulau Pinang. Nampaknya, DAP tidak percaya kepada PAS. 

Di Kedah pula, wakil rakyat tunggal DAP tidak berada dalam barisan Exco Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh PAS. Hari ini, apabila kerajaan PAS Kedah membuat peraturan atau dasar yang condong kepada Islam, yang menentang bukannya wakil rakyat BN, tetapi DAP. Ini membuktikan bahawa DAP bukan sahaja tidak mahu berkongsi kuasa dengan PAS, malah menentang dasar Islam PAS. 

Di Selangor, seorang Exco PAS dan Exco DAP pernah bertelagah mengenai penguatkuasaan undang-undang Islam di negeri itu. Bagi parti DAP yang sekular, bukan sahaja hudud tidak patut dilaksanakan, malah undang-undang pencegahan maksiat yang termaktub dalam enakmen undang-undang Islam negeri juga tidak wajar dilaksanakan. Akibat pertelagahan ini, Exco PAS berkenaan dipecat dari Exco Kerajaan Negeri dan parti, dan portfolio agama Islam yang sebelum ini dipegang oleh beliau, diambil alih oleh Menteri Besar dari PKR. 

Ternyata, PAS hanya melukut di tepi gantang. PAS tidak berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR. Sebaliknya, kuasa yang sepatutnya diberikan kepada PAS dirampas oleh DAP dan PKR. Sungguh malang bagi PAS. Bagai kisah si lebai malang. Di sini tak dapat, di sana pun melepas. Bak kata orang Pulau Pinang, Balik Pulau Bayan Lepas, Sini Terpelau Sana Terlepas. PAS berhempas pulas menarik sokongan orang Melayu, tetapi akhirnya yang berkuasa ialah DAP dan PKR. Bagi DAP dan PKR, PAS hanyalah kuda tunggangan, tukang sorak dan tukang takbir untuk mereka merebut kuasa. 

Saudara dan saudari, 

Cuba kita bayangkan, jika sekarang pun PAS tidak mempunyai tempat dalam pakatan pembangkang, apakah ada jaminan bahawa PAS boleh menegakkan Islam menerusi pakatan pembangkang? Saya pasti saudara dan saudari yang berada di dalam dewan ini, dan juga tuan-puan yang mengikuti ucapan saya di luar sana, tahu apa jawapannya. Tidak mungkin PAS boleh menegakkan negara Islam. Sebab itulah awal-awal lagi sekarang ini, PAS sudah mendendangkan lagu negara berkebajikan, bukan negara Islam. 

Selama ini pun PAS sedar, sepanjang 12 kali pilihanraya umum, bilangan kerusi yang mereka tandingi kebanyakannya kurang separuh daripada jumlah keseluruhan kerusi di Parlimen. Misalnya, dalam pilihanraya tahun 1969, PAS bertanding di hanya 62 daripada 144 kerusi Parlimen, tahun 1990 bertanding di 29 daripada 180 kerusi parlimen, tahun 1995 bertanding di 59 daripada 192 kerusi parlimen, tahun 1999 bertanding di 59 daripada 193 kerusi parlimen, tahun 2004 bertanding di 85 daripada 219 kerusi parlimen, dan tahun 2008 bertanding di hanya 66 daripada 222 kerusi parlimen. 

Ironinya, jika PAS menang di semua kerusi yang ditandingi sekalipun, PAS tidak boleh membentuk kerajaan untuk menegakkan negara Islam seperti yang dicanangkan. Apatah lagi, pencapaian terbaik PAS ialah memenangi 26 kerusi dalam pilihanraya umum 1999. Saudara-saudari, PAS hanya menang semua kerusi yang ditandingi sewaktu berada dalam Barisan Nasional dalam pilihanraya 1974. Manakala, dalam semua pilihanraya yang lain, jumlah kerusi yang PAS kalah lebih besar daripada jumlah kerusi yang dimenangi. 

Berbeza dengan UMNO, sepanjang sejarah pilihanraya di negara kita, jumlah kerusi yang kita tandingi dan menang dalam pilihanraya membolehkan kita menjadi parti teras dalam kerajaan. Dengan kedudukan ini, UMNO mampu melaksanakan dasar-dasar yang selaras dengan perjuangan parti berlandaskan musyawarah dengan parti-parti komponen dalam Barisan Nasional. 

Mungkin PAS akan mengatakan kepada kita tidak mengapa bertanding sejumlah kerusi yang kecil, kerana nanti ahli-ahli parlimen PKR dan DAP akan menyokong mereka untuk menegakkan Islam. Janganlah bermimpi di siang hari. Janganlah berbohong kepada pengundi. Jauh panggang dari api. Takkanlah DAP yang rasis lagi cauvinis, takkanlah PKR yang rosak lagi merosakkan, akan menyokong usaha PAS untuk menegakkan Islam. Cukuplah. Cukuplah sepanjang 12 kali pilihanraya, 12 kali PAS berbohong kononnya parti itu berjuang untuk menegakkan Islam. Janganlah kita biarkan PAS berbohong lagi untuk kali ke-13. 

Dengan kedudukan PAS yang lemah, agak pelik bagi kita apabila dalam Muktamar PAS baru-baru ini, ada perwakilan parti itu yang mencadangkan Presiden mereka sebagai calon Perdana Menteri pakatan pembangkang. Seperti yang kita jangka, DAP awal-awal lagi tidak bersetuju Presiden PAS menjadi calon Perdana Menteri. Persoalannya, bolehkah Presiden PAS menjadi Perdana Menteri jika jumlah kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh parti itu adalah kecil, dan DAP pula tidak menyokong mereka? Tentu sekali jawapannya tidak boleh. 

Jika tidak boleh, dan saya pasti mereka pun tahu ianya tidak boleh, mengapa dikemukakan juga cadangan itu? Bagi kita ini menunjukkan bahawa ahli-ahli akar umbi PAS tidak meletakkan kepercayaan kepada DAP atau PKR untuk mengetuai pakatan pembangkang. Mereka tidak percaya kepada Lim Guan Eng. Mereka tidak percaya kepada Lim Kit Siang. Mereka juga tidak percaya kepada Karpal Singh. Mereka langsung tidak percaya kepada Anwar Ibrahim. Ini adalah satu kegagalan besar bagi PAS dalam membentuk kerjasama dan berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR. 

Sebenarnya saudara-saudari, konsep berkongsi kuasa tidak pernah wujud dalam pakatan pembangkang. Mandat rakyat yang diberikan kepada mereka dalam pilihanraya yang lalu untuk mememerintah beberapa buah negeri adalah satu hikmah yang mendedahkan kepada kita bahawa mereka sebenarnya tidak boleh bekerjasama dan berkongsi kuasa. Satu sebab yang paling utama ialah tiadanya sikap saling mempercayai antara mereka. PKR tidak percaya kepada DAP, DAP tidak percaya kepada PKR, dan kedua-dua DAP dan PKR tidak percaya kepada PAS. 

Cuba bayangkan saudara-saudari, jika masing-masing tidak percaya antara satu sama lain, bolehkah pembangkang bermuafakat sesama mereka? Bolehkah pembangkang memerintah negara dengan aman? Bolehkah pembangkang membawa kesejahteraan kepada rakyat? Boleh atau tidak saudara-saudari? Jika tidak jawapannya, pastikan kemenangan berpihak kepada kita dalam pilihanraya nanti.|Jangan kita serahkan negara kita ini untuk diporak-perandakan oleh pembangkang. 

CABARAN IDEOLOGI: ISLAM, KEBEBASAN DAN DEMOKRASI 

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian, 

Kita sedang berhadapan dengan tentangan ideologi baru. Kononnya atas nama kemunculan politik baru, politik pembebasan, politik global, politik kuasa ketiga, wacana hak dan kebebasan individu mengatasi lingkungan agama, budaya dan moral. Di kalangan parti-parti politik tertentu, mereka akan mengutip apa sahaja ideologi yang memberi kelebihan kepada mereka, hatta berkongsi ideologi songsang sekalipun. 

Di peringkat antarabangsa, telah muncul kumpulan yang memperjuangkan ideologi songsang yang berteraskan pemikiran sekular liberal yang bertentangan dengan agama. Misalnya, kumpulan yang memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender yang dianggap sebagai kelompok minoriti yang tertindas. Undang-undang negara yang hanya mengiktiraf perkahwinan antara lelaki dan wanita dianggap oleh kumpulan ini sebagai tidak adil, malah zalim kepada mereka. 

Hari ini, mereka semakin berpengaruh. Banyak kerajaan menerima tekanan supaya mengiktiraf hak golongan songsang untuk melakukan perkara yang ditegah oleh agama. Mereka turut melobi supaya hak golongan songsang ini dimasukkan dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Asean di Sidang Kemuncak Asean di Phnom Penh baru-baru ini. 

Alhamdulillah, Malaysia di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak menolak keras cadangan ini, kerana bagi kita amalan yang bertentangan dengan prinsip agama dan fitrah manusia tidak boleh dibiarkan berleluasa. Bayangkan, apa yang akan terjadi kepada anak-anak kita, keluarga kita, masyarakat kita dan agama kita jika amalan songang ini dibiarkan menular. Kita bersyukur, negara-negara Asean lain bersetuju dengan pendirian Malaysia, dan cubaan untuk mengiktiraf amalan yang bertentangan dengan prinsip agama, moral dan fitrah manusia sebagai satu hak gagal. 

Saudara-saudari yang saya hormati sekalian, 

Di negara kita, ideologi songsang ini sudah menembusi benteng politik pembangkang. Kerana itu, sejak akhir-akhir ini kita lihat pandangan Ketua Pembangkang agak bercelaru. Satu ketika, beliau tanpa segan dan silu mengeluarkan kenyataan bahawa undang-undang jenayah negara kita yang menghalang perlakuan liwat adalah satu undang-undang yang kolot. Sedangkan kita semua tahu bahawa perbuatan terkutuk itu ditegah oleh Islam, dan juga oleh agama-agama lain. Jika undang-undang itu kolot, maka apakah Ketua Pembangkang hendak mengatakan bahawa hukum Allah juga kolot? Janganlah kerana perlakuan songsang ini dibenarkan di Barat, dan diterima sebagai hak asasi manusia oleh mereka, maka dia pun turut hendak menghalalkannya. 
Selain itu, baru-baru ini kita juga dikejutkan oleh kenyataan seorang Naib Presiden PKR. Atas nama kesamarataan hak, beliau mengatakan orang Melayu yang beragama Islam juga wajar diberikan hak kebebasan beragama, sepertimana yang diamalkan oleh penganut-penganut agama lain. Sedangkan kita tahu bagi umat Islam, seluruh kehidupan kita dipandu oleh syari’at Allah. Tidak mungkin hak untuk murtad boleh terpakai untuk umat Islam. 

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian, 

Inilah sisi hodoh ideologi demokrasi dan kebebasan yang cuba dibawa oleh pakatan pembangkang. Mereka cuba merungkaikan asas-asas agama Islam yang telah terpahat kukuh di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Perkara seperti ini tidak pernah berlaku di negara kita sebelum ini. Tidak pernah ada pemimpin Islam yang tergamak bersuara menghalalkan gaya hidup songsang dan murtad. Tetapi hari ini, atas sebab ingin meraih undi dan merebut kuasa, lantaran angan-angan mahu ke Putrajaya, semuanya boleh sahaja. 

Inilah sebenarnya bahana besar yang dibawa oleh pembangkang. Kita di dalam UMNO tidak boleh alpa. Ingatlah, UMNO adalah parti yang berjuang untuk menegak dan mendaulatkan Islam. Bangkitlah menjadi benteng mempertahankan masyarakat kita daripada diasak oleh ideologi songsang pembangkang. Jangan biarkan mereka menembusi jiwa anak-anak kita. Jangan biarkan mereka meracuni pemikiran masyarakat kita. Jangan biarkan mereka merungkai asas-asas agama kita. Kita yakin rakyat akan terus bersama UMNO dan Barisan Nasional untuk mempertahankan nilai-nilai murni yang cuba dinoda oleh pembangkang. 

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian, 

Walaupun pembangkang menjanjikan bulan, bintang, matahari dan cakerawala apabila bercakap mengenai demokrasi dan kebebasan, mereka tidak mengotakan apa yang janjikan. Seperti yang disimpulkan dengan begitu tepat sekali oleh YAB Presiden, antara sisi hodoh budaya pembangkang ialah bila berhutang tak perlu dibayar, bila menerima tak perlu berterima kasih, bila berjanji tak perlu ditepati. Jika saudara-saudari ingat, dalam manifesto pembangkang dahulu, tercatat janji untuk memberikan bermacam-macam kebebasan kepada rakyat kalau mereka berkuasa, termasuk janji kebebasan media. 

Namun, belum pun sempat mereka berkuasa, pembangkang telah awal-awal lagi memungkiri janji mereka. Hari ini, apabila ada akhbar yang mendedahkan kepincangan mereka, mereka bergegas ke mahkamah menyaman akhbar berkenaan. Jumlah saman bukannya sedikit. Misalnya, nilai saman mereka ke atas sebuah akhbar arus perdana sejak tahun 2008 mencecah 1 bilion ringgit. Dengan jumlah sebesar ini, pembangkang di negara kita mencipta rekod dunia mengemukakan jumlah saman yang paling besar kepada sebuah akhbar. 

Mereka berharap akhbar-akhbar di negara kita tidak lagi berani mendedahkan hakikat kepincangan dan keburukan mereka. Selain itu, pembangkang juga menghalang akhbar-akhbar tertentu daripada membuat liputan di majlis-majlis yang dianjurkan oleh mereka, termasuk di sidang-sidang Dewan Undangan Negeri. Inilah sebenarnya taktik kotor pembangkang untuk menutup kepincangan dan membisukan pengkritik mereka. 

Inilah wajah sebenar pembangkang. Apabila terkena batang hidung sendiri, mereka lupa janji, lupa diri, lupa segalanya. Lebih memalukan, mereka lupa bahawa merekalah yang menabur fitnah ke serata dunia bahawa mahkamah kita tidak adil, mahkamah kita berat sebelah, mahkamah kita zalim. Tetapi apabila terdesak, merekalah orang yang paling awal berkejar ke mahkamah untuk mendapatkan perlindungan. Sebenarnya mereka tahu bahawa mahkamah kita boleh memberikan keadilan kepada sesiapa sahaja termasuk mereka. Tetapi kerana niat jahat mereka untuk memberikan gambaran buruk tentang negara kita kepada masyarakat antarabangsa, mereka sanggup menabur fitnah. 

Samalah juga dengan tindakan Ketua Pembangkang meminta campurtangan kerajaan asing untuk memastikan pilihanraya kita bersih, bebas dan adil. Dia hendak berbohong kepada dunia kononnya pilihanraya kita kotor. Inilah satu lagi pengkhianatan kepada negara. Semata-mata kerana dengki dan niat jahat terhadap kerajaan Barisan Nasional, dia tergamak meminta campurtangan asing dalam hal ehwal politik negara kita. 

Bagi kita, ini hanyalah taktik kotor orang yang bermimpi untuk menawan Putrajaya, awal-awal lagi mengatakan pilihanraya di negara kita tidak adil. Barangkali dia pun sudah tahu bahawa pembangkang akan kalah dalam pilihanraya nanti. Jadi, lebih baik dibuat propaganda awal bahawa pilihanraya negara kita tidak adil, supaya apabila mereka kalah dalam pilihanraya, senanglah untuk mereka menuduh bahawa kita tidak berlaku adil kepada mereka. Senang jugalah untuk mereka berhimpun di jalan-jalan raya bagi menolak keputusan yang telah dibuat oleh rakyat. 

Kita fikir lebih baik Ketua Pembangkang menjemput wakil negara asing untuk memerhati pemilihan PKR. Kita hendak tengok apa komen pemerhati asing mengenai PKR. Bersihkah pemilihan PKR? Bebaskah pemilihan PKR? Adilkah pemilihan PKR? Demokratikkah PKR apabila Ketua Pembangkang mengangkat dirinya sendiri menjadi Ketua Umum parti tanpa melalui proses pemilihan? Malah jawatan itu pun tidak ada dalam Perlembagaan parti. Apakah sah kedudukan Ketua Pembangkang dalam partinya sendiri? Perkara seumpama itu hanya boleh berlaku dalam sebuah parti yang dikuasai oleh seorang diktator, bukan sebuah parti yang mengamalkan demokrasi. Daripada Ketua Umum, Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, parti itu ibarat Parti Keluarga dan Rakan-Rakan (PKR). 

Kesemua ini tidak membayangkan mereka komited untuk melaksanakan janji demokrasi. Sudahlah komitmen kepada Islam semakin luntur, komitmen kepada demokrasi pun tidak ada. Bagi kita, parti-parti pembangkang tidak ada keabsahan moral untuk bercakap mengenai Islam atau demokrasi. 

Demokrasi yang sebenar terlaksana apabila kerajaan mendengar rintihan, denyut nadi dan suara hati rakyat, apabila kerajaan melaksanakan dasar yang memenuhi aspirasi rakyat, apabila kerajaan membela nasib rakyat, apabila kerajaan menghapuskan ketidakadilan sosial yang mengancam perpaduan rakyat. Tiada maknanya demokrasi jika masih ada rakyat hidup melarat. Matlamat demokrasi tercapai apabila setiap rakyat dapat mengecap kehidupan yang sejahtera dalam negara yang makmur. Inilah yang diperjuangkan oleh UMNO untuk bangsa Melayu dan seluruh rakyat Malaysia.
JAMINAN UMNO UNTUK BANGSA MELAYU 

Saudara-saudari, 

UMNO terus komited untuk membela bangsa Melayu. Usaha-usaha untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu diteruskan melalui insiatif-inisiatif yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera yang dipengerusikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Usahawan-usahawan Melayu dan Bumiputera akan terus diberikan peluang untuk mendapat manfaat limpahan ekonomi yang sedang pesat berkembang. Hari ini, dengan pelbagai inisiatif yang diambil oleh kerajaan menerusi agensi-agensi yang diwujudkan untuk memperkasa agenda Bumiputera, pegangan ekuiti Bumiputera telah meningkat dari 2 peratus pada tahun 1970 kepada 23.09 peratus pada tahun 2010, dengan nilai sebanyak 167.7 bilion ringgit. Ini adalah satu pencapaian yang menakjubkan bagi parti kita dan bangsa kita. InsyaAllah, dengan pelbagai usaha yang sedang dilaksanakan pada waktu ini, kita akan berjaya mencapai sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera menjelang tahun 2020. 

Begitu juga dengan perjuangan Islam. UMNO tidak pernah menggadai prinsip perjuangan Islam, malah sentiasa berusaha untuk memartabat dan meningkatkan syiar Islam. Sistem pendidikan Islam kita martabatkan, sistem undang-undang Islam kita pertahankan, sistem ekonomi Islam kita majukan. Hari ini dunia melihat Malaysia sebagai contoh negara Islam yang terbaik. Dengan kedudukan negara kita yang agak lebih ke hadapan berbanding negara-negara Islam yang lain, kita dapat pula membantu saudara Islam kita di seluruh dunia. Kita telah membantu saudara kita di Bosnia, di Gaza, di Myanmar dan di mana sahaja mereka memerlukan bantuan kita. Alhamdulillah, berkat kebijksanaan pimpinan negara kita, Malaysia baru sahaja membantu menyelesaikan konflik Bangsamoro di Filipina. Semua ini adalah hasil perjuangan UMNO untuk memartabatkan Islam. 

Sepanjang 66 tahun UMNO memperjuangkan Melayu dan Islam, UMNO tidak pernah menganiaya mana-mana kaum. Inilah keadilan UMNO. Inilah kesaksamaan UMNO. Pejuang UMNO tidak perlu merasa berdosa dan bersalah berada di atas landasan perjuangan UMNO. UMNO berjanji untuk terus membela bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya. Justeru, UMNO akan terus mengangkat suara Melayu di samping tidak melupai agihan keadilan untuk kaum-kaum lain seperti yang dituntut oleh agama. Firman Allah s.w.t. dalam al-Qur’an: 


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٲمِينَ لِلَّهِ شُہَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِ‌ۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّڪُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْ‌ۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ 

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Surah Al Ma’idah, Ayat 8) 

Saudara dan saudari yang berada di dalam Dewan Merdeka ini, dan juga yang sedang mengikuti ucapan saya di kaca-kaca televisyen, atau di corong-corong radio di luar sana, pak-pak haji yang baru pulang dari masjid, ibu-ibu yang sedang melayani anak-anak di rumah, pemandu-pemandu teksi yang sedang mencari rezeki di kota, para pekerja yang sedang berbakti kepada negara, para anggota keselamatan yang sedang menjaga keamanan kita, mahasiswa yang sedang mentelaah pelajaran di universiti, pemuda-pemuda yang sedang merenung masa hadapan, inilah komitmen UMNO dan Barisan Nasional, inilah janji UMNO dan Barisan Nasional. Kita sentiasa berusaha untuk mentransformasi negara, dan mensejahterakan rakyat tanpa perlu menggadai prinsip perjuangan yang murni. Inilah bezanya antara kita dan pembangkang. Tatkala pembangkang semakin terdesak untuk meraih undi dan merebut kuasa, mereka sanggup melakukan apa sahaja, termasuk menggadai prinsip moral, maruah bangsa dan kesucian agama. 

Renungkanlah saudara dan saudari. Tilik betul-betul apa yang dijaja oleh pembangkang dan apa yang dikota oleh UMNO dan Barisan Nasional. Walaupun pembangkang mempamerkan kepada kita bahawa merekalah yang akan membawa sinar kesejahteraan kepada rakyat, janganlah kita terpedaya. Sinar yang mereka janjikan itu ibarat kilauan sekeping kaca yang hanya menanti saat retak dan pecah berderai. Kita pasti rakyat yang matang lagi bijaksana dapat membezakan antara kepalsuan kaca dan ketulenan permata. 

BERSAMA MELAKAR KEMENANGAN 
Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian, 

Kita sedang berada di tengah pertarungan politik yang akan menentukan survival parti, masa depan bangsa dan kedudukan negara. Saudara-saudari yang berhimpun ini adalah lambang kekuatan perjuangan di tengah-tengah pertarungan ini. Dalam pusingan terakhir persiapan menghadapi pilihanraya, saudara-saudari di negeri, bahagian dan cawangan telah bekerja kuat untuk memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya nanti. Sebagai Timbalan Presiden dan Pengarah Pilihanraya, saya amat menghargai kegigihan, kesungguhan dan pengorbanan saudara-saudari mencurahkan bakti kepada parti tanpa mengenal penat lelah. Percayalah, segala usaha yang dicurahkan oleh saudara-saudari, segala keringat yang menitis ke bumi, akan menyumbang kepada kemenangan UMNO dan Barisan Nasional. InsyaAllah. 

Pertingkatkan gerakerja bagi memenangi pilihanraya. Sebagai barisan hadapan jentera parti, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri adalah pasukan tahan lasak parti. Bergeraklah ke serata pelusuk desa dan kota, harungilah lembah, sungai dan denai, dari Kangar hingga ke Semporna, julanglah panji perjuangan, insyaAllah kita akan mengarak obor kemenangan.

Gerakkan jentera di setiap peringkat. Pastikan mereka bersedia turun ke medan perang apabila semboyan dibunyikan. Atur strategi berkesan untuk menangi hati pengundi. Pujuklah mereka dengan penuh hikmah. Mudah-mudahan dengan izin Allah s.w.t., pintu-pintu hati mereka akan terbuka luas untuk menyokong UMNO dan Barisan Nasional. 

Ingatlah, bahawa perpaduan dalam parti adalah kunci utama kemenangan kita. Apabila kita memilih untuk berada di atas landasan perjuangan UMNO, kita bukan bekerja untuk diri kita, tetapi berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Perjuangan ini tidak boleh kita lakukan secara bersendirian. Kita memerlukan sokongan dan dokongan rakan-rakan seperjuangan. Bekerjalah dalam semangat kesatuan hati (wahdatul qalb), kesatuan fikiran (wahdatul fikr), kesatuan matlamat (wahdatul hadaf) dan kesatuan amal (wahdatul amal) untuk meneruskan agenda perjuangan parti yang suci. 

Yakinlah bahawa kita berada di pihak yang benar. Matlamat UMNO mempertahankan Islam, membela nasib bangsa Melayu, memelihara kedaulatan negara dan mensejahterakan rakyat tanpa mengira kaum dan agama adalah perjuangan suci yang kita galas hingga ke saat ini. Dengan asakan pelbagai dakyah songsang yang merungkai asas-asas agama, yang mencabar maruah bangsa, yang mengancam kedaulatan negara, maka landasan perjuangan suci UMNO mesti kita perkukuhkan. 

UMNO di bawah kepimpinan YAB Presiden selaku Perdana Menteri sedang menerajui transformasi yang besar untuk negara kita. UMNO telah merasai denyut nadi rakyat. Menerusi program transformasi kerajaan, ekonomi dan politik, sentuhan pembaharuan UMNO sedang dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. Baik petani, nelayan dan pekebun kecil di desa, pemandu teksi dan peniaga di kota, golongan pekerja, profesional dan penjawat awam, kesatuan sekerja dan pertubuhan bukan kerajaan, remaja, belia dan mahasiswa, malahan golongan gelandangan dan kurang bernasib baik, semuanya sedang merasai sentuhan UMNO. 

Kita akur bahawa transformasi adalah satu proses yang berterusan. Kita tahu bahawa masih banyak rintangan dan cabaran yang menanti. Walau apapun, demi menjamin masa depan Malaysia yang lebih makmur dan sejahtera, marilah kita redah segala rintangan, kita harungi segala dugaan, kita atasi segala cabaran. Marilah kita berikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada YAB Presiden untuk memimpin parti dan negara. Marilah kita berikan sepenuh ketaatan kepada khalifah yang akan memimpin bala tentera kita. Firman Allah s.w.t dalam al-Qur’an al-karim: 

أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡ‌ۖ 

Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (yakni orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. 
(Surah Al-Nisa’, Ayat 56) 

Kepada Wanita, teruskanlah, perhebatkanlah, semarakkanlah perjuangan menjalin rantaian sokongan. Sebarkanlah kasih sayang UMNO melalui Jalinan Rakyat, Skuad Sayang dan Salam Sayang. Maralah dengan merah yang menyala, tiuplah ia hingga menjadi obor yang menerangi jalan-jalan kemenangan. Wanita UMNO, engkaulah ibu, engkaulah pembimbing, engkaulah srikandi. 

Kepada Pemuda, saudara-saudara lah hulubalang benteng hadapan yang akan mempertahankan Putrajaya. Gempurlah musuh kita. Pantang anak muda menyerah. Jangan biarkan walau setapak mereka melangkah. Turunilah ke setiap kota, desa dan lurah. Dekatilah generasi muda dengan hikmah.Berjuanglah dengan tabah. Adat bertarung menjunjung maruah. Membujur lalu melintang patah. 
Kepada Puteri, permata yang bergemerlapan, sinarilah generasi muda dengan harapan dan keyakinan. Andalah yang memahami suara hati mereka. Rasailah denyut nadi mereka. Menangilah hati mereka. Bawalah mereka bersama kita dalam perjuangan murni melakari masa depan nusa dan bangsa. 

Kita tidak gentar menghadapi cabaran zaman. Perteguhkanlah pendirian kita. Perkukuhkanlah tekad kita. Pertingkatkanlah kebijakasanaan kita. Kita mengajak rakyat tanpa mengira kaum dan agama, agar bersama-sama kita mempertahankan benteng negara daripada ditembusi oleh ideologi songsang, dakyah politik jahat dan budaya sesat yang dibawa oleh pembangkang. Marilah bersama-sama kita mendaulatkan maruah agama, bangsa dan negara. Marilah kita berdoa ke hadrat Allah s.w.t. agar kita diberikan kekuatan untuk menghadapi mihnah dan fitnah zaman. Marilah kita memohon pedoman dari Allah s.w.t. agar ditetapkan hati-hati kita untuk terus berada di landasan perjuangan yang suci ini. Marilah kita memohon hidayah dari Allah s.w.t. agar dilembutkan hati-hati kita untuk menerima seruan persaudaraan dan perpaduan. InsyaAllah pertolongan Allah sentiasa bersama orang-orang yang berjuang di jalanNya. 

Firman Allah s.w.t. dalam surah Muhammad, Ayat 7: 

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ 
Yang bermaksud: 
Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. 

Pemuda adalah hulubalang UMNO, Wanita adalah srikandi UMNO, Puteri adalah permata UMNO. Ayuhlah hulubalang UMNO! Ayuhlah srikandi UMNO! Ayuhlah permata UMNO! Rapatkanlah saf perjuangan kita. Berjuanglah dengan penuh ikhlas dan yakin membela agama, bangsa dan negara. Bangkitlah menjulang panji perjuangan. Maralah ke medan perang. InsyaAllah, berkat kesungguhan kita berjuang, berkat kebijaksanaan rakyat membuat pilihan, UMNO dan Barisan Nasional akan melakar kemenangan! Marilah kita sama-sama menadah tangan merafakkan doa: 

Bismillahirrahmanirrahim. 

Ya Allah! 

Jadikanlah perhimpunan ini perhimpunan yang dirahmati Janganlah engkau leraikan hati kami dari mentaatiMu Satukanlah hati-hati kami di jalanMu 


Ya Allah Ya Tuhan Kami! Terimalah doa kesejahteraan buat sekalian kami Jauhkanlah hati kami daripada menjahanamkan sesama sendiri Kembalikanlah mereka yang tersasar ke jalanMu yang diredhai 
Ya Allah Bimbinglah kami di jalan yang lurus Redhakanlah jalan perjuangan kami Tetapkanlah kami di jalanMu Ya Allah 

Ya Allah Engkaulah Tuhan Rabbul Jalil Engkau kurniakanlah ketabahan di setiap hati kami Engkau kurniakanlah kekuatan di jiwa kami Engkau perteguhkanlah daya juang kami 

Dengan rahmatmu Ya Allah Engkau kurniakanlah kemenangan buat kami fai’za ‘azamta fatawakkal ‘alallah 

Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd. 

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya dengan sukacitanya merasmikan Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2012. 

Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh.




SUMBER : BACA SINI