pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, September 8, 2012

Panas !!! Pengibar Sang Saka Malaya Serah Diri


KUALA LUMPUR, 7 Sept – Dua lagi individu yang dikehendaki polis membawa bendera ‘Sang Saka Malaya’ semasa Himpunan Janji Demokrasi pada malam Ambang Merdeka minggu lepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini Jumaat.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Perundangan) Kuala Lumpur, ACP Aziz Zakaria berkata kedua-dua individu yang masing-masing berumur 24 tahun itu ditahan polis selepas menyerah diri pada 2.30 petang.
Katanya kedua-dua lelaki tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan dan polis akan menyiasat tindakan susulan sewajarnya yang akan dikenakan berdasarkan hasil siasatan.
“Setelah semua keterangan yang diperlukan untuk siasatan selesai direkodkan, mereka mungkin dibebaskan selewat-lewatnya malam ini dengan jaminan polis seperti mana empat individu yang menyerah diri sebelum ini,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Aziz berkata kedua-dua individu tersebut hadir menyerah diri bersama peguam mereka untuk membantu siasatan.
Menurutnya polis masih memburu seorang lagi wanita dan lima individu lain yang didakwa memijak gambar pemimpin negara pada malam sambutan Ambang Merdeka itu dan jumlah individu yang menyerah diri setakat petang tadi adalah enam orang – bernama

Pisau Kedah :-
Pisau Kedah sarankan supaya tindakan tegas di ambil terhadap pengibar bendera Sang Saka Malaya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog