Wednesday, February 29, 2012

Video Panas!!! Ustaz Kazim sekolahkan Ostaz Khalwat.

Ostaz Khalwat pasti marahkan Ustaz Kazim berkenaan Imam Mahdi,,

Ostaz Khalwat tolong jangan marahkan Ustaz Kazim,,mungkin Ustaz Kazim tak tahu lagi Imam Mahdi PKR sudah ada di Malaysia.Imam Mahdi yang mendapat tauliah dari Ostaz Khalwat..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Video panas!!! Kenapa Ahmad Maslan menghina Kitab Jinggay anutan Pakatan Haram

Memang layak pun Kitab Jinggay Pakatan Haram di letakan di dalam tong sampah..kerana ayat-ayat kandungan kitab jinggay semuanya ayat sampah.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Video panas!!! UMNO yang suruh Ostaz Khalwat pakai tuala basah untuk Kaunseling bini orang

Mungkin apa yang di lakukan oleh Pakatan Haram,semuanya arahan UMNO,,"Pakatan Haram memang dasar pencacai,"

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wow!!! Azizan nak kena kerat dengan geng sendiri??

Petang kelmarin Team Media Kedah telah berjaya meloloskan diri mendengar pembincangan di antara Phahrolrazi dan pemimpin-pemimpin Pas tempatan yang pro kepada Phahrolrazi.ikuti antara pendedahanya di bawah,,di tulis oleh leader Team Media Kedah..Mc theory   - kedahkekl@blogspot.com

Mc sebentar tadi baru pulang dari Sidang Media di rumah Phahrolrazi di Taman Gunung Bayu. Pada sidang media tersebut, memang pada mulanya sidang media pada media nasional berlangsung dengan aman dan 'play safe' namun selepas bersurainya sidang media. Berlangsung sidang media kedua, dikalangan orang Pas dan pemimpin Pas tempatan bersama Datuk Phahrolrazi dilakukan secara tertutup, kenyataannya pada sidang media kedua amat mengejutkan! Malah salah seorang penyokong Phahrolrazi berkata "Ustaz Azizan harus di kerat dan di kuburkan!".

Kenapa mereka berkata begitu? Mungkin mereka tidak menyangka bahawa ada orang asing bersama mereka,kerana semasa Mc masuk ke rumah Phahrolrazi,memperkenalkan diri sebagai ahli Pas dari sebuah markas yang luar dari Alor Setar. Dengan mesra mereka mengajak Mc bertemu dengan 'Ustaz' disana Mc melihat ada orang-orang kuat bersama Phahrolrazi masih lagi rancak berbincang.

Mc hanya bersalaman dan berdiam diri mengikuti perbincangan mereka. Banyak juga pendedahan baru yang Mc dapat. Mc puji orang Pas, sebab masalah dalaman parti,mereka amat pandai simpan. Mereka tidak tunjuk kepada orang luar. Walau meletup macam mana pun keadaan di dalam, muka mereka senyum bagaikan tiada apa-apa yang berlaku. Dengan bahasa rasminya, orang Pas ni pandai berpolitik dan hipokrit cukup kuat.

Phahrolrazi memang mempunyai masalah dengan Ustaz Azizan, dari soal kerja, sampailah soal tanah dan kontrak.Malah beliau mendedahkan bahawa Ustaz Azizan lebihnbanyak menolong UMNO dari orang Pas sendiri, malah pengagihan kontrak juga banyak orang UMNO yang dapatndari orang Pas!!

Satu demi satu perkara yang berlaku menyebabkan Phahrolrazi mengakui, beliau tidak dapat lagi bekerjasama dengan Ustaz Azizan. Malah yang paling menarik ialah,Ustaz Azizan ni tak pernah langsung mendengar nasihat dari Phahrolrazi walaupun beliau ialah Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah 1. Segala isu berbangkit mengenai negeri Kedah,Ustaz Azizan hanya mempertimbangkan sendiri dan lebih mendengar pendapat orang luar dari pendapat beliau.

Keretakkan paling ketara ialah semasa isu KUIN, apabila Ustaz Azizan bersifat degil dan pentingkan diri sendiri dari parti. Kata beliau la, bukan Mc kata. Akibat pendedahan demi pendedahan, penyokong Phahrolrazi seakan-akan naik berang dengan Ustaz Azizan, dan bertekad untuk menjatuhkan Ustaz Azizan dari terus menjadi menteri besar Kedah. Malah ada yang menjerit akan mengorek kubur untuk Ustaz Azizan dan kerat-kerat sebelum PRU ke 13
berlangsung.

Melihat keadaan menjadi semakin tegang, Mc dan beberapa orang troopers lagi mengundurkan diri. Kami sempat mengambil gambar pada waktu tersebut dan gambar itu masih lagi di tangan Aktivis UMNO Pekan Naka, Insyallah Mc akan update gambar tersebut kemudian nanti.

Nampaknya cerita disebalik tabir lebih meletup berbanding sidang media yang beliau lakukan. Macam Mc kata tadi,orang Pas memang pandai menyembunyikan masalah dalaman mereka berbanding orang UMNO yang 'cempera' bila ada sesuatu yang berlaku.

Namun apa yang pasti, jentera Pas Kedah sudah berpecah jadi tiga, satu pada Ustaz Azizan, satu pada Phahrolrazi dan satu lagi yang setia pada geng Anwarinas. Tapi nampak gaya, dewan Ulamak Kedah, bagaikan bersama dengan Phahrolrazi, cuma wakil pemuda Pas tidak kelihatan mesra,mungkin masih lagi mencari tapak atau pemuda Pas Kedah menyokong Ustaz Azizan. Semua maklumat ini sebenarnya,hadiah besar kepada UMNO.

Belum pun berperang, jentera Pas sudah kalah apabila berperang sesama sendiri. Namun Mc harap UMNO jangan terlalu leka dengan perkembangan ini.

UMNO Kedah harus membina kekuatan sendiri dari mengharap kelemahan orang lain. Kalau kita kuat, kelemahan lawan merupakan satu bonus pada kita untuk memenangi PRU ke 13 nanti.

Masalah Pas Kedah masih lagi tidak selesai, walaupun depan mereka senyum, namun belakang masing-masing mengasah parang untuk berperang.Kita tengok apa pulak lakonan depa lepas ni..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Panas dan meletup...Pas Sedia terima bukan Islam menjadi pemimpin parti

Pas bersedia menerima seorang Timbalan Presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya iansatu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, dalam Islam, terdapat dua perkara iaitu perkara tetap dan perkara yang boleh berubah, contoh yang boleh berubah adalah perkara politik.

Menurutnya, Pas tidak terlalu taksub dengan berkeras mengatakan orang bukan Islam tidak boleh memegang jawatan tertinggi parti.

Namun jelas Ahli Parlimen Kuala Selangor ini, kata putus akhir hanya akan ditentukan oleh Majlis Syura dan Muktamar Pas. “Itu kelebihan Islam kerana mampu menangani perubahan-perubahan zaman sehingga hari kiamat,maknanya Islam memberi izin kepada kita (untuk menerima Timbalan Presiden) dari bukan Islam,”katanya pada Wacana Sinar Siri Ke-11 di sini, hari ini.

Pada pilihan raya umum Mesir baru-baru ini, Parti Kebebasan dan Keadilan yang ditubuhkan Ikhwanul Muslimin telah memenangi pilihan raya itu. Parti tersebut diterajui Dr Mohd Mursi yang juga Pimpinan Pusat Ikhwanul Muslimin.

Antara pimpinan tertinggi Parti Kebebasan dan Keadilan adalah seorang Kristian, Dr Rafiq al-Habib yang memegang jawatan Timbalan Presiden II.

Ditanya adakah perubahan itu bermula dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas,Dzulkefly berkata, ia adalah salah satu transformasi yang sentiasa dibawa Pas.“Dalam Islam, perkara urus tadbir amat terbuka, apapun kami bersedia menerima perubahan ini mengikut keperluan dan kepentingan,” katanya.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Panas!!! Blogger bogelkan pencacai anti LYNAS

Isu Tanah Jarang – Himpunan Hijau Gerakan Anti Ekonomi

Himpunan Hijau bukanlah satu kumpulan yang mahu mengharmonikan dan menyelamatkan Malaysia seperti yang mereka dakwa, sebaliknya ialah adalah sebuah agenda bersifat ‘anti-ekonomi’ oleh pihak-pihak tertentu yang bertujuan menakut-nakutkan pelabur asing dari terus melabur di Malaysia.

Para pelabur antarabangsa memerhati tindakan Kerajaan Malaysia menangani desakan puak pelampau yang berselindung diatas matlamat kononnya menyelamatkan alam sekitar. Apakah Kerajaan Malaysia cukup kuat untuk mempertahankan kemasukkan pelaburan asing atau akan menjadi longlai dan tunduk kepada tekanan puak pelampau ini.

Penentang pelaburan kilang pemerosesan kimia oleh Lynas Corporation adalah golongan pelampau yang didalangi oleh beberapa kerat ahli politik songsang.Kilang pemerosesan Nadir Bumi atau dalam bahasa hari-hari boleh disebut sebagai ‘tanah jarang’ ini adalah tidak lebih dari sebuah kilang kimia. Di negara asalnya, pengangkutan bahan tanah jarang ini boleh dilakukan seperti anda mengangkut anak dan isteri anda pulang ke rumah mertua, tiada spesifikasi khas apa lagi memerlukan label bahan radioaktif.

Pada sidang medianya di Shah Alam hari Jumaat lepas, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat , YB Che Rosli Che Mat, seorang pakar di dalam bidang nuklear sekali lagi menjelaskan kepada rakyat Malaysia bahawa, kilang kimia Lynas adalah selamat.

“Pendirian saya tetap sama seperti yang pernah saya
cakapkan sebelum ini, iaitu projek ini perlu diteruskan
dan saya akan tetap menyokongnya selagi Lynas
selamat dan dipantau sepenuhnya,”
ujar bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia itu.

Rosli yang merupakan lambang kecendikiawanan di dalam Parti Islam Malaysia (PAS) diatas ketinggian ilmu sainsnya merupakan kelulusan doktor falsafah di dalam bidang Sains Nuklear daripada University of Lancaster di United Kingdom.Rosli juga berkali-kali menjelaskan bahawa kilang Lynas di Gebeng bukanlah kilang nuklear atau loji nuklear maupun makmal penguraian dan mengayakan uranium. Kadar radiokatif yang bakal dikeluarkan oleh kilang Lynas di Gebeng secara teorinya tidak lebih daripada kadar radiasi yang dikeluarkan oleh kebanyakan kilang-kilang lain di sekitarnya.

Rosli berkali-kali menegaskan bahawa tanah jarang adalah bahan ‘tabii’ dan lombong tanah jarang di Mount Weld, Australia adalah jauh lebih rendah keluaran radiasinya daripada lombong bijih yang peninggalan legasinya menjadi taman tema dan kawasan perumahan di merata-rata tempat di Malaysia.

Baru-baru ini Kerajaan Malaysia secara adil telah meluluskan Lesen Operasi Sementara (TOL) kepada Lynas Corporation dengan syarat-syarat ketat. Tujuan pemberian lesen operasi sementara ini adalah bagi membenarkan Lynas memulakan operasinya dan pada waktu yang sama pihak-pihak terbabit di Malaysia dapat memantau operasi Lynas sama ada benar-benar selamat seperti yang tercatat di dalam semua laporan.

Tanpa membenarkan Lynas beroperasi, Kerajaan Malaysia dan pihak pemantau tidak dapat melihat kesahihan dakwaan Lynas mahupun dakwaan puak pelampau.

Pemberian lesen ini bukan berisiko tinggi kerana pada waktu ini berdasarkan segala laporan dan kajian yang telah dibuat oleh pelbagai agensi terbabit bersetuju bahawa operasi Lynas akan selamat dan mengikuti piawaan antarabangsa.

Namun tanpa membenarkan Lynas beroperasi, ia kekal sekadar di atas kertas.Walaupun lesen sementara itu telah diluluskan buat Lynas bagaimanapun Lynas hanya boleh menerima lesen itu setelah ia memastikan ia patuh kepada syarat-syarat khas pengeluaran lesen tersebut. Itulah yang dikatakan sebagai
risiko rendah.

Untuk Lynas beroperasi sementara, Lynas diwajibkan oleh Kerajaan Malaysia mengeluarkan satu surat akujanji bahawa segala lebihan dan sisa buangan dari kilang itu hendaklah di bawa keluar dari Negara Malaysia.

Lynas juga dikehendaki untuk menyerahkan satu pelan pembinaan dan pengurusan kemudahan pelupusan kekal (PDF) yang berlokasi di kawasan tidak berpopulasi.

Kerajaan Malaysia juga mengkehendaki Lynas memastikan segala sisa cecair dan gas hendaklah terlebih dahulu dirawat oleh Lynas bagi memastikan ia mencapai tahap piawaian keselamatan yang diterima pakai antarabangsa sebelum dibebaskan dari kilang tersebut.

Hanya setelah Lynas membuktikan bahawa operasinya adalah selamat seperti yang didakwa dan diperakui oleh semua pihak berwajib, barulah lesen sebenar akan dikeluarkan.

Ini merupakan sesuatu yang amat waras. Lebih waras lagi ialah nasib 420 anak tempatan yang hampir kesemuanya anak Melayu kini mencari makan dengan Lynas. Kos pengurusan yang melebihi RM400 juta setahun adalah sesuatu yang amat tinggi dan diperlukan di dalam menjana ekonomi hari ini. Oleh itu adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh kerajaan untuk mengabaikannya dengan mudah semata-mata ada penentangan yang tidak berasas.

Penentangan terhadap Lynas boleh menggugat kemasukan pelaburan asing.Para pelabur mahu kepastian bahawa pelaburan mereka selamat dan kerajaan hari adalah kerajaan yang mengotakan janjinya.Ketakutan pelabur adalah sesuatu agenda yang baik buat pembangkang.Kekurangan pelaburan adalah juga sesuatu yang boleh dimanipulasikan oleh pembangkang yang bijak.

Tetapi mengatakan Lynas adalah sebuah kilang yang menghasilkan radiokatif yang merbahaya adalah sesuatu yang bodoh bagi pembangkang.Saya masih rasa pembangkang di Malaysia tidaklah berdiri begitu rendah apalagi sesuai disebut sebagai bodoh.

Ustaz Hadi, Presiden PAS berkata dalam ucapannya pada 5 Jun 2011 di Terengganu yang antara lainnya menyeru perwakilan PAS bertindak secara bijaksana. Kata Ustaz Hadi,

“Saya hendak membangkitkan isu Lynas yang
dibangkitkan oleh perwakilan. Saya minta isu ini dirujuk
kepada pakar. Kita ada pakar nuklear, Dr. Rosli Che
Mat. Dia mempunyai PhD dalam bidang nuklear….”
Dan Dr. Rosli sudah memberikan penjelasannya kepada
kita. Dr. Rosli juga berkata bahawa dakwaan-dawaan
terhadap kilang Lynas hari ini adalah, “tidak saintifik dan
tidak akademik”.

Bagaimanapun ada diantara kita masih mahu mendengar dakwaan yang tidak saintifik dan tidak akademik itu.Ustaz Hadi turut membuat kesimpulan berikut,

“… nak tahu pasal kelapa sawit jangan tanya pakar
getah,”.

Fuziah Salleh orang paling kehadapan dengan pelbagai dakwaan tidak saintifik dan akademik merupakan Ahli Parlimen PKR dan bukan pakar getah, tetapi Fuziah juga bukan pakar nuklear. Mungkin Fuziah adalah mutasi hasil ujikaji berlebihan Anwar Ibrahim di dalam politik Malaysia.Langkah wajar boleh diambil oleh pengarah filem tersohorMalaysia, saudara Mamat Khalid untuk memasukkan watak Fuziah di dalam filem Zombie nya yang baru. Mungkin menerusi watak itu, Fuziah boleh menjadi ‘zomba terlampau’.

Sumber :-kickdefella.net/2012/02/26/isu-tanah-jarang-himpunan-hijau-gerakan-anti-ekonomi/

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, February 28, 2012

Panas!!! Kemelut dalaman PAS Kedah kini terdedah,wajib baca

Lapan orang Exco telah dilantik semula. Manakala dua orang lagi Exco yang sebelum ini telah memutuskan untuk tidak menyertai barisan Exco Kedah yang ‘diperbaharui’, tetap tidak bersama-nsama barisan Exco berkenaan.

Taulan Mat Rasul dan Hamdan Che Khalib yang sebelum ini turut bersama-sama dalam kumpulan Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh, rupa-rupanya kecut perut apabila diancam akan diambil tindakan disiplin oleh PAS Pusat.PAS akan mengeluarkan surat penolakan Exco oleh Phahrolrazi dalam Malaysiakini.

Tujuannya mudah,PAS mahu rakyat Kedah melihat dan menghilangkan persepsi bahawa PAS Kedah sedang bergolak dengan hebat. PAS Kedah hendak menimbulkan tanggapan bahawa penolakan jawatan Exco oleh Phahrolrazi adalah disebabkan faktor enggan disambung tugas dan tanggungjawab sahaja walaupun sebenarnya Phahrolrazi Zawawi tidak berpuas hati dengan Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak yang telah ‘merampas’ tugasnya sebelum ini.

Bagaimanapun, kumpulan yang diketuai oleh Phahrolrazi Zawawi boleh menarik nafas lega apabila ‘orang dalam’ pucuk pimpinan utama PAS mengesahkan bahawa Azizan Abdul Razak akan ditolak keluar daripada saf kepimpinan utama selepas Pilihanraya Umum nanti. Dengan kata lain, PAS Kedah tidak bersendirian membenci Azizan Abdul Razak, tetapi yang lebih buruk lagi ialah, kebencian keterlaluan barisan kepimpinan PAS Pusat terhadap Menteri Besar Kedah itu.

Kemelut yang melanda kepimpinan PAS Kedah menyaksikan campurtangan Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS. PAS Pusat akhirnya masuk campur setelah mendapati kemelut ini tidak akan berakhir walaupun majlis angkat sumpah Exco berjalan dengan lancar dan baik.

Kehadiran barisan Exco PAS pada majlis angkat sumpah hari ini adalah di atas permintaan PAS Pusat,bukan di atas kerelaan Exco-Exco tersebut. Kerana itulah,tukang-tukang propaganda PAS dikerahkan membuat propaganda kononnya,tidak ada kemelut yang berlaku di Kedah, sebaliknya ia hanyalah pukul canang UMNO dan Barisan Nasional. Walau bagaimanapun, tukang-tukang propaganda
tersebut tidak pula dapat menerangkan siapa sebenarnya yang memulakan kemelut tersebut kalau bukan Phahrolrazi Zawawi dan Hamdan Che Khalib serta Taulan Rasul dan Dr. Ismail Salleh.

Seperkara yang sangat jelas ialah, Dewan Ulama PAS Kedah (DUPK) dan kumpulan Adnan Saad masih tetap dengan pendirian mereka walaupun telah dinasihati oleh Salehuddin Ayob agar tidak memberikan imej negatif kepada PAS Kedah. Kumpulan Adnan Saad masih lagi berpendirian, selagi Azizan Abdul Razak masih menjadi Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS Kedah, mereka tidak akan memberikan kerjasama walaupun pada PRU akan datang.

Salehuddin Ayob yang merupakan sebahagian daripada anggota kumpulan Anwarinas telah ‘diberikan tugas’ untuk memujuk Azizan Abdul Razak agar bercuti buat sementara waktu dan tugas Menteri Besar dipangku oleh Taulan Rasul. Phahrolrazi pula sedia untuk bercuti bagi semua tugas kecuali sebagai Timbalan Pengarah JPP.

Dalam pada tukang-tukang propaganda PAS begitu sibuk memukul canang kononnya majlis angkat sumpah Exco Kedah tidak disabotaj oleh pemimpin mereka sendiri, sesuatu yang amat jelas dan tidak boleh dinafikan ialah ketiadaan EMPAT ORANG ADUN iaitu Phahrolrazi Zawawi – ADUN Pengkalan Kundur, Dr. Ismail Salleh – ADUN Alor Mengkudu, Lee Guan Aik– ADUN Kota Darulaman dan Mohd Nasir Mustafa – ADUN Kubang Rotan.

Ketidakhadiran keempat-empat ADUN tersebut merupakan satu petanda, PAS Kedah sebenarnya tidak mampu menutup kemelut yang sedang melanda dan sedia memecahkan kesatuan Pakatan di Kedah. Tukang propaganda PAS boleh sahaja memberikan pelbagai cerita-cerita menarik untuk menutup masalah yang melanda, tetapi mata yang memerhati dapat menilai bahawa kemelut itu
tidak selesai, sebaliknya baru sahaja bermula.

Gerakan untuk menggulingkan Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar Kedah sudah masuk ke fasa kedua dengan tukang propaganda PAS semakin giat berusaha untuk melindungi perkara sebenar kerana bimbang gerak kerja Anwarinas akan dapat dicium serta dipatahkan!

Sumber :- kedahan69ers.com/?p=269#more-269

Published with Blogger-droid v2.0.4

Ostaz Khalwat terkantoi lagi...

Kenyataan Badrolamin yang berbunyi;

Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka . Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Pisau Kedah :-

Nak tanya sat Ostaz Khalwat tentang kenyataannya berbunyi "suaminya membawa isterinya dan anaknya pergi secara paksa"..Salah ka suami wanita terbabit memaksa wanita terbabit yang masih sah isterinya keluar dari bilik berkenaan??..berdosa tak dari segi agama islam berdua-duaan dengan muhrim dalam bilik. tambahan bini orang pulak tu??..Kenapa di tangkap dalam keadaan Tuala Lembab,??secara logiknya tak rasa malu kah Ostaz Khalwat sekiranya dia tahu di dalam biliknya ada wanita yang bukan muhrim berkurung pulak tu...dari segi islam memang dah sah haram..tak kan seorang yang bergelar Ostaz tak tahu hukum hakam,,batas,batas yang harus di jaga.

Adakah ini konspirasi apabila Watiwani membuat perjalanan yang agak panjang dari Rompin yang sejauh 150km semata-mata untuk bertemu dengan Badroamin, Adakah ini konspirasi suami Watiwani dan juga UMNO?

Perkara pokoknya sekarang adalah khalwat samada perangkap, konspirasi atau
sengaja nak buat semua tidak timbul, yang penting sekarang jika ada bukti Badrolamin berkhalwat, dia perlu didakwa.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Panas!!! Lagi Bukti Ostaz Khalwat kaki balun bini

Tamatlah riwayat politik Ostaz Khalawat,,dah terkantoi.

Orang yang bagi kaunseling pun kaki balun bini,,ada hati nak kaunseling bini orang..kauseling apa kejadahnya 3 hari,,siap bertuala lembab pulak tu.....

Published with Blogger-droid v2.0.4

Maklumat Terbaru...Azizan, 8 EXCO Angkat Sumpah Pelantikan Semula.2 Parasit Anwarinas masih berdegil

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dan lapan anggota EXCO kerajaan negeri hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini.

Lapan EXCO itu ialah Datuk Amiruddin Hamzah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib, Lim Soo Nee, Abd Ghani Ahmad, Tan Joon Long @ Tan Chow Kang, Datuk Siti Ashah Ghazali dan S Manikumar, yang masing-masing menerima tawaran pelantikan semula.

Azizan sebelum ini mengumumkan hanya lapan EXCO akan mengangkat sumpah jawatan bagi sesi 2012 walaupun lazimnya EXCO kerajaan negeri dibarisi 10 anggota.

Dua EXCO sedia ada yang tidak termasuk dalam senarai mengangkat sumpah sumpah hari ini ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh.
Turut hadir pada majlis hari ini ialah tiga lagi anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah iaitu Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim. Kedah adalah satu-satunya negeri dengan jawatan pengerusi jawatankuasa peringkat negeri (EXCO) perlu diperbaharui setiap tahun.
Sebelum ini, Phahrolrazi dan Dr Ismail sudah menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan mereka dilantik semula ke jawatan itu.
- BERNAMA

Ternyata Selepas ini Azizan akan berhadapan dengan cabaran yang teruk lagi yang akan di lakukan Parasit Anwarinas..yang pastinya Parasit Anwarinas tak akan berhenti serang Azizan selagi Azizan bergelar Menteri Besar.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Gempar gila!!!,,Sah Ostaz Khalwat kaki balun bini sendiri..

Wow.!!! Ostaz Khalwat pakar kaunseling permasalahan rumah tangga orang lain rupanya kaki balun bini juga,terkantoi sudah Ostaz Khalwat,,rupanya dapat tauliah kaunseling bini orang dengan balun bini sendiri,memang hebat gila Ostaz Khalwat.

Bini sendiri di balun,,bini orang di beri kaunseling selama 3 hari,,yang peliknya kaunseling di beri dalam keadaan memakai tuala lembab..lepas tu salahkan si Suami mangsa kaunseling ,,yang tak tahan,,UMNO pulak di salahkan di sebalik kesalahannya berdua-duaan dengan bini orang..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Ostaz khalwat buat kenyataan yang paling bodoh untuk kantoikan diri

PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrulamin Bahron mendakwa Umno merupakan dalang yang merancang insiden kes tangkap khalwat yang mengaitkan dirinya bersama isteri orang di Hotel Swiss Garden, Kuantan awal pagi semalam.

Selain Umno, bekas pensyarah kuliyyah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu mendakwa suami wanita berkenaan turut terlibat dalam perancangan untuk menganiaya diri dan karier politik beliau.“Peristiwa yang berlaku mungkin dirancang oleh suami wanita tersebut dan Umno membuat persiapan yang cukup lengkap membabitkan (samseng, polis dan pejabat agama).

Perkara ini kemudiannya dimainkan secara sensasi oleh blogger-blogger Umno.“Laporan akhbar turut berniat jahat dan wujud unsur penganiayaan ke atas saya oleh suami wanita berkenaan.

“Saya tidak fikir kawan-kawan di dalam PKR terlibat.Mereka adalah sahabat seperjuangan saya. Saya akan jawab selanjutnya berhubung hal ini selepas bertemu dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada petang ini,” katanya kepada FMT.

Pisau Kedah :-

Best gila la cara ostaz maksiat spin,,kaunseling bini orang selama 3 hari,lepas tu salahkan si suami dan UMNO..logik gila si suami sanggup biarkan si bininya berdua-duaan kaunseling dalam keadaan si pemberi kaunseling dalam keadaan tuala lembab..

Lepas ni boleh la puak pencacai buat maksiat lepas tu boleh pasang niat dalam hati "UMNO yang suruh aku buat maksiat",dan dosa maksiat boleh di pindah pada UMNO.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Nik Aziz mula gusar dengan tindakan Phahrolrazi dan rakan-rakan mengulingkan Azizan

MB
Satu pertemuan tertutup telah diadakan antara Exco Kedah dengan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 24 Februari 2012 di Seri Mentalon, Alor Star. Antara Exco yang hadir dalam pertemuan tersebut adalah Phahrolrazi Zawawi, Dr. Ismail Salleh, Dr. Hamdan Che Khalib, Taulan Mat Rasul, Abdul Ghani Ahmad dan Amiruddin Hamzah.
Dalam pertemuan tersebut, Nik Aziz telah diminta pendapatnya berhubung keengganan Exco-Exco tersebut untuk terus berkhidmat di bawah Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak.
Nik Aziz diharapkan mampu memberikan penyelesaian kepada kemelut yang sedang melanda kepimpinan Kedah. Bagaimanapun, berdasarkan perbincangan yang dibuat dengan Mursyidul Am PAS itu, Phahrolrazi dan tiga orang kawannya yang cuba menggulingkan Azizan Abdul Razak, tidak berjaya memperolehi apa yang mereka inginkan.
Dalam pertemuan berkenaan, Phahrolrazi, Dr. Ismail Salleh dan Taulan Mat Rasul melahirkan rasa tawar hati untuk terus memegang jawatan Exco. Jika dikehendaki, mereka ingin terus memegang jawatan dalam parti, tawaran untuk jawatan Exco, mereka akan tolak dan begitulah sebaliknya.
Suara hati ketiga-tiganya itu amat mudah difahami. Ketiga-tiganya telah tidak dapat menjalankan tanggungjawab mereka selaku Exco dengan berkesan. Sebaliknya, ketiga-tiga Exco ini kerapkali menimbulkan masalah kerana kekerapan mereka melancong ke luar negara dengan menggunakan wang negeri. Pada masa yang sama, banyak kerja-kerja negeri yang tidak dapat diselesaikan oleh Exco-Exco berkenaan, sebaliknya taraf hidup mereka pula yang kelihatan berubah secara drastik.
Usaha Azizan Abdul Razak mengambilalih sendiri tugas-tugas mereka, termasuklah memberikan kontrak kepada kontraktor yang menyelenggara jalanraya di seluruh Kedah, menyebabkan Phahrolrazi yang berkira-kira dengan keuntungan besar, mengamuk sakan. Itu yang menjadi pemula kepada krisis kepimpinan PAS Kedah. Dan Phahrolrazi tidak berselindung menyatakan kekecewaannya berhubung kontrak penyelenggaraan jalanraya yang diserahkan kepada sebuah syarikat yang menurutnya adalah kroni UMNO walaupun selama tiga tahun, peluang menyelenggara dan membaiki jalanraya langsung tidak digunakan sebaik-baiknya oleh Phahrolrazi Zawawi.
Satu perkara yang amat sukar untuk diterima oleh Exco-Exco berkenaan adalah tentang bidang kuasa Menteri Besar Kedah. Mereka tidak berpuas hati dan berasa pelik kerana Menteri Besar Kedah yang enggan berterus-terang tentang perlantikan semula Exco. Azizan Abdul Razak sebelum ini menyatakan, hak melantik barisan Exco adalah hak Menteri Besar. Terpulang kepada dirinya sendiri untuk melantik semula Exco yang telah dilantik sebelum ini atau sebaliknya.
Kenyataan Azizan Abdul Razak itu tidak disenangi oleh Phahrolrazi yang merupakan salah seorang daripada anggota Anwarinas atau penyembah Anwar Ibrahim si Israel. Beranggapan Azizan Abdul Razak perlu sentiasa tunduk dan patuh kepada kehendak Majlis Syura atau paling tidak pun Presiden serta Mursyidul Am, Phahrolrazi cuba mengundang campurtangan kedua-duanya.
Ternyata Azizan Abdul Razak lebih faham struktur kuasa dalam PAS berbanding Phahrolrazi Zawawi mahupun Taulan Mat Rasul yang sedang berkira-kira hendak menjadi Menteri Besar Kedah.
Dalam pertemuan tersebut, kenyataan Nik Abdul Aziz nyata tidak menyenangkan Phahrolrazi dan kawan-kawannya. Nik Aziz mengingatkan mereka tentang kerugian besar yang akan dihadapi oleh PAS Kedah ekoran tindakan mereka itu. Ditambah pula dengan tempoh pentadbiran PAS Kedah yang sudah hampir mencapai penghujung penggal, tindakan Exco-Exco berkenaan akan merugikan PAS secara keseluruhannya.
Walaupun dinasihati oleh Nik Aziz agar Exco-Exco tersebut memikirkan semula tindakan mereka, Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh menyatakan yang mereka tidak akan bertanjak daripada keputusan untuk tidak menerima jawatan Exco selagi Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak kekal dengan jawatan yang disandangnya.
Nik Aziz yang sedar, tindakan Phahrolrazi dan kawan-kawannya akan mengundang masalah yang lebih besar, memberi nasihat kepada Phahrolrazi agar memikirkan tindakannya semasak-masaknya memandangkan tindakan sebegitu tidak memberikan keuntungan kepada jemaah PAS. Lebih pedih lagi ialah apabila Nik Aziz memberi amaran yang cukup keras kepada Phahrolrazi dan kawan-kawannya.
Bersedia berhadapan dengan tindakan undang-undang dari parti sekiranya, tindakan Phahrolrazi dan kawan-kawannya menyebabkan PAS rugi besar!

Panas !!! Tok Guru Pondok kritik PAS..



nama Abdullah Sa‘amah akhir-akhir ini menjadi tumpuan gara-gara keberanian beliau menegur kepimpinan Pas termasuk Mursyidul Am,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang acapkali mengeluarkan kenyataan mengelirukan umat Islam.Pengasas Pondok Geting,Tumpat, yang menjadi lokasi pengajian ilmu agama dalam kalangan anak muda ini,tidak takut berhadapan kecaman asalkan beliau menyuarakan pandangan bagi memperbetulkan hala tuju Pas yang dilihatnya semakin tersasar daripada landasan asal perjuangannya untuk menegakkan negara Islam.Baru-baru ini, Abdullah dengan lantang menyatakan berdosa memberikan sokongan kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ini kerana,beliau melihat kecelaruan Pas semakin ketara sejak membentuk pakatan bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sokongan Pas terhadap Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat beliau dan terbaru, kenyataan menyokong usaha menjamin keselamatan negara haram Israel, tidak boleh diterima sama sekali oleh Abdullah.Dalam pertemuan singkat di pondok beliau baru-baru ini, Abdullah berkongsi pandangannya dalam beberapa isu mengenai Pas dengan Mingguan.wartawan YULPISMAN ASLI dan MOHD. ZUHARMAN MOHD. NOOR bersama-sama jurugambar, AIZZUL ABDUL MAJID.
http://utusanonline.com.my/pix/2012/0226/Utusan_Malaysia/Rencana/re_03.1.jpg


“Pas ini adalah sebuah parti politik yang mengaku parti Islam tetapi menjadi jaguh pemecah belah orang Islam dan Islam,” kata Abdullah.
MINGGUAN : Bagaimana ustaz melihat Pas sekarang?

ABDULLAH : Saya melihat Pas akhir-akhir ini bertambah menyeleweng daripada ajaran Ahli Sunnah Waljamaah. Sedangkan dari awal lagi agama Islam mesti dikemudi oleh Ahli Sunnah Waljamaah.

Terlalu banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Pas antaranya menuduh Tuhan samseng, Tuhan mencarut dan sebagainya. Paling teruk, Pas yang dulu kata pakat dengan orang kafir, jadi kafir, kini menjadi jaguh, mewajibkan orang Islam pakat dengan orang kafir. Pas tolong DAP duduk di depan (sampai sumbangan dalam masjid). Dengan pertolongan Pas, kalau DAP dapat majoriti, kita tahu belaka (apa akan jadi kepada orang Islam dan Melayu). Maknanya, Pas terima dan reda DAP jadi Perdana Menteri. Semua ini menyalahi al-Quran dan hadis.Ada ahli Pas yang sembahyang hajat minta pecah perut Perdana Menteri. Memang Pas sudah rosak.

Pas juga jaguh pecah-belah. Ia sebuah parti politik yang mengaku parti Islam tetapi menjadi jaguh pemecah-belah orang Islam dan Islam. Ini sangat bahaya khususnya dalam keadaan orang Islam terumbang-ambing manakala orang lain bertambah-tambah kuat.Sekarang ini Pas sokong orang yang hendak membela Israel. Allahu Akhbar! Sebab itulah saya cakap berdosa kita sokong Pas hari ini.

Berdosa kerana pertama, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menguasai Pas sebagai Mursyidul Am, mengajar orang akidah samseng, maka ini haram. Pas sekarang ini jaguh ‘akidah taksim’, ‘akidah tasbih’ dan syariat ‘alla mazhab’, ‘alla kitab’, ‘alla ulama’ dan ini adalah sesat.Pas juga menyokong orang yang berfahaman pluralisme. Sedangkan tidak ada kelebihan Islam dan orang Islam dalam pluralisme dan liberalisme. Tidak ada dah negara Islam.Jadi wajib kita menolak puak-puak tali barut DAP (yang menentang Islam ini) supaya orang Islam terus kuat.


Bagaimana Ustaz melihat alasan Pas bekerjasama dengan DAP semata-mata untuk menang PRU13?
ABDULLAH : Kalau kerjasama Pas dengan DAP dan PKR, menolong Pas duduk depan seperti UMNO, saya boleh terima.Kalau Pas duduk depan maknanya majoriti kerusi Parlimen dalam tangan Pas dan Pas yang memegang jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri seperti UMNO. Tetapi, kita tengok selepas pilihan raya umum lalu, nampaknya wakil rakyat DAP bertambah-tambah sedangkan wakil rakyat Pas semakin berkurang.
Maksud ustaz kerjasama Pas dengan DAP dan PKR ini lebih menguntungkan orang bukan Islam?
ABDULLAH : Ya, lebih menguntungkan orang bukan Islam dan menghancurkan orang Islam, bukan setakat tak untung, hancur, hancur lebur kita.
Nik Aziz pernah kata sedia menerima Perdana Menteri dalam kalangan bukan Melayu asalkan Islam?

ABDULLAH : Kalau Islam walaupun bukan Melayu saya pun terima. Tetapi, adakah DAP Islam? Anwar Ibrahim pula Islam apa? Dengan perangai dia, masalah undang-undang dan isu Israel? Bagi saya, Anwar sudah rosak Islam. Dari segi Islam, tak layak jadi pemimpin. Fahaman pluralisme yang disokongnya juga akan menghancurkan Islam.

Kenapa agaknya pemimpin Pas terus memberi sokongan kepada Anwar?
ABDULLAH : Inilah masalah Pas. Mengikut hukum syariat wajib Pas keluar daripada pakatan. Tetapi Nik Aziz pandai kacau, loyar buruk, dia ratib konon UMNO perjuangkan kebangsaan, UMNO tolak Islam.Kalau Pas tak bersatu dengan UMNO pun, Pas kena undur daripada pakatan. Wajib dari segi agama, ketua parti Pas ini bawa Pas keluar daripada pakatan.
Memandangkan Pas menuduh UMNO memperjuangkan nasionalisme dan bukan Islam,adakah kemungkinan Pas bersatu dengan UMNO?
ABDULLAH : Itu adalah penipuan kepada orang jahil, perjuangan nasionalis ini terbahagi kepada dua. Kalau hanya tertumpu semata-mata semangat nasionalis tak terdidik kepada Islam dan hak orang Islam, itu memang tak boleh sungguh. Nasionalis yang begitu tak boleh, sedangkan UMNO bukan macam itu. Kita dengan Cina, kita 80 (peratus) dia 20 (peratus), hak kita 80 pun kita kikis bagi dia banyak. Lagi pun UMNO memajukan seluruh rakyat memberi hak kepada seluruh rakyat dan UMNO menjaga Islam, bukan menjaga kezaliman. Jadi nasionalis seperti itu Nabi pun suruh, ‘bermula dengan ketua negara Islam itu mesti berbangsa Quraisy.’ Kalau bangsa Quraisy ini dia jaga Islam, kepentingan orang Islam. Ijmak ulama mesti lantik ketua negara Islam ini dari kalangan orang Islam untuk jaga Islam dan orang Islam. Ini bukan soal nasionalisme yang tidak dibolehkan. Ini nasionalis yang terpuji. Maka UMNO melakukan sifat kebangsaan yang terpuji, cuma penipuan Nik Aziz dan orang Pas sahaja salah. Yang sebenarnya dia itu yang berdosa, dia tolong kaum dia walau pun zalim, PR (Pakatan rakyat) dia tolong walaupun hancurkan orang Islam.
Bagaimana pula dengan perubahan dasar Pas daripada Membangun Bersama Islam, Kepimpinan Ulama dan sekarang negara berkebajikan?

ABDULLAH : Pada pandangan saya perubahan itu berlaku kerana tamak dan haloba, semata-mata nak ke Putrajaya. Pas seolah-olah tak sedarkan diri, lupa agama, bangsa, al-Quran dan hadis.

Ramai ahli Pas masih berpegang kepada Amanat Haji Hadi yang menyatakan menentang UMNO bukan kerana ia UMNO tetapi kerana UMNO mengekalkan perlembagaan penjajah, peraturan kafir dan jahiliah?

ABDULLAH : Dasar UMNO bulat, mempertahankan Islam, jaga orang Islam, kebaikan semua rakyat, bukan untuk orang Melayu sahaja. UMNO adalah perjuangan Islam, cuma tak disebut al-Quran dan hadis sahaja.Dasar Persekutuan itu dasar antara kaum. Kalau UMNO tak memerintah dengan dasar ini, adakah orang Cina boleh bangkit? Orang India boleh bangkit? Atau orang putih (Inggeris) sanggup tolong?

Berbanding UMNO, Pas meletakkan ciri-ciri Islam dalam perkataan. Selain nama parti itu, konsep Pas iaitu Bertani Satu Ibadat nampak dekat dengan agama berbanding konsep kerajaan, Bertani Satu Perniagaan?

ABDULLAH : Nama parti Islam,tak jadi soal.Lagipun, nama UMNO dibawa kepada orang Inggeris, ketika hendak membincangkan kemerdekaan negara. Kalau orang Inggeris dengar nama parti Islam, tentu awal-awal lagi kata tak boleh. Saya lihat ini adalah helah politik darurat. Pengisian UMNO adalah lebih baik daripada Pas kerana ia mengikut ajaran Ahli Sunah Waljamaah.

Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini mahu wakil rakyat parti itu berbaiah.Apa komen ustaz?
ABDULLAH : Baiah ini dia tiru Rasulullah yang menyatukan antara orang Ansar dan Khazrij yang menyata setia dan sokong Nabi kerana Allah. Allah sebut dalam al-Quran, “Kalau kamu taat kepada Rasul, seolah-olah kamu taat kepada Allah.” Menunjukkan betulnya hubungan Rasul itu dengan Tuhan.Adapun kita taat kepada Nik Aziz dan Abdul Hadi, maknanya taat kepada Guan Eng. Demo (mereka) kata Guan Eng, Umar Abdul Aziz, itu adalah satu penipuan politik kotor.Jadi, baiah Pas ini sebenarnya mengikut pendapat dan pengajian saya, haram kerana nak tipu rakyat.

Macam di Kedah, kerajaan negeri nak roboh madrasah sedangkan kuil, gereja baru dibenarkan naik belana-lana. Kenapa madrasah yang berusia beratus tahun hendak diruntuhkan, dibuat gedung perniagaan Cina? Maknanya nak tolong Cina, nak tolong DAP kerana sakit hati pada UMNO. Ini orang panggil bodohlah, sakit hati yang merugikan Islam, merugikan orang Islam.

Sejak dulu,Pas membenarkan ahli dan penyokongnya menerima apa sahaja bantuan UMNO tetapi apabila mengundi, pangkah Pas,apa pandangan ustaz?
ABDULLAH : Nampak sangat Pas ini parti ajaran sesat.UMNO tolong kita, pondok dia tolong, sekolah dia tolong, budak sekolah dia tolong, ibu bapa pelajar dia tolong. Jadi, bagaimana orang yang baik ini, kita nak ambil pertolongan dia tetapi tak sokong dia? Ini tak logik, ini betul-betul sifir Israel.
Macam mana perjalanan politik Islam yang sepatutnya?

ABDULLAH : Politik Islam ada dua. Secara ringkas, satu politik Islam yang dalam keadaan tidak ada darurat macam Rasulullah suruh dapat kemenangan; kedua, politik Islam dalam keadaan darurat serupa kita hari ini, begitu juga waktu Nabi di Mekah, itu dalam keadaan lemah dan darurat sehingga sahabat Nabi ada yang dibakar. Ada sahabat yang bertanya macam mana dan Rasulullah bertanya, adakah mereka reda dan mereka jawab tidak, tapi tak tahan dengan seksaan dan sebagainya.Keadaan kita umat Islam sekarang macam itulah, dalam keadaan lemah.Ada antara politik Islam hari ini, Islam juga tapi kita ambil yang secara darurat, ini terpaksa.

Kita kena faham politik darurat. Serupa kita sembahyang, bila kita solat fardu wajib berdiri selagi kita sihat, tapi bila kita sakit dibolehkan tidur (baring), tidur itu adalah kelakuan darurat kerana sakit, bukan asal suruh sembahyang dengan tidur. Serupa kita solat atas perahu, perahu bergerak kalau kita solat berdiri kita boleh jatuh dan mati maka kita boleh duduk. Begitu juga dengan politik, kita kena laksana hukum hudud tetapi bila dalam keadaan darurat banyak yang perlu diambil kira.

Apa nasihat ustaz kepada rakyat Malaysia menjelang PRU13 ini?
ABDULLAH : Saya menasihatkan rakyat Malaysia khususnya orang Islam Melayu supaya sedar. Marilah bersatu dengan memberi sokongan kepada UMNO dan BN kerana Cina dia duduk belakang, dia tidak duduk depan, dia tolong kita, lebih 54 sudah kita duduk depan.

Ringkasnya ini termasuk dalam pakatan darurat terpaksa kerana nak mengaman dan menstabilkan politik, kerana tak nak orang Islam dan orang Melayu hancur, dan hak-hak orang Islam terjamin molek dan orang bukan Islam juga boleh duduk dengan aman sentosa.Jadi, marilah semua rakyat Malaysia khususnya orang Islam dan Melayu buang pakatan,buanglah Nik Aziz,buanglah Pas.


Ustaz bersedia menerima kritikan dan hentaman daripada Pas berikutan pendirian Ustaz ini?

ABDULLAH : Saya sedia menerima 24 jam,kalau nak kritik pun tak apa,kalau main macam ini kena bersikap lelaki, rijal. Tetapi, Pas juga kenalah terima kritikan saya, termasuk yang pedas-pedas. Kita kena tolong agama dan negara kita

Video Tok Guru Abdullah Sa'amah mengatakan
haram memberi undi kepada orang yang mahu
merobohkan Madrasah Salihiah


Panas!!! 5 parasit anwaranis Kedah boikot mensyuarat khas tertutup Parti Adat dan Sukan di pengerusikan Azizan

Kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam kerajaan negeri Kedah terus tercabar apabila lima ahli EXCO PAS Kedah bertindak memulau mesyuarat khas tertutup parti itu yang dipengerusikannya.

Mesyuarat, yang diadakan kira-kira jam 4 petang semalam, di Ibu Pejabat PAS Kedah, di Kota Sarang Semut, di sini menyaksikan ketidakhadiran Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Phahrolrazi Zawawi;Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Badan Bukan Kerajaan, Datuk Dr Ismail Salleh; Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Industri, Datuk Amirruddin Hamzah; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Abdul Ghani Ahmad.

Kerajaan Pas Kedah mempunyai 10 EXCO dengan tujuh PAS dan tiga Parti Keadilan Rakyat(PKR).Dua EXCO yang hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pelajaran, Datuk Mohamed Taulan Rasul dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Datuk Siti Aishah Ghazali. Turut hadir pada mesyuarat itu termasuk, Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail;Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar; Setiausaha Politik Menteri Besar, Mohamad Sanusi Md Nor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Datuk Yahya Abdullah.

Bagaimanapun kehadiran Mohamed Taulan ke mesyuarat yang berlangsung kira-kira dua jam itu, menimbulkan tanda tanya berikutan namanya antara yang disebut bersekongkol dengan tiga EXCO Kedah untuk menjatuhkan Azizan.Azizan yang meninggalkan dewan jam 6.30 petang, bagaimanapun enggan menemui pemberita.

Media, semalam melaporkan cubaan menyingkirkan Azizan dikatakan didalangi kumpulan Erdogan dalam parti itu yang berusaha menyekat pengaruh golongan ulama.Sebelum itu, Menteri Besar yang ditanya mengenai konspirasi untuk menjatuhkannya,berkata rancangan itu tidak akan menjejaskan kredibiliti dan kedudukan beliau sebagai pemimpin nombor satu negeri ini.

“Saya masih Menteri Besar dan saya akan bekerja seperti biasa. Macam-macam cerita keluar sejak dari hari pertama saya menjadi Menteri Besar sampai la (sekarang).“Selepas empat tahun, saya masih bertahan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Persatuan Alumni Maktab Mahmud Kedah Kali Ke-2 di sini, semalam.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Panas!! Video Tun Mahathir Dedahkan Hubungan Malaysia dengan Israel

Di bawah adalah kenyataan Tun M mengenai usaha pembangkang yang cuba mengaitkan negara in dengan Israel. Seperti yang diketahui, parti pembangkang cuba mengalihkan kemarahan rakyat Malaysia terhadap kenyataan Anwar Ibrahim yang menyokong keselamatan negara Israel.

Tetapi mereka gagal dan rakyat tidak akan lupa!

Di antara kenyataan Tun Dr Mahathir :

Mengulas mengenai dakwaan Malaysia mempunyai dagangan dengan Israel, beliau menegaskan negara tidak pernah membeli dan menjual barang kepada negara Yahudi itu.

"Kononnya ada minyak kelapa sawit dihantar ke Israel, kita tidak boleh tentukan. Di zaman dulu pun, kita tidak ada hubungan dengan Afrika Selatan tetapi orang lain beli getah daripada kita dan jual kepada Afrika Selatan.

"Kemungkinan minyak kelapa sawit kita dibeli oleh pihak ketiga dan mereka menjualnya kepada Israel. Yang saya tahu, buah pisang kaki masuk di sini tidak tulis ia dari Israel tetapi masuk Singapura dan orang Singapura jual kepada kita," ujarnya.

Ditanya mengenai kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong segala usaha memastikan keselamatan Israel, Mahathir berkata, tiada sebab untuk negara menyokong Israel.

Katanya, Israel mempunyai pendekatan yang amat ganas iaitu lebih ganas daripada pengganas dalam tindakan untuk mempertahankan keselamatan negara tersebut.

Tambah beliau, Israel juga tidak mempedulikan segala undang-undang antarabangsa dan ia dapat dilihat daripada tindakan rejim Zionis itu mengebom Iraq dan Mesir sebelum peperangan dan pembunuhan sembilan aktivis Turki di atas kapal 'The Spirit of Rachel Corrie' di perairan antarabangsa.

Dalam isu berkaitan, Dr. Mahathir berkata, walaupun Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti tidak bersetuju dengan kenyataan Anwar dalam isu Israel, Mursyidul Am Pas itu tetap menyokong Ketua Pembangkang itu.

"Jadi, kalau kita sokong seseorang dengan pendapat tertentu, jadi kita sokong pendapat itu juga," katanya.







Panas!!! Pengakuan dari saksi yang melihat Ostaz Khalwat di tangkap basah

Sumber saksi

"" Saya pekerja hotel tersebut malah saya tahu cerita tersebut dari hari pertama sehingga hari ketiga (hari penangkapan tu)...tapi saya xnak bising2 kat sini...sehingga jika ada yang cuba memfitnah orang lain dengan mengatakan ini konspirasi...

kami tahu juga dan lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana hari ke dua suami wanita tersebut merayu isterinya supaya pulang ke rumah...apa2 pun kita tunggu lah...yang pasti 20 orang yg di dakwa tu TIADA..yang ada hanya suami isteri tersebut..dan saya nampak dengan mata kepala saya sendiri Badrul Amin di tampar oleh suami perempuan itu...20 orang yg di dakwa adalah fitnah Badrul Amin""

Petikan daripada kenyataan Jabatan Agama Pahang.

Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz berkata, tangkapan berkenaan dibuat berdasarkan aduan orang ramai. “Jaip mengikut prosedur yang ditetapkan dan tidak pernah berlaku perkara yang dirancang atau atau berkomplot,” katanya.

Menurutnya, tindakan itu dibuat atas aduan daripada suami wanita terbabit yang menghubungi penguatkuasa Jaip supaya datang ke hotel itu kerana didapati isterinya bersama lelaki lain.

Ekoran penangkapan itu, Badrolamin dipanggil memberikan keterangan hari ini bersama wanita berkenaan bagi melengkapkan siasatan.

Mohd Ghazali berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Menurutnya, selepas siasatan selesai, kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut."Ia merupakan satu prosedur biasa dalam kes seperti itu," katanya.

Pisau Kedah :-

Hebat Ostaz khalwat bagi kaunseling kepada isteri orang dalam bilik hotel selama 3 hari,,di tangkap basah sedang pakai kain tuala lebab pulak tu...apa yang dia buat kat bini orang masa kaunseling berdua-dua dalam bilik hotel selama 3 hari tu tak tau la kaunseling macam mana.tapi nasib baik suami perempuan berkenaan hanya penampaq Ostaz Khalwat kalau Pisau Kedah jadi suami kepada perempuan yang di tangkap basah bersama Ostaz Khalwat berkenaan mesti Pisau Kedah belasah dulu Ostaz Khalwat tu tiga suku nyawa..

Tapi apa pun Ostaz khalwat akan dapat pengampunan dari Imam Mahadi PKR,kerana Ostaz Khalwat pandai bodek dengan memberi jawatan Imam Mahadi  kepada bosnya sebelum ini.Tak kan Imam Mahadi PKR nak marahkan orang yang memberinya jawatan kepadanya pulak,lagi pun kalau Imam Mahadi PKR persoalkan Ostaz Khalwat di tangkap basah,Ostaz Khalwat boleh persoal balik Imam Mahadi PKR kaki china doll,,cuma yang bezanya,Imam Mahadi di tangkap dengan "video" bersama china doll,,Ostaz Khalwat di tangkap "JAIP" dalam keadaan tuala basah semasa memberi kaunseling pada bini orang dalam keadaan berdua-duaan selama tiga hari

Pasti sekarang ini pencacai Imam Mahadi tengah memerah otak mereka nak spin cerita ostaz khalwat,,,kesian puak pencacai Imam Mahadi PKR ye..Ostaz Khalwat sedap dok kaunseling bini orang selama 3 hari,puak pencaci PKR pulak yang nak kena spin.Puak pencacai PKR nak harapkan Ostaz Khalwat Spin sendiri sampaikan terkantoi diri sendiri,,mungkin Allah S.W.T nak tunjuk dan beri iktibar pada ostaz Khalwat yang sebelum ini banyak sanggat menghina Ulama-ulama..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Ostaz al-khalwati nak saman Blogger ???

Apa Kejadahnya Ostaz khalwat yang kena tangkap basah,blogger pulak nak di saman? itu yang membuat Pisau Kedah hairan kenapa tak di saman JAIP yang tangkap dia tengah bagi kaunseling kat bini orang dalam keadaan berkain tuala.


Mungkin Blogger yang menyiarkan tentang Ostaz Khalwat ni bodoh agama kot? ye la tak tahu ada lesen yang di berikan Imam Mahadi PKR yang menyatakan boleh berdua-duaan dalam bilik untuk kaunseling kepada bini orang dalam keadaan bertuala..


Lepas ni Ostaz Khalwat boleh la berjumpa Wali Terompah untuk menjadi orang perantaraan meminta maaf kepada Allah S.W.T seperti yang pernah Wali Terompah lakukan kepada Adun Selinsing yang di tangkap berdua-duan di dalam gerabak VIP keretapi..sebab tu Wali Terompah di gelar Nabi baru sebab boleh jadi orang perantaraan meminta maaf..lagi pun Wali Terompah iktiraf pemimpin politik mempolitikan Bini orang seperti Mat Komunis (Timbalan Tok Ketua Parti Ajaran Sesat ) dan juga Adun Selinsing.


Bab Adun Selinsing ni bila la lagi Adun berkenaan dan juga Wali Terompah  nak saman Ustaz Saidi yang tangkap Adun Selinsing di dalam gerabak VIP keretapi ?? kesian Ustaz Saidi yang dok tunggu sedia di saman bila mendedahkan Adun Selinsing kena tangkap Khalwat






Ostaz Badrul Amin cuba tegakan benang yang basah


Skrip Mat Sabu di ulang kembali oleh Ostaz Khalwat


"Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jaip di Kuantan.

"Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya," katanya menerusi satu kenyataan di sini.

"Walau bagaimanapun pada pukul 2 pagi 25 Februari 2012, dia telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

"Atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau 

mendapatkan bilik penginapan. Namun pada pukul 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. - mstar




Hebat lakonan Ostaz PKR Badrul Amin sehinggakan  pening kepala puak blogger PKR nak spin cerita.malahan dah ada yang bebal nak spin kenyataan yang tak berapa cerdik dari Ostaz Badrul Amin "Saya Beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya ".

Mungkin Badrul Amin terlupa yang dia kena tangkap dalam keadaan tuala lembab ketika membuat kenyataan tersebut.apa kejadahnya dalam pukul 3 pagi dia nak mandi siap ada bukan muhrim pulak tu dalam biliknya.

Dan apa kejadahnya pulak nak selesaikan masalah suami isteri dan membantu wanita berkenaan Badrul Amin ada lesen untuk bersama dengan bukan muhrim dalam bilik hotel.tak kan Ostaz Badrul tak tau kot,berdua-duaan dalam bilik hotel walau pun seminit dah kira haram..




Panas !!! Blogger Pakatan Haram yang mempertahankan Ostaz Khalwat di Bogelkan Blogger Pro BN




Seperti biasa , apa sahaja yang kena atas batang hidung mereka semuanya, fitnah, jerat, perangkap , konspirasi dan yang lain-lain yang sewaktunya.

Bila kena atas batang hidung Umno walaupun terang-terangan fitnah mereka tetap kata itu benar dan fakta.

Ini pula kisah seorang blogger minuman kanak-kanak yang pro PKR.

Dalam usahanya untuk mempertahankan Badrulamin,  blogger minuman kanak-kanak berkenaan melontarkan beberapa soalan untuk meragukan orang ramai. 

SEJAK semalam, hampir semua pimpinan KEADILAN telah berkumpul di Kuantan Pahang untuk sama-sama menyertai Himpunan Anti Lynas, atau lebih dikenali sebagai Himpunan Hijau yang bakal diadakan Ahad ini.

Adakah Dr Badrul Amin memilih untuk berbuat jahat di kala beliau bersama-sama menginap dengan hampir semua pimpinan KEADILAN di Hotel yang sama?
Jika beliau ada niat berbuat jahat, mengapa beliau membawa isterinya bersama-sama ke Kuantan?
Mengapa Ust Badrul tidak dibawa ke balai Polis? Kerana pagi tadi beliau dilihat ada bersama-sama pimpinan yang lain.

Itu cerita dan soalan daripada blogger berkenaan.

Sekarang kita lihat pula apa yang Badrulamin kata seperti yang dilaporkan olehmalaysiakini
Menurut Badrulamin lagi, wanita berkenaan juga menyatakan hasratnya untuk meninggalkan suaminya tetapi beliau menasihatkannya supaya tidak berbuat demikian.

Bagaimanapun, katanya, wanita itu kemudian datang ke hotel penginapannya bersama anaknya. Badrulamin berkata atas rasa bertanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, beliau membantu mereka mendapatkan bilik penginapan.

“Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

“Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka.

“Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai JAIP tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik,” katanya.
Badrulamin dilabelkan sebagai seorang ustaz oleh orang-orang PKR , PAS serta DAP.  Sebagai seorang ustaz maka Badrul tahu hukum berdua-duaan dengan wanita bukan muhrim ditempat yang boleh menimbulkan syak wasangka yang buruk walau apa pun sekali alasannya. Melainkan dalam keadaan atau tempat yang boleh dikategorikan sebagai darurat.

Jika blogger minuman kanak-kanak berkata isteri Badrulamin ada bersamanya, mengapakah Badrulamin tidak mengajak isterinya bersama-sama untuk menguruskan masalah wanita berkenaan ?

Jika tidak mahu mengajak isterinya sekalipun , mengapakah Badrulamin tidak mengajak pimpinan-pimpinan wanita PKR untuk menemaninya bagi mengelakkan timbulnya fitnah ke atas dirinya ?

Badrulamin berkata lelaki-lelaki yang datang bersama suami wanita berkenaan memukulnya sehingga pihak keselamatan tiba.

Kenapa Badrulamin tidak buat laporan polis ?

Kalaulah kena atas diri kita, jika kita tangkap isteri kita bersama lelaki lain jam 2-3 pagi ditempat yang boleh menimbulkan syak wasangka buruk, adakah kita nak peluk cium lelaki berkenaan ?


Pisau Kedah...

Tak Guna dah Blogger Pakatan Haram nak mempertahankan Ostaz Khalawat tu,Ostaz Khalwat tu yang kantoi bagi kenyataan yang putar belit,cuba kita tengok pulak kenyataan dari JAIP

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menafikan dakwaan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron yang ditangkap khalwat semalam bahawa tangkapan itu adalah 'komplot terancang' daripada pejabat agama itu.

Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz menegaskan, tindakan tersebut dibuat atas aduan daripada suami wanita terbabit yang menghubungi penguat kuasa JAIP supaya datang ke hotel itu kerana didapati isterinya bersama dengan lelaki lain.

"JAIP tidak pernah merancang atau berkomplot untuk membuat tangkapan terhadap kedua-dua individu terbabit.

"Lagipun sebarang tangkapan dibuat atas aduan orang ramai. Perkara seperti merancang atau komplot tidak pernah terjadi dalam tangkapan sebelum ini kerana JAIP mempunyai prosedur yang ditetapkan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, seorang pemimpin PKR Selangor ditangkap khalwat bersama seorang wanita berstatus isteri di sebuah hotel di Balok semalam.

Beliau ditangkap bersama pasangannya oleh suami kepada wanita tersebut yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah institut kemahiran di negeri ini.

Suami kepada wanita itu kemudiannya menghubungi penguatkuasa JAIP yang datang ke bilik hotel itu kira-kira pukul 3 pagi.

Mohd. Ghazali berkata, panggilan yang dibuat oleh orang ramai diibaratkan seperti menghubungi bomba jika berlaku kebakaran atau kecemasan.

"Begitu juga dengan JAIP jika dihubungi orang ramai sekiranya terdapat kes khalwat, kami akan bertindak atas aduan itu," katanya.

Dalam pada itu, katanya, JAIP akan memanggil semula Badrulamin yang didakwa berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri di sebuah hotel di sini semalam.

Katanya, pemimpin dan wanita itu dijangka hadir ke pejabat JAIP kira-kira pukul 9 pagi esok bagi melengkapkan siasatan berhubung kes tersebut.

"Ia adalah prosedur biasa bagi memudahkan kelancaran pihak kami menjalankan siasatan kes tersebut," katanya.

Mohd. Ghazali berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.